*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shah Iran Pahlavi yang telah menggelarkan dirinya Maharaja Iran, raja
segala raja, percaya tidak mungkin kekuasaannya dapat dikalahkan oleh
sesiapa pun. Kuasa mutlak yang dimilikinya telah menjadikannya begitu
angkuh dan lupa daratan.

Melalui polis Savaknya yang berperanan sebagai mata dan telinganya dapat
mengesan pengkritik dan penentangnya. Siapa yang menentangnya akan
diadili di makamahnya yang tentunya akan menerima hukuman siksaan yang
mengerikan.

Rakyat menjadi gerun dan amat takut kepadanya. Bila bertemu dengannya
ada di antara rakyatnya sujud di kaki baginda sebagai menunjukkan tanda
hormat. Sebenarnya rakyat bukanlah melakukan perbuatan sujud di kakinya
itu sebagai hormat kepada baginda tetapi lebih kepada kerana takut
kepada baginda atau hanya untuk mengampu.

Segala perbuatan zalimnya atau perbuatan menindas rakyat terus ditutup
dengan tindakan zalim yang lain. Apabila ada tunjuk perasaan mengkritik
salah lakunya dalam mentadbir negara, semua para penunjuk perasaan itu
akan ditangkap dan disiksa.

Tidak ada seorang pun yang berani meyalahkan baginda malah di semua
perhimpunan dan pertemuan dipenuhi dengan ucapan-ucapan
pembesar-pembesar yang memuji baginda. Manakala ucapan baginda tidak
pernah disanggah melainkan harus dilaksana secara rela hati mahupun
terpaksa.

Shah Iran yang berkuasa ini tidak segan silu lagi mengumpulkan harta
kekayaan untuk keluarganya dengan cara yang tidak wajar tanpa
menghiraukan keperitan hidup rakyat jelata. Rakyat semakin hari semakin
benci kepada sikapnya yang keterlaluan itu. Baginda tidak pernah
menyalahkan dirinya atas kebencian rakyat kepadanya, sebaliknya baginda
menuduh orang asing dan parti pembangkang yang cuba menghasut rakyat
untuk membenci baginda.

Atas alasan sebagai pengkhianat negara, mengganggu kesalamatan negara
dan melanggar undang-undang, pemimpin-pemimpin parti pembangkang ini
telah ditangkap dan diseksa dengan kejam.

Tetapi bila kezaliman telah meluas dan bermaharajalela akhirnya rakyat
akan bangkit juga. Melalui tangan-tangan rakyat yang tertindas dan tidak
berdosa ini Tuhan telah menghumbankan Shah Iran ini dengan cara yang
hina sekali.

Begitulah janji Tuhan kepada orang-orang yang sabar, pertolongan Tuhan
itu amat dekat. Tuhan yang telah menenggelamkan Firaun dan bala
tenteranya tentu juga berupaya untuk menghancurkan siapa saja yang
berlaku zalim walau di mana jua.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: alias mohd yusof <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to