*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aduhai puteriku sayang,
Kehidupan harian kita tidak boleh lari daripada melakukan perkara-perkara
yang tidak baik. Ketelanjuran dan kecelaruan dalam hidup kita ini boleh
dibaiki dengan membanyakkan memohon ampun kepada Alah. Dalam kehidupan yang
sentiasa bergaul dengan kawan atau orang lain dalam masyarakat yang serba
kompleks ini tentulah tidak boleh lari daripada melakukan pekerti yang tidak
disenangi. Oleh itu wahai anakku, kau perlu sentiasa menghisab diri setiap
hari sebelum tidur. Tanyalah dirimu apakah yang telah dilakukan sepanjang
hari. Kebaikan atau keburukankah yang telah dilakukan.

 Sabda Rasulullah yang bermaksud:
:Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung di akhirat"

Wahai kesayanganku,
Perkara-perkara yang perlu kau dihitung pada setiap malam sebelum tidur
ialah seperti: Apakah keburukan yang paling besar yang telah dilakukan
sepanjang siang tadi
a.Berapa orang anak yatim dan fakir miskin yang telah diberi makan sepanjang
hari
b.Adakah telah menziarah sahabat dan keluarga yang sakit
c.Berapa banyak derma telah dihulurkan sepanjang hari
d.Telah sempurnakah solat lima waktu
e.Ibu bapa telah diziarahi atau telah dilupakan
f.Apakah sahabat atau keluarga sendiri telah diberi nasihat
g.Adakah kemaafan telah diminta kepada sahabat
h.Adakah kemaafan telah diberi kepada semua muslimin dan muslimat
i.Sudahkah bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan sepanjang hari
j.Siapakah sahabat handai yang telah diaibkan pada siang tadi
k.Adakah diri merasakan lebih hebat dari orang lain pada hari itu
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Jika kamu mahu menyebut keaiban orang lain maka ingatkanlah lebih dahulu
keaiban dirimu sendiri"


Wahai anaku yang palingku sayangi,
Sebagai mana yang telah diajar oleh guru bahawa semua umat Islam itu
bersaudara. Persaudaraan itu satu nikmat yang diberi oleh Allah untuk
menguji kekuatan dan kelemahan umat Islam. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah , yakni agama Islam dan
janganlah kamu bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu
dahulu, yakni di masa jahiliyah ketika kamu bermusuh-musuh maka Allah
menjinakkan di antara hati kamu lalu jadilah kamu kerana nikmah Allah itu
orang-orang yang bersaudara"
Persaudaraan itu satu limpah kurnia Allah yang tidak tertanding nilainya.
Jadi sama-samalah umat Islam itu memupuk persaudaraan sesama Islam . Firman
Allah dalam surah Al-Anfal ayat 63 yang bermaksud:
"Dialah yang mempersatukan hari orang-orang yang beriman walaupun kamu
membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi nesacaya kamu tidak akan dapat
mempesatukan hati mereka akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.
Sesungguhnya Dia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

Anakku sayang,
Sesungguhnya  persaudaraan dalam Islam adalah berteraskan kepada:
dibina atas asas yang ikhlas kepada Allah
a.dibina berasaskan kepada iman dan taqwa
b.berlandaskan syariat Islam
c.dilaksanakan berlandaskan nasihat
d.bersendikan masa senang dan masa susah
e.bersalam semasa beertemu dan berpisah
f.kewujudan kemesraan, kasih sayang dan saling bantu membantu
g.tunjukkan sikap gembira, manis muka dan berhati mulia
h.merendahkan diri dan tidak berlagak sombong
i.memenuhi janji apabila berjanji
j.menutup keaiban saudaranya
k.menjaga kehormatan saudaranya
l.jangan hasad dengki dan bermusuhan


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke