*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

"(Orang yang berTakwa) itu adalah orang-orang yang berIman kepada Alam Ghaib dan
mendirikan solat dan mengeluarkan sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan
Allah itu kepada golongan yang memerlukannya." Al Baqarah (2).


Iman itu adalah Alam Ghaib. Orang yang berIman itu adalah orang yang ada Iman
iaitu yang yakin kepada Alam Ghaib. Iman itu wadahnya adalah di dalam hati. Iman
yang ada di dalam hati itu dinamakan Tasdik. Tasdik itu diistilahkan sebagai
"Yakin dan Ketahui". Tidak ada sesiapa pun yang dapat menganugerahkan "Yakin dan
Ketahui" berkenaan dengan Alam Ghaib melainkan "Rabbulalamin".

Apabila Tasdik itu menguasai hati maka hati itu bertukar atau berubah menjadi
hati mukmin. Oleh kerana hati itu adalah "Raja" di dalam sebuah jasad, sekiranya
"Raja"nya telah mukmin maka  sekalian rakyat jelatanya yang di bawah
kekuasaannya akan tunduk dan patuh kepadanya.

Lidah yang merupakan salah satu anggota tubuh tidak dapat tidak pasti akan patuh
kepada "Raja" tersebut. Lidah itu alat/anggota atau rakyat sahaja nisbah kepada
hati. Yang berucap atau bercakap itu hati. Lidah itu tempat keluar suara hati.
Jika hati itu sudah
bulat dikuasai Tasdik maka yang keluar melalui lidah itu adalah pengucapan dan
suara Tasdik.

Tetapi apabila sudah keluar dan bersuara ia tidak lagi dinamakan Tasdik. Namanya
telah bertukar dan dinamakan Ikrar. Pada hakikatnya yang berIkrar itu yang
Tasdik itulah. Tetapi oleh kerana Tasdik (Yakin dan Ketahui) itu adalah Alam
Ghaib atau Hakikat ia tidak dapat dizahirkan. Apabila dizahirkan ia memerlukan
alat/anggota lahir yang dinamakan lidah dan namanya pun bertukar sebagai Ikrar.

Begitu juga amal. Siapakah yang beramal? Nampak pada zahir memanglah anggota
yang beramal. Seperti yang kita nampak pada lidah seolah-olahnya lidah itulah
yang berIkrar. Sebenar-benarnya yang beramal itu yang Tasdik (Yang Yakin dan
Ketahui) itulah. Iaitu Iman yang menguasai hati itulah juga yang menguasai Lidah
dan sekalian Anggota. Oleh kerana Iman itu yang berkuasa, maka memang tepat
"siPenguasa" itulah yang berikrar dan beramal.

Sebab itulah dikatakan bahawa :

Kesempurnaan Iman itu adalah :

(1) Tasdik (dahulu) (Yakin dan Ketahui)
(2) Ikrar dengan lidah
(3) Amal dengan anggota.

Iaitu Iman itu daripada Alam Ghaib jatuh ke hati, daripada hatilah baru
terpancar/dimanefastasikan ke alam nyata melalui anggota tubuh dari hujung
rambut sampai ke hujung kaki.

Sebab itulah dikatakan yang baik itu datangnya daripada Allah...Kebaikan adalah
pasti daripada Allah.
Kerana kebaikan yang sebenar itu adalah Iman (Tasdik). Hanya Allah sahaja
mengurniakan Iman (hidayah/petunjuk) kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Terpancar Iman itu pada lidah dinamakan Ikrar.
Terpancar Iman itu pada anggota dinamakan Amal.

Sebab itulah orang yang ingin mencapai "Kejayaan (falah) dan solat" selalu
menyebut-nyebut bahawa tiada daya upaya daku untuk melakukan dan mencapainya
melainkan dengan daya upaya Allah. Kerana Iman itulah "dorongan, petunjuk dan
kekuatan" untuk melakukan kebaikan dan kebajikan.

Manusia semuanya adalah lemah dan jahil, tetapi atas Rohmat Allah maka Allah
mengurniakan Iman itu sebagai "dorongan , petunjuk dan kekuatan". Sebab itulah
Iman itu juga dinamakan Roh iaitu "dorongan , petunjuk dan kekuatan" yang
menghidupkan hati untuk berbuat amal soleh.

Jika hatinya telah bulat Imannya dan tiada ruang lagi "Syirik, Maksiat dan
Kufur"  maka bersih dan murnilah lidahnya, otaknya, perutnya, anggotanya dan
cita-citanya.

