*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Bab  Lapan:   Bank Bumiputera  Menghilang  Lagi 

(ms  54-58) 

Bank Bumiputera, satu-satu  bank Melayu  yang  ditubuhkan  
hasil  resolusi  Kongres Ekonomi  Bumiputera  yang  pertama  
telah  lenyap  sekelip  mata  apabila  Tun Daim  Zainuddin  
mengarahkan  penggabungan  antara  bank  Bumiputra  dengan  
Bank  of  Commerce. Bank  of  Commerce  (BOC)  dimilikki  oleh  
nominee  Daim  mempunyai  lebih  kurang  50  cawangan  dan  
Bank  Bumiputra  ada  200  cawangan  menjadikan  ia  sebagai  
bank  yang  kedua  terbesar  di  Malaysia  selepas  Maybank. 

Melalui  nominee  Daim,  Bank Bumiputera  telah  diambil  alih  
dengan   pembelian  saham  yang  paling  rendah  iaitu  62  
sen  sesaham  sedangkan  harga  pasaran  ialah  RM3.00. 

Nilai   pasaran  saham  sebenarnya  ditentukan  oleh  Daim. 
Kalau  pihaknya   hendak  menguasai  satu-satu  syarikat  dia  
akan  beli  dengan  harga  paling  rendah  tetapi  mengaut  
keuntungan  berlebihan  seperti  saham  MAS  yang  dibeli  
oleh  Kementerian  Kewangan  dengan  harga  berlipat  ganda  
dari  RM4.00  kepada  RM8.00,  keuntungan   berjumlah  RM1.8  
billion.  

Bank   Bumiputera telah  dibeli  oleh  Daim  melalui  nominee   
dengan  alasan   mahu  konsep  penggabungan  bank  
dilaksanakan  maka  berlakulah  penggabungan  antara  Bank  of  
Commerce (BOC)   dengan  bank  Bumiputra  (BBMB)    pada  18  
September  1998  sedangkan  BBMB  tidak  -perlu  bergabung  
kerana  kira-kira  untuk  ruginya  masih  memperlihatkan  BBMN  
untuk  sebanyak   RM750 juta sedangkan  Bank  of  Commerce  
(BOC)  rugi  sebanyak   RM317  juta.  

Penggabungan  ini  bukan  sahaja  merugikan  orang  Melayu  
tetapi  melenyapkan  Bank  Bumiputera  sebagai  hak   anak  
watan  di  tanah airnya.  

(gambar  Dato  Md.Nor  Yusuf  Pengarah  Urusan  Kumpulan  MAS  
yang  baru  menggantikan  Tajuddin  Ramli) 

  

Beliau  merupakan  kroni  dan  nominee  Daim  yang  
bertanggungjawab   memberikan    pinjaman  extremely  
friendly  loan sebanyak  RM 380  juta  kepada  Quantum  
Aspects.Daim telah  beri  pomotions   kepada  Md.  Nor  Md.  
Yusuf  dengan  meletakkannya  sebagai  CEO  MAS  menggantikan  
Tajuddin.  Tidakkah  pinjaman  Extremely  Friendly  Loan  
yang  diberi  kepada  Quantum  Aspects  telah  melanggar  
semua  syarat-syarat  kredit.. 

Ms.  59-67:  Memorandum  Kesatuan  Pegawai-pegawai Bumiputera  
Commerce  Bank Berhad.





Get 250 color business cards for FREE!
http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke