NEWS

Print version of this story
Monday July 16
Lebih ramai penceramah PAS ditangkap
'Ein Azmi
6:41pm, Mon: Dalam usaha kerajaan membanteras kegiatan ceramah yang berbau
politik, polis telah bertindak menahan Ketua Dewan Ulama PAS Johor, Abdullah
Husin dua hari lalu kerana memberi ceramah tanpa permit.
Difahamkan semakin banyak tangkapan yang dibuat ke atas
penceramah-penceramah politik lain sejak awal bulan ini di seluruh negeri
terutamanya di Kedah dan Johor.
Sehubungan itu, pembangkang akan mengemukakan satu usul tergempar berhubung
pembekuan permit kepada penceramah tertentu pada sidang Dewan Rakyat esok.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Mahfuz Omar memberitahu malaysiakini selepas
sesi sidang Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, usul itu dibuat berikutan beberapa permohonan permit ceramah PAS
tidak diluluskan oleh pihak polis tanpa memberi sebarang alasan.
"Ia satu gerakan seolah-olah menghalang ceramah oleh parti p! embangkang,"
kata Mahfuz
Apabila ditanya tentang perlantikan wakil Cina sebagai Ahli Jawatankuasa
(AJK) tertinggi PAS, Mahfuz menjelaskan ahli-ahli PAS menyokongnya sebulat
suara.
Malah, katanya perlantikan wakil Cina sebagai jambatan kepada masyarakat
bukan Melayu untuk memahami lebih dekat konsep perjuangan PAS yang sebenar.
Sebelum ini, kepimpinan tertinggi PAS menyokong perlantikan Exco negeri
Kelantan, Anuar Tan Abdullah sebagai AJK PAS Pusat.
Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama,
dipertanggungjawabkan dalam Lajnah Perpaduan Nasional bagi memberi
penerangan mengenai konsep Islam parti itu kepada rakyat bukan Islam dan
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Mahfuz menjelaskan wakil kaum Cina itu diharapkan dapat menangkis tanggapan
negatif pihak luar dan sebarang kekeliruan terhadap perjuangan PAS ke arah
menegakkan kebenaran, keadilan dan kebajikan yang menjadi dasar dalam Islam.

Di sampi! ng itu, PAS juga akan melancarkan kempen penerangan kepada
masyarakat melalui laman webnya Harakahdaily dan akhbar Harakah bagi
menjelaskan kekeliruan yang wujud berkaitan konsep Islam yang diperjuangkan
parti itu.


Last modified:Monday July 16, 6:46 pm

Print version of this story



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Reply via email to