Segala gerak kerja, tindak tanduk, amalan dan perbuatan, titik mulanya adalah di
hati. Di hati itulah juga wadah Iktiqad, Akidah dan Ibadah (Perhubungan dengan
Allah : perhubungan antara hamba dengan Rabbnya)....
 Sebagai contoh bab politik. Bagaimanakah mahu memisahkan politik itu dengan
hati (Iktiqad, Akidah dan Ibadah). Nak ambil keputusan untuk masuk apa jua parti
itu diputuskan oleh mata ke? telinga ke? otak ke? atau hati?

Oleh kerana asas agama itu adalah Iktiqad, Akidah dan Ibadah yang bertempat di
hati, bolehkah keputusan yang bercanggah dengan hati boleh duduk setempat atau
bertempat di hati?

Hati-hatilah.... dalam satu bilik tidak akan bercampur terang dengan gelap.
Dalam satu hari tidak akan bercampur malam dengan siang. Begitu juga dalam satu
hati, jauhkanlah percampuran yang syubahat dan kabur.

Daripada Allah jua dipohonkan "dorongan, petunjuk dan kekuatan".

Wassalam.








miftahul wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum ..
>
> Masalah agama adalah untuk semua orang yang beragama, maksud saya agama
> Islam. Yang susah kita tolong, jangan kira Pas Ke UMNO ke. Hatta Rasulullah
> pernah tolong orang Yahudi. Nabi Allah Ibrahim a.s pernah ditegur oleh Allah
> kerana membiarkan seorang majusi yang lapar.
>
> Ada pelacur yang masuk syurga kerana menolong seanjing. Tugas kita
> selamatkan jiran kalau berjiran. Jauhkan permusuhan sesama Islam. Fahaman
> politik hanya sebahagian daripada Agama dan bukannya Agama.
>
> Kalau orang boleh jadi kufur apabila berkata Politik suku agama suku, orang
> juga boleh kufur kalau kata agama itu politik dan politik itu agama. Sama
> saja hukumnya, sebab hukum tak kenal siapa saja. Rasulullah pernah
> menegaskan sekiranya Siti Fatimah mencuri pasti dikerat tanganya.
>
> Tak ada orang masuk surga kerana amalannya, ilmunya, tok gurunya, partinya,
> bangsanya, semuanya kerana Rahmat Allah. Sedemikian kita perlu buat baik dan
> menolong semua manusia di atas muka bumi ini, perlu mempunyai sifat kasih
> sayang kerana itu adalah sebahagian tajalli rahmat Ilahi.
>
> Kita tak perlu bermusuh, kerana musuh di dalam diri tak terlawan. Buktikan
> kita baik dengan tauladan bukan sekadar percakapan. Kerana syarat sah
> syahadah itu, adalah ikrar dengan lidah, tasdiq dengan hati dan amalkan
> dengan perbuatan.
>
> Maka marilah kita berbaik2, jangan putus silaturrahim, jadikan medan hizbi
> net sebagai medan pertanyaan, jawapan, pebincangan dan muzakarah pada isu
> dan bukannya menentang dan menghukum peribadi sesiapa sahaja.
>
> Wassalam.
>
> ----- Original Message -----
> From: "Pabiyen Sitok" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: "Ir. Hj. Khasbullah A. Kadir" <[EMAIL PROTECTED]>;
> <[EMAIL PROTECTED]>; "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>
> Cc: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Wednesday, August 01, 2001 4:24 PM
> Subject: RE: H-Net* Dari Hati Seorang Wanita
>
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > dari pemahaman saya PAS Kawasan mengambil berat masalah Puan tersebut
> > berdasarkan Setiausaha dan Bendahari kawasan sentiasa membantu beliau.
> > Apa yang saya nampak ialah kekesalan penulis terhadap segelintir
> > muslimin yang menakut-nakutkan muslimat untuk menziarahi Puan tersebut.
> >
> > PAs semua Kawasan ada Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan.  Masa inilah
> > Lujnah tersebut nak digerakkan.  Kalau tak bergerak, pemilihan tahun
> > depan kenalah singkir pemegang jawatan tersebut.  tak perlulah semua
> > organisasi PAS nak tumpu pada kerja kemasyarakatan semata-mata sebab
> > dalam PAS ada banyak Lujnah dan dah jelas peranan masing-masing.  Kalau
> > Ketua Lujnah tak jelas peranan beliau, YDP Kawasan kenalah jelaskan.
> >
> > Ni nak tanya YDP Kawasanpun takut jugak ke?  kalau macam tu hancus.
> >
> >
> >
> >
> > --- "Ir. Hj. Khasbullah A. Kadir" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > >
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara dan amat-amat terharu
> > > dgn nasib yg menimpa  si ibu yang mana suaminya didalam tahanan
> > > ISA...........dan saya sendiri amat terkejut dan seakan-akan tidak
> > > percaya
> > > apa yang berlaku kepada si ibu malang itu dan sikap pimpinan
> > > dikawasan/cawangan tersebut (jika ianya benar apa yg ditulis)
> > >
> > > > Bercakap pasal niat/azam untuk menegakkan negara islam yang
> > > meletakan
