Dalam Utusan hari ini (25-Julai-2001):
>>>>>>
``Yalah, dia, saya fikir berkali-kali dah berkata nak letak jawatan, tetapi nampaknya lain dia kata, lain dia buat,'' katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan sijil piawaian kad pintar Proton World International kepada Iris Technologies (M) Sdn. Bhd. dan Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.
 
Perdana Menteri berkata, keengganan Lim itu berpunca daripada tabiatnya yang susah hendak meletak jawatan.
 
``Kalau tengok sejarah, dia memang ada penyakit tidak mahu meletak jawatan,'' tegasnya.
>>>>>>>
 
Siapa yang mempunyai tabiat susah hendak meletak jawatan?
Siapa yang berpenyakit tidak mahu meletak jawatan?
 
Barangkali penyakit melayu mudah lupa dah pun terkena kat Mahathir sendiri....
 
Bukankah beliau sendiri pernah beberapa kali menyatakan hasrat untuk bersara!!!!????
 
 
``Saya harap dapat bersara sebaik sahaja dibenarkan untuk bersara. Buat masa ini, saya tidak dibenarkan berkata apa-apa mengenainya kerana ia mungkin memberi kesan kepada pasaran saham.
(Dr. Mahathir 16-Julai-2001)
 
''Saya memang nak bersara tahun lepas tetapi ada masalah dengan timbalan saya yang tidak boleh jadi pengganti saya.
(Dr. Mahathir dalam Utusan 16-Mac-1999)
 
Semasa temu bual selama 30-minit itu, Dr. Mahathir juga ditanya mengenai pelan persaraan selepas pilihan raya umum nanti. ''Saya perlu bersara dalam sedikit masa selepas pilihan raya. Saya tidak tahu sama ada ia akan berlaku kelak atau lambat laun tetapi saya sentiasa sedia bersara,'' katanya.
(Dr. Mahathir dalam Utusan 13-Julai-1999)
 
''Saya mahu bersara seawal yang mungkin. Saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pengganti saya dapat meneruskan usaha-usaha saya.
''Ia mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya satu tahun lagi kerana tahun depan ada pemilihan UMNO,'' ujar beliau.
(Dr. Mahathir dalam Utusan 11-Nov-1998)
 
''Saya sedih keadaan menjadi begini. Saya sudah berfikir-fikir untuk bersara tahun ini. Saya bercuti tahun lepas (selama dua bulan) untuk memberi peluang kepada Anwar memimpin negara.''
(Dr. Mahathir dalam Utusan 9-Sept-1998)
 
"Pada asalnya saya bercadang untuk melepaskan jawatan kepada timbalan saya selepas mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala lumpur bulan depan.
(Dr. Mahathir dalam Utusan 18-Okt-1998)
 

Kirim email ke