*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aduhai puteriku sayang,
KEHIDUPAN di alam ciptaan Allah ini tidak terkecuali daripada berhadapan
dengan ujian dan cabaran. Allah sentiasa menguji manusia dengan pelbagai
ujian, apatah lagi orang beriman dan kuat beribadat.

Ujian Allah bertujuan menilai sejauh manakah tahap kesabaran manusia, sama
ada mereka bersabar atau sebaliknya.

Allah menjelaskan dalam al-Quran bahawa setiap manusia pasti diuji. Manusia
pula perlu mengatur persediaan untuk menempuh ujian Allah, bencana atau
musibah, agar tidak kehilangan punca, gelisah dan keluh kesah.

Wahai anakku,
Untuk menghadapi dugaan ini, kau perlu mempunyai daya kekuatan, kegigihan
dan tidak mudah berputus asa. Ini sebenarnya memperlihatkan kemampuanmu
bersabar ketika berdepan dengan masalah dan kesukaran hidup dan meyakini
setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya.

Cuba kau renungi,
 Allah berfirman bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang
yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar Kami dapat
mengesahkan (benar atau tidaknya) berita mengenai keadaan kamu."
(Surah Muhammad: ayat 31)

Firman Allah lagi bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya
berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan."
(Surah Al-Ankabut: ayat 2)

Jelaslah wahai cahayamataku,
Bahawa ujian Allah bertujuan mendidik kamu agar menghadapi hidup dengan
takwa dan beriman kepada Allah.

Nilai keimanan duri kita bergantung sejauh mana kita sanggup mengharungi
pahit getir hidup dengan bersabar. Iman adalah ikatan perhubungan antara
kita dengan Allah. Ini bersesuaian dengan hakikat Islam yang membina
kekuatan dalaman insan dan sentiasa pula mengiginkan kebaikan.

Wahai anakku,
Sebagai manusia kau seharusnya tunduk terhadap apa jua ujian Allah dengan
sabar.

Namun wahai anakku sayang,
Bagaimanapun, kebiasaannya ramai kecundang apabila menghadapi ujian Allah,
mudah putus asa, resah dan hilang sabar dengan sedikit kesulitan atau
cabaran biarpun ia menjanjikan sesuatu kejayaan.

Malah, apabila ditimpa kesusahan, kemiskinan, kesakitan dan permasalahan,
kita semakin tercabar dan hilang sabar. Ada pula hampir melupakan bahawa
segala yang berlaku adalah kudrat Allah yang mesti diterima dengan sabar.

Anakku perhatikanlah sabda Rasulullah , maksudnya:
"Siapa yang ingin bersabar, Allah memberikan kesabaran kepadanya. Dia tidak
memberikan seseorang yang terbaik dan terluas daripada sabar."
Sebagai iktibar, wahai anakku,
Perhatikanlah  perjalanan hidup kalangan utusan Allah dan salihin, mereka
juga tidak  terkecuali daripada ujian dan kesukaran hidup sebelum mencapai
kejayaan. Malah,       berapa banyak di kalangan mereka yang hidup sengsara
dan menderita, tetapi tetap bersabar.

Nabi Adam, Nuh dan Muhammad tidak terkecuali daripada ujian Allah dan
kesukaran hidup. Nabi Muhammad sendiri bukan sekadar diuji dengan kesukaran
menegakkan Islam tetapi dijanjikan kedudukan dan kemewahan dunia oleh kaum
Quraisy sekiranya baginda tidak meneruskan perjuangan menyebarkan syiar
Islam.

Malah, kronologi peristiwa hijrah baginda seharusnya dijadikan iktibar,
bagaimana kesabaran baginda berjaya membina kegemilangan negara Islam.
 Allah berfirman melalui surah Asy-Syaffaat ayat 102 mengenai sikap
kesabaran       Nabi Ismail apabila bapanya Ibrahim mendapat perintah Allah
supaya  menyembelihnya sebagai korban kepada Allah.
Ismail dengan sabar berkata:"Wahai bapa, jalankanlah apa yang diperintahkan
kepadamu, insya-Allah bapa akan mendapati aku daripada orang-orang  yang
sabar."

Aduhai puteriku sayang,
Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka
janganlah kamu perbuat.
Jika kamu hendak megerjakan sesuatu, lihatlah dan fikirkanlah kesudahannya.

--------------
Koleksi Aduhai puteriku sayang :http://cikgunik.tripod.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke