*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Orang bukan Islam tidak nampak kenapa mereka perlu
kepada perundangan Islam kerana negara bukan Islam
yang mengamalkan demokrasi seperti Eropah Barat lebih
berjaya di dalam membentuk masyarakat sivil yang bebas
dari rasuah, pencabulan hak asasi manusia dan
kezaliman jika dibandingkan dengan negara yang
mengamalkan perundangan Islam. Janganlah kita
beranggapan dengan menjalankan hukum hudud contohnya,
segala masalah di dalam negara seperti rasuah,
kronisme, kezaliman etc akan selesai dengan
sendirinya. 

Sebagai contoh, banyak negara konservatif Timur Tengah
yang menjalankan hukum Islam tetapi kezaliman,
kronisme dan pencabulan hak asasi berleluasa di
sana-sini. Saya rasa amat kecewa apabila terdapat
ustaz-ustaz kita yang cuba untuk meyakinkan kita
mengenai perundangan Islam mengambil contoh dari
negara-negara tersebut, alasan yang biasa diberi ialah
kes kecurian dan pecah rumah di sana amat kurang.
Tahukah mereka yang masalah kecurian dan rompakan
bukanlah masalah terbesar yang dihadapi oleh
masyarakat, tetapi rasuah peringkat tertinggi,
kronisme dan pencabulan hak asasi. Perkara-perkara ini
memang berleluasa di negara-negara yang mengamalkan
perundangan Islam tadi. 

Apa yang ingin saya nyatakan ialah masalah-masalah
yang orang Islam hadapi kini bukan hanya boleh
diselesaikan dengan menjalankan perundangan Islam
sahaja. Hukum-hukum Islam, hudud contohnya, sebenarnya
hanyalah sebagai `means' yang disarankan oleh Allah
untuk manusia mencapai keadilan sosial. Memotong
tangan pencuri contohnya bukanlah the end in itself
atau matlamat Islam diturunkan. Menjalankan
undang-undang Islam seperti hudud dan sebagainya
bukanlah matlamat Islam diturunkan.

Kerana itulah walaupun di dalam Al-Quran terdapat
hukum-hukum yang tidak applicable pada masa sekarang
seperti hamba abdi, bayaran kepada orang tertentu di
dalam bentuk unta dan sebagainya, agama Islam tetap
sesuai untuk semua zaman. Ini kerana menjalankan hukum
Islam is not the end but the means. Apa yang berlaku
pada hari ini ialah sebaliknya, ramai ulama yang
berusaha begitu bersungguh-sungguh supaya hukum-hukum
tersebut boleh dijalankan tanpa melihat tujuan dan
matlamat. Sebagai contoh, matlamat hukum Islam ialah
untuk mengelakkan kecurian, dan bukannya matlamat
hukum Islam untuk memotong tangan pencuri. 

Jika kita membaca sejarah semenanjung Arab dan cara
hidup kabilah-kabilah pagan Arab, memang hukum seperti
hudud sesuai dengan budaya dan cara hidup mereka.
Sebelum Islam didatangi pun, mereka sudah biasa dengan
hukuman seperti itu di dalam masyarakat mereka.
Kecurian dan rompakan di antara kabilah ialah punca
utama peperangan di antara mereka berlarutan sehingga
menghancurkan segala-galanya. Selepas kedatangan Islam
dan semenanjung Arab semakin makmur, semakin kurang
perlaksanaan hukum tersebut dilaksanakan (walaupun ia
tidak pernah dibatalkan). Ini kerana perbuatan
kecurian yang berlaku sudah tidak dianggap jenayah
yang berat lagi di zaman tersebut. Di zaman
khalifah-khalifah Islam pun, pencuri-pencuri
kebanyakannya dipenjara sahaja. Biasanya hakim akan
berusaha mencari jalan supaya hukum potong tangan
tidak dilaksanakan ke atas pesalah.

Kutipan cukai dari orang bukan Islam untuk
perlindungan walaupun dijalankan oleh rasululullah
telah tidak dijalankan oleh hampir kesemua
khalifah-khalifah selepas kewafatan baginda kerana
situasi telah berubah dan tidak memerlukan. Namun
begitu, seperti juga hukum mengenai hamba abdi,
sekiranya di masa hadapan dunia berubah dan muncul
kembali keadaan seperti tersebut, hukum tersebut akan
dilaksanakan. Hukum-hukum diturunkan supaya manusia
mengetahui `limit' apabila menjalankan proses
perundangan. 

End.            



--- "Ir. Hj. Khasbullah A. Kadir"
<[EMAIL PROTECTED]> wrote: > i tend to agree
with u......not all but most of
> it.........
> Kegagalan pemerentahan Islam di
> Sudan,Iran,Afghanistan etc.........hanyalah
> sekadar di beritax2 atau kaca t.v atau di lainx2
> media elekronik saja.......
> 
> WHY............I
> ni adalah kerana segala maklumat yg kita terima
> adalah bersumberkan mediax2
> yg dikuasai sepenuhnya olih pihak
> Yahudi...........of course there's no way
> the good things even one good thing about islamic
> rules will be
> highlighted......I'm not sure whether u'r aware or
> not that all the nations
> in the world are against any kind of movement in
> implementing islamic
> state.......including what so called a neutral body
> by the name
> of.......Pertubuhan Bangsax2 Bersatu.
> 
> Baiklah......pengalaman saya sendiri mengenai
> Pengusaha Balak ditempat saya
> berkerja nie...........seorang Tauke
> Cina.......beliau sendiri memberi tahu
> saya tentang kebaikan yg dibuat olih kerajaan negri
> kelantan didalam memberi
> hak membalak.Beliau memuji sistem yg diamalkan olih
> kerajaan negri kelantan
> yg mengikut beliau bebas dari budaya rasuah/duit
> kopi/under table money
> etc....
> All these good things been done......is and will
> never be highlighted in the
> media......tu citer pasal orang islam yg memerentah
> tidak menjalankan
> undangx2 islam dinegara kita nie........just
> imagine........what will the
> non muslims do........must be even worst........
> Sekadar renungan saja.......i might be wrong
> 
> > -----Original Message-----
> > From:       Jude [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> > Sent:       Thursday, August 02, 2001 1:19 PM
> > To: Ir. Hj. Khasbullah A. Kadir; rimau kayu;
> [EMAIL PROTECTED]
> > Subject:    RE: H-Net* Nak masuk  PAS atau KEADILAN
> > 
> > Sukar untuk meyakinkan orang bukan Islam dengan
> > hujah-hujah yang idealistik sahaja. Suka atau
> tidak,
> > realitinya ialah kita terpaksa akui yang cubaan
> untuk
> > melaksanakan pemerintahan Islam di semua negara
> > seperti Sudan, Afghanistan, Iran etc telah tidak
> > membuahkan kejayaan. Kesilapan yang terbesar di
> dalam
> > perlaksanaan tersebut telah menjadikan agama Islam
> > sebagai "a mark of identity" kepada penganut Islam
> dan
> > ini menyisihkan orang bukan Islam di dalam negara
> > tersebut. Sepatutnya Islam menjadi suatu `set of
> > values' kepada rakyat di negara Islam. Jika
> > dilaksanakan dengan betul, semestinya Islam tidak
> > menjadi masalah untuk dilaksanakan termasuk di
> negara
> > berbilang kaum seperti Malaysia. Rakyat Iran yang
> > mempelopori gerakan menubuhkan kerajaan Islam
> telah
> > menyedari kesilapan tersebut dan sedang mengubah
> arah
> > tuju negara mereka. Kita sepatutnya belajar dari
> > mereka ini.   
> > 
> > 
> > 
> > --- "Ir. Hj. Khasbullah A. Kadir"
> > <[EMAIL PROTECTED]> wrote: >
> Assalamualaikum
> > para netters yg dirahmati ALLAH ,
> > > Bagi pandangan peribaldi
> saya...................Pas
> > > atau Keadilan or even
> > > Umno is not the issue.........kesemua parti x2
> > > tersebut on papers
> > > menjelaskan tujuan & matlamat perjuangan
> masingx2
> > > kearah kebaikan
> > > belaka...................tiada manax2 parti
> politik
> > > pun yg matlamatnya untuk
> > > menyusahkan rakyat,mengalakan budaya
> > > rasuah,menghalang kemajuan
> > > etc.............
> > > 
> > > Persoalannya.....in reality..............adakah
> > > ianya benarx2 dilaksanakan
> > > mengikut tujuan/manifesto parti............Umno
> been
> > > in power since
> > > kemerdekaan pada awalnya bergitu berjasa pada
> rakyat
> > > & negara........telah
> > > mula mengambil kesempatan sebagai parti
> pemerentah
> > > demi kepentingan
> > > individux2 tertentu & kroni dan sudah mulai
> bongkak
> > > akibat been too long in
> > > power...........menyebabkan segala yg dirancang
> on
> > > papers sound good but in
> > > reality.......the other way
> > > round...........................so to my
> > > personnel opinion..........Umno is out of the
> > > question
> > > 
> > > Mengenai parti Keadilan...........semua orang
> sudah
> > > tahu sejarah kewujuban
> > > parti tersebut .........nothing much to
> > > comment.......parti politik pelbagai
> > > kaum just like Dap........cuma perbedzaan yg
> > > jelas......Dap majoritynya org
> > > cina............keadilan majoritynya org
> > > melayu.........berjuang
> > > berkonsepkan issuex2 mengenai keadilan & hak
> > > rakyat...............never been
> > > in power before..............worth to give a
> chance
> > > to proof it......
> > > 
> > > Bagi saya..........INSYA 
> ALLAH............dulu,kini
> > > & selamanya bersama Pas
> > > dengan alasan yg simple kerana Pas akan
> meletakan
> > > AI-Quran & Al-Hadith
> > > sebagai tunjang didalam melaksanakan sistem
> > > pemerentahan jika diberi
> > > peluang.................dengan lainx2 perkataan
> yg
> > > mudah
> > > difahami.......dengan meletakan Al-Quran & Al
> > > -Hadith sebagai rujukan
> > > tertinggi.............Insya ALLAH sistem
> > > pemerentahan yang bukan sekadar
> > > dari sudut politik saja,ianya juga merangkumi
> aspek
> > > sosial,ekonomik,pendidikan etc..............akan
> > > wujub satu sistem
> > > pemerentahan yg adil & telus.............tanpa
> > > mengira bangsa &
> > > agama........................
> > > 
> > > Sejarah telah membuktikan ketidak adil sistem yg
> > > tidak berlandaskan islam
> > > dimana kita dapat melihat pemerentah bukan islam
> > > membunuh penduduk islam
> > > yang tidak berdosa...........tetapi sehingga ke
> hari
> > > ini belum berlaku
> > > didalam sejarah...pemerentah islam membunuh
> penduduk
> > > bukan islam yang tidak
> > > berdosa......yang berlaku hanyalah pemerentah
> islam
> > > membunuh penduduk islam
> > > yg memperjuangkan islam kerana mengugat
> kepentingan
> > > politik mereka.Olih itu
> > > masalah pelbagai kaum & agama dibawah
> pemerentahan
> > > islam adalah jauh lebih
> > > terjamin & selamat..........Olih itu samax2lah
> kita
> > > memberