Meriam air tanda 100 hari tahanan ISA, 41 ditahan
<<...>>
TAIPING, 16 Julai (Hrkh) - Konvoi seluruh negara bagi menyokong enam
aktivitis reformasi yang diadakan di pekarangan Kem Tahanan, Kamunting
semalam telah dipaksa untuk bersurai oleh pasukan polis tempatan.
Seramai dua ribu orang berkumpul di Kamunting pada petang Ahad lepas untuk
memperingati hari ke-100 penahanan enam orang itu di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri.
Tiga orang yang pertama ditahan pada 10 April lalu ialah, Naib Presiden
Parti Keadilan Nasional, Tian Chua, aktivis sosial-kolumnis, Hishamuddin
Rais dan AJK Pusat Keadilan, Saari Sungip.
Mengikut pertubuhan hak asasi, Suaram, pihak polis telah menyerang kumpulan
yang sedang bersurai itu dengan meriam air. Seramai empat puluh satu orang,
termasuk sepuluh wanita dan tiga remaja kini ditahan balai polis Taiping.
Di antara yang ditahan semalam ialah isteri Saari, Aliza Jaafar, yang baru
sahaja ! melawat suaminya di pusat tahanan itu.
Ramai saksi yang berada di tempat kejadian berkata, beberapa orang telah
dipukul dan diseret dengan secara paksa ke dalam trak polis yang menunggu di
situ.
Mengikut saksi yang enggan dikenali, mengatakan pihak keselamatan telah
memasukkan mereka yang ditahan ke dalam dua trak sebelum dibawa ke balai
polis.
<<...>>
Para tahanan itu dijangka dibawa dan didakwa di mahkamah majistret Taiping
atau terus direman.
Sehubungan itu Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriell, menuntut 41
orang tahanan itu dibebaskan dengan serta-merta.
Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr. Syed Husin Ali, ketika ditemui
selepas menutup kongres parti itu di Kuala Lumpur, turut meluahkan rasa
kesalnya terhadap insiden tersebut.
"Ini adalah tidak demokratik, kejam dan tidak adil sebab mereka berkumpul
secara aman," katanya.
Beliau menambah bahawa kerajaan kini semakin bersikap menekan.
"Ini! adalah tanda-tanda terdesak dan kelemahan di pihak kerajaan," taqmbah
beliau lagi.
Senarai mereka yang ditahan:
1. Mohd Zariddin.
2. Sulaiman bin Meor Abdul Rahman.
3. Ahmad Sazli bin Saad.
4. Zurini bt Abdullah.
5. Keh Su Yek.
6. Rosdi bin Mohd.
7. Osman bin Mohd.
8. Azmi bin Hashim.
9. Noslela bt Baharin.
10. Rahman bt Yatin.
11. Mohd Zarin Khairy bin Zainuddin.
12. Mohd Zainur bin Osman.
13. Aliza bt Jaafar.
14. Normah bt Che Mat.
15. Siti Aminah bt Mat.
16. Ahmad Tarmizi bin Abdullah.
17. Seok Loy
18. Kassim bin Yahya.
19. Abdul Majid bin Ahmad.
20. Redzuan bin Abdul Samad.
21. Baharuddin bin Abdullah.
22. Mior Johor bin Mior Abu Bakar.
23. Mat Zahudi bin Mohd Nor.
24. Saharudin bin Razak.
25. Tajul Arifin bin Mohd Yusof.
26. Mohd Saifianudin bin Mohd Salleh.
27. Mohd Akhir bin Arifin.
28. Zul Helmi bin Yahya.
29. Mohd Azam bin Mekhtar.
30. Mohd L! okman bin Mohd Ali.
31.Norini bt Mokhtar.
32.Norashikin bt Baharin.
33.Ahmad Shahrani bin Che Azmi.
34.Abdul Rahman bin Mohd Nor (16 tahun).
35.Atipah bt Uri.
36.Mohd Kamis bin Abdullah.
37.Mohd Jallaludin bin Mohd Taib.
38.Mamor bin Yahaya.
39.Mohd Shuib bin Ismail.
40.Abdul Ghani bin Abu yamin.
41.Rohaida Ayu bt Arifin.(15 tahun).
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Kirim email ke