> > > > Al-Quran Dan Al-hadith sebagai sumber rujukan/perlembagaan negara
> > > amatlah
> > > > baik sekali. yang merupakan matlamat utama perjuangan
> > > PAS...........tetapi
> > > > malangnya kalau kes-kes seperti apa yg berlaku pada si ibu malang
> > > itu
> > > > masih terus dibiarkan tanpa apa-apa pertolongan dari kalangan
> > > manusia yg
> > > > bercakap pasal perjuangan menegakkan negara islam
> > > ini..............adalah
> > > > lebih baik tanggungkan dahulu niat tersebut dan habiskan lah
> > > masa,tenaga
> > > > dan harta untuk menegakan islam itu  pada tuan punya diri
> > > sendiri,isteri &
> > > > anak-anak,ahli-ahli keluarga,jiran tertangga dan kawasan perumahan
> > > dimana
> > > > tuan/puan menetap.........................dengan memberi tumpuan
> > > dan
> > > > penekanan kepada perkarax2 tersebut dahulu adalah lebih utama dan
> > > lebih
> > > > praktikal dan insya ALLAH untuk menegakan negara islam itu akan
> > > menjadi
> > > > lebih mudah........
> > > >
> > > > Islam adalah agama amali............olih itu buktikanlah kecantikan
> > > islam
> > > > itu dengan sikap dan perbuatan kita yang bolih dijadikan contoh
> > > kepada
> > > > masyarat umum.......perbedzaan yang bergitu ketara diantara akhlak
> > > pucuk
> > > > pimpinan tertinggi PAS  dengan akhlak pimpinan diperingkat kawasan
> > > &
> > > > cawangan haruslah dihapuskan atau sekurangx2nya gapnya janganlah
> > > dibiarkan
> > > > bergitu ketara sekali......
> > > > Sesungguhnya kecantikan akhlak ini timbul disebabkan kemantapan
> > > AQIDAH &
> > > > IBADAT kita
> > > >
> > > > Wallahu alam
> > > >
> > > >
> > > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > > Syabas kepada si ibu itu.... TUHAN sentiasa bersama kite ...
> > > >
> > > > dan kpd pendokong perjuangan Islam , seharus nya ini menjadi bukti
> > > yang
> > > > nyata
> > > > betapa kite ni tak layak mencapai kejayaan ... malahan gelaran
> > > pendokong
> > > > itu pun
> > > > tak sesuai dengan sikap penakut yang ade pada dada kite .....
> > > insiden spt
> > > > ini
> > > > cukup memalukan saya dan mendukacitakan!
> > > >
> > > > Pas ... saya sokong kamu ! ... tapi kamu macam belum baligh lagi
> > > ... belum
> > > > lulus
> > > > lagi (tak pas ujian). kalau tak kerana dasar kamu tu ... apa yang
> > > tinggal
> > > > pada
> > > > Pas ..... janggut tebas pendek nor , kopiah jubah letak tepi, kot
> > > tie &
> > > > songkok
> > > > jadi idaman ... ai nangis para sahabat kalau tengok pe'el perangai
> > > kamu
> > > > orang.
> > > >
> > > > Ayuh , perbetulkan saf ... lahir dan batin ... kite sama perbaiki ,
> > > siapa
> > > > yang
> > > > boleh memenangkan perjuangan kite ? kamu ke , haprak ke , atau Pas
> > > ke !!!
> > > >
> > > > Saya sarankan kite sama-sama tegakkan sunnah Nabi SAW  dan kite
> > > laksanakan
> > > > kewajipan yang di syariatkan keatas kite ... yang mana tak terbuat
> > > kite
> > > > kodho
> > > > dan mohon keampunan ... kite kembali kpd nilai-nilai asas Islam.
> > > > InsyaALLAH ,
> > > > kite akan selamat dunia akhirat.
> > > >
> > > >
> > > > Ui Dann wrote:
> > > >
> > > > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > > > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > > > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > > > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > > > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > > > Apa perasaan anda bila rakan-rakan yang selama ini baik dengan
> > > anda,
> > > > selalu
> > > > > gathering bersama hampir setiap minggu, bila anda ditimpa
> > > bencana, ujian
> > > > tak
> > > > > seorangpun datang menjengok, tak seorangpun bertanya khabar.
> > > > >
> > > > > Bila rakan suami anda yang selama ini tak kira waktu, jam 1
> > > pagipun
> > > > datang
> > > > > mengetuk pintu "jom kita pergi bantu unit keselamatan buat
> > > rondaan", tak
> > > > > berani datang jenguk anda bila anda ditimpa musibah, apa perasaan
> > > anda.
> > > > >
> > > > > Mungkin mereka takut, kerana suami anda ditangkap polis.  Tapi
> > > apakah
> > > > > seseorang itu dikira bersalah hanya kerana dia ditangkap polis?
> > > Adakah
> > > > dia
> > > > > bersalah sebelum dibuktikan dimahkamah?  Adakah dia dianggap
> > > bersalah
> > > > jika
> > > > > sehingga 46 hari dia masih tidak dibicarakan di mana-mana
> > > mahkamah?
> > > > >
> > > > > Adakah anda juga bersalah bila suami anda ditangkap polis?
