*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
At 06:33 PM 25/07/01 GMT, [EMAIL PROTECTED] wrote:
>


PERUTUSAN 


Segala puji-puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Tuhan yang Maha mengetahui yang ghaib 
dan yang nyata. Sesungguhnya Dialah  yang menguasai sekian makhluknya daripada Jin, 
Malaikat dan manusia serta lain-lain lagi, dan Dia jugalah  yang berkuasa ke atas 
sekian mereka itu. Dialah  yang mengatur dan mentadbir alam ini dan Dialah yang Maha 
Pelulus dan Maha Penentu atas sekelian mahkluknya.

Selawat dan salam  ke atas junjungan Nabi dan Mursalin Nabi Muhammad s.a.w, ahli-ahli 
bait serta para sahabat baginda serta pengikut sahabat dan ulama-ulama yang menegakkan 
agama Allah s.a.w serta yang berhubung  dengan mereka itu sehingga  kepada Nabi 
Muhammad s.a.w.

Sidang pembaca yang dirahmati;

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t  kerana dengan limpah kurniaNya dapat 
disiapkan sebuah tulisan  yang serba kekurangan ini bagi tatapan sidang pembaca yang 
ingin mencari pengalaman baru dan di harap dapat menjadi  pengetahuan  yang berguna 
berhubung dengan Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam masyarakat Melayu Islam, 
Latihan pertahanan diri Melayu, perkara-perkara Khurafat dan ajaran-ajaran sesat.

Tulisan ini di susun semula hasil dari pengalaman penulis sendiri  dan beberapa orang 
sahabat yang terlibat secara langsung  dengan ahli masyarakat yang malang dan 
memerlukan pertolongan, juga ilmu dari guru-guru  yang alim dan dari rujukan 
kitab-kitab.

Tujuan tulisan ini diperkenalkan supaya ahli masyarakat  Melayu Islam tidak  terkeliru 
di antara adat dan agama supaya jangan nanti ada yang mengatakan  adat yang bercanggah 
dengan Islam itu adalah salah satu daripada tradisi agama Islam. Orang-orang Melayu  
yang sebahagian besarnya  banyak yang terkeliru  di antara adat dan agama ; antara 
karamah dengan Istidraj; antara mau’nah  dengan sihir atau silap mata. Sehingga kini  
ramai yang mudah terpengaruh  dengan perkara-perkara pelik  umpamanya " Bomoh Budak " 
di Baling sehingga berpusu-pusu  mereka pergi untuk mendapatkan  rawatan tanpa 
menyelidiki terlebih dahulu.

Adalah diharapkan setelah membaca tulisan ini anda akan dapat membeza dan menilai 
kesesatan yang berlaku dalam perbomohan, adat-resam dan latihan pertahanan diri Melayu 
meskipun  faktanya masih banyak yang kekurangan.

Sebarang kesilapan atau kekurangan fakta adalah disebabkan oleh kelemahan diri penulis 
sendiri samada dari sudut keilmuan maupun dari pengalaman.

WAllahu’aklam.


Hj. Ahmad b. Hj. Che Din 
Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. 
1hb  Ogos 1997. 



  


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: support <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke