*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aduhai puteriku sayang,
Satu sahabat yang selalu mendampingimu ialah TV. Namun , wahai anakku
berhati-hatilah kerana program TV sekarang ini ada pada umumnya menimbulkan
mudharat, dan sedikit manfaatnya. Sementara keimanan kita itu kan tergantung
input yang diterima, kalau yang diterima baik, maka iman akan menjadi baik.
Sedangkan program TV pada umumnya tidak baik, dan ini akan membuahkan iman
yang tidak baik. lain halnya kalau seseorang menonton dapat mengontrolnya,
namun pada umumnya kan tidak dapat mengendalikan dengan baik. Jadi,
mudharatnya lebih besar.
Wahai puteriku,
Walaupun sesuatu itu boleh�namun kau harus tahu dan bertati-hati dengan apa
yang dipanggik syubahat. Diriwayatkan daripada Nukman bin Basyir r.a
katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang
kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara
haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat
perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu,
sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman)
untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam
syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti
penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan
besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya
setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah!
Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang
diharamkanNya. Ingatlah! Sesungguhnya didalam tubuh manusia itu ada segumpal
daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak,
maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang
dikatakan hati." (H.R. Bukhari Muslim).
Anakku sayang,
Aku tidak ingin sekali-kali hatimu rosak oleh perkara syubahat.
Wahai permata hatiku,
Beriman kepada Allah dengan mempercayai Allah sebagai Rab atau Pencipta dan
Penguasa terhadap dirimu dan terhadap sesuatu . Kau juga harus mengerti
bahawa tidak ada saingan dalam pemerintahanNya, Allah adalah Pemberi
segala-gala dan tidak ada sesiapa yang dapat melakukan sesuatu kebaikan atau
keburukan melainkan dengan seizin-Nya. Firman AlIah:
"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang
dapat menghilangkan kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan
kepadamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. (Yunus:107)
Wahai jantung hatiku,
Kau harus yakini dan ber'itiqad bahawa Allah ialah Tuhan yang Menciptakan
'alam, mentadbir, memilikinya, memberi rezeki, segala-galanya di bawah
pengetahuan, kehendak dan kebijaksanaan-Nya yang tidak terhingga.
Ohh. Betapa indahnya dirimu dengan pakaian iman.
Wahai anaku sayang,
Apabila engkau melakaukan sesuatu maka pastikan setiap perbuatan lahir dan
batin yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Maka
itulah ibadah. Kerana sesungguhnya hanya Allah berhak disembah, dicintai,
dipatuhi dan ditumpui untuk meminta.
Oleh itu wahai anakku,
Letakkanlah seluruh percakapan, perbuatan dan tingkah lakumu di atas
petuniuk dan perintah Allah semata-mata. Yakinilah kemutlakan kekuasaan
Allah atas segala sesuatu di dalam 'alam semesta ini. Keyakinan ini
menetapkan bahawa hanya Allah berhak untuk membuat hukum dan peraturan bagi
seluruh makhluk yang dicipta-Nya.
Tolak segala selain Allah dan mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah
la ilaha illallah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>