> > > > >
> > > > > Yang lebih menghairankan, ada yang mengaku suami tak bagi pergi
> > > jengok,
> > > > > suami larang telefon.  Astaghfirullah, penakutnya.  Salahkah
> > > telefon?
> > > > > salahkah ziarah?  Selama ni merekalah juara bila bercakap tentang
> > > jihad,
> > > > > tapi bila tiba masanya merekalah orang yang paling takut tak
> > > bersebab.
> > > > > Muslimat kawasanpun takut nak jengok sebab diberi amaran supaya
> > > > > berhati-hati.  Yang bagi amaran tu musliminlah.
> > > > >
> > > > > Beberapa hari lepas saya melawat salah seorang isteri tahanan ISA
> > > yang
> > > > baru
> > > > > bersalin anak kelima.  Suami beliau ditangkap semasa beliau
> > > mengandung 8
> > > > > bulan.  Yang beliau sedihkan sampai sekarang Ketua Muslimat
> > > Kawasan tak
> > > > > pernah jenguk beliau.  Yang selalu datang, bertanya khabar dan
> > > membantu
> > > > > beliau ialah Wanita Keadilan.  PAS sudah lama bertapak diPuchong,
> > > tapi
> > > > > kebanyakan ahlinya penakut.  Sampai bilapun PAS tak akan menang
> > > di
> > > > Serdang,
> > > > > sebab kita hanya tahu bercakap, tapi takut bertindak dan tidak
> > > menjaga
> > > > > kebajikan ahli.
> > > > >
> > > > > Wanita yang saya lawati cukup tabah.  Pada beliau sekarang tiada
> > > lagi
> > > > > perasaan takut.  Beliau tak takut untuk marah pada polis Bukit
> > > Aman
> > > > dengan
> > > > > bahasa beliau sendiri tapi tidak kasar.  Dibiarkan keseorangan
> > > > > terkontang-kanting tanpa bantuan dari orang-orang yang selama ini
> > > > disangka
> > > > > sahabat membuatkan beliau tabah.
> > > > >
> > > > > Terima kasih kepada Bendahari PAS Kawasan dan Setiausaha PAS
> > > Kawasan dan
> > > > > beberapa orang lagi yang selama ini mengambil berat kebajikan
> > > beliau,
> > > > tapi
> > > > > setakat itu sajalah kot.  Kepada yang melarang isteri-isteri
> > > mereka
> > > > melawat
> > > > > beliau dan bertanya khabar, terima kasih(dari saya) atas
> > > persahabatan
> > > > anda
> > > > > selama ini.
> > > > >
> > > > > Beliau juga kesal dengan Unit Keselamatan Selangor, yang suaminya
> > > > menjadi
> > > > > ahli, seorangpun tak bertanya khabar, usahkan menjengok beliau.
> > > > >
> > > > > Orang Kelantan ada pantunnya sendiri(mereka bukan orang Kelantan)
> > > > >
> > > > > Cakap berdegar-degar,
> > > > > tahi lekat celah gelegar.
> > > > >
> > > > > Setakat celah gelegar sajalah, tak sampai ke tanah.  (ini
> > > kata-kata saya
> > > > > sendiri, bukan dari dia)
> > > > >
> > > > > _________________________________________________________________
> > > > > Get your FREE download of MSN Explorer at
> > > > http://explorer.msn.com/intl.asp
> > > > >
> > > > >
> > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > > >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE
> > > HIZB)
> > > > >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE
> > > HIZB)
> > > > >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan
> > >   )
> > > > >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
> > >   )
> > > > >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
> > >   )
> > > > >
> > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > > >
> > > > > Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>
> > > >
> > > >
> > > >
> > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE
> > > HIZB)
> > > >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE
> > > HIZB)
> > > >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan
> > > )
> > > >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
> > > )
> > > >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
> > > )
> > > >
> > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > >
> > > > Pengirim: mede jusoh <[EMAIL PROTECTED]>
> > >
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> > >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> > >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >
> > > Pengirim: "Ir. Hj. Khasbullah A. Kadir" <[EMAIL PROTECTED]>
> >
> >
> > __________________________________________________
> > Do You Yahoo!?
> > Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
> > http://phonecard.yahoo.com/
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: miftahul <[EMAIL PROTECTED]>




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hassan abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke