*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pelajar UiTM sertai perhimpunan mansuh ISA, disingkir.
Mahathir adalah punca masalah Malaysia masakini. 

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang 
ditahan kerana disyaki menyertai perhimpunan aman bagi membantah penggunaan Akta 
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Masjid Negara baru-baru ini, disingkir daripada 
meneruskan pengajiannya di pusat pengajian berkenaan. 

Rafzan Ramli dituduh melanggar Kaedah 3 (a), (b ) dan 11, Bahagian 11, Tatatertib Am 
dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976. 

Sehubungan itu, jurucakap Sekretariat Gerakan Mahasiswa Memansuhkan ISA (GMMI), 
Syahrir Mahmod menyifatkan tindakan pihak universiti itu telah menafikan hak beliau 
(Rafzan) apabila tidak membenarkan saksi dan peguam untuk sama-sama mengikuti 
perjalanan perbicaraan tersebut. 

"Sedangkan perkara ini diperuntukkan dalam Akta Pelajaran, 1976," katanya dalam satu 
kenyataan yang difakskan ke sini hari ini. 

Menurut Syahrir lagi, Rafzan telah diberikan notis yang agak singkat, sedangkan 
sebelum ini pihak universiti telah menangguhkan kes ini selama dua minggu. 

"Mengapakah perkara ini dilakukan secara tergesa-gesa, di manakah sikap 
profesionalisme dan ketelusan pihak universiti yang terkenal sebagai pusat 
perkembangan ilmu?" soal beliau. 

Sehubungan itu, satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan 
diserahkan esok (Sabtu) jam 12.00 tengah hari di pejabat Suhakam, Menara Tun Razak, di 
sini. 





Get 250 color business cards for FREE!
http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke