Assalamu'alaikum,
 
Buat pengetahuan semua, menurut sumber yg boleh dipercayai, selepas sahaja Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selesai beceramah semalam di Masjid Mujahideen, Damansara Utama....beliau telah menerima surat dari JAIS yg tidak membenarkannya berceramah dimana-mana tempat dinegeri Selangor ni lagi.
 
Yang aku dok tak faham.....dah 20 tahun Tuan Guru Hadi berceramah dimasjid ni....terutamanya pada setiap malam sabtu pertama setiap bulan....kenapa sekarang pulak nak halang beliau berceramah?
 
Kalau mereka2 yg selalu ikut ceramah beliau di Masjid Mujahideen ni...tak pernah pulak beliau menyentuh hal2 politik semasa berceramah.
 
Apakah Jais cuba menghalang Tuan Guru daripada berdakwah sepertimana dilakukan pada Tok Guru Nik Aziz dulu.
 
Kalau mereka berceramah jugak...adakah Jais akan mengambil tindakan undang2 terhadap mereka? Atau polis akan menangkap mereka menggunakan akta ISA?
 
Dan kalau boleh aku nak tau siapa yg bodoh sangat bagi arahan ni?
 
Tak takut ke kena tanya diakhirat nanti kenapa nak menghalang org berdakwah? ...Kenapa nak mengharamkan apa yg halal?
 
pelik......mana dia org belajar agama ni?????
 
 
 
 
~The truth is out there~
 
 

Reply via email to