*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<[EMAIL PROTECTED]> wrote
-----------
<cut>
Melayu Islam jadi murtad adalah bukti kelemahan
Keluarga, Uztaz, pendakwah dan guru agama..
<cut>

Aku jawab;

Pemerintah tak masuk book ker???. lagu tu kalu aku pun
nak jadi YB..maksum ka puak ni..apa sebenarnya tugas
sebagai penguasa/pemimpin/pemerintah/wakil rakyat yg
dilantik??..adakah di lantik hanya semata-mata bagi
depa ni dok kalut buat business..agih kekayaan negara
kepada anak menantu dan kroni???

teringat kepada tulisan Pro Hamka dalam Tafsir
Al-Azhar
"pemerintah yang mendapat kekuasaan melalui wang
(politik wang/beli undi dll)..maka mereka ini hanya
akan memikirkan soal wang bukannya masalah rakyat
jelata"..

Firman Allah swt:-

Maksudnya;

"Orang-orang yang apabila telah Kami berikan kedudukan
yang kukuh di atas muka bumi, mereka mendirikan
sembahyang, memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat
yang makruf dan mencegah yang mungkar dan kepada Allah
jua akibat segala urusan."

Ayat ini menyatakan perkara-perkara yang mesti
dilakukan oleh pemerintahan Islam.

1-Mendirikan sembahyang. Iaitu melakukan hubungan yang
kuat di antara masyarakat Islam dengan Allah SWT. 

2-Memberi zakat. dengannya diberi perhatian kepada
masalah ekonomi dan pembahagiannya yang adil. 

3-Menyeru kepada yang makruf. menyebarkan kebaikan dan
melakukan islah dalam masyarakat. 

4-Mencegah kemungkaran. memerangi segala bentuk
kejahatan. penyelewengan, kezaliman dan maksiat

<cut>
saya masih ingat ada ustaz yang kata akhir zamam
masjid akan tercemar sehigga apabila katib sedang
berkutbah akan akan ada orang akan bangun 
menegur dan orang itu adalah Imam Mahadi.. bermakna
kutbah boleh diguna untuk menghancurkan Islam itu
sendiri
<cut>

Aku Jawab;

Teringat peristiwa yang berlaku di masjid negara 2
tahun lalu..mungkin golongan yg bangun memprotes
khutbah yang dibacakan oleh ust" A" apanama pengarah
Jakim tu..bolehlah diistilahkan mereka yang bangun
memfarakah tu sebagai tentera-tentera Al-Mahdi???


<cut>
Kalau nak hukum mereka yang murtad hukum para Ustaz
dulu.. Ustaz telah  menjauhkan mereka dari agama..
memisahkan mereka dari Islam..
<cut>

Aku Jawab;

Terutamanya Ust golongan "A" yang berlakon dalam VCD
Debat olok-olok

Akhir kalam sebagai renungan:-

Firman Allah swt;-

Maksudnya;

“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu
(al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu
tidaklah mengetahui apakah al-kitab (al-Quran) dan
tidak pula mengetahui apakah Iman itu, tetapi Kami
jadikan al-Quran itu cahaya yang Kami tunjuki dengan
dia sesiapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba
Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi
petunjuk kepada jalan yang lurus, iaitu jalan Allah
yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan
yang ada di bumi. Ingatlah bahawa kepada Allah kembali
segala urusan. (Asy-Syuura: 52 – 53


Firman Allah Dlm surah Ali-Imran:-

Maksudnya:

“Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama
Allah padahal kepada-Nya menyerah diri segala apa yang
ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun
terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan.”
(Ali-Imran: 83

sekian ,Aku yg mengaji sekolah atap jer....:-))



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Cik Pak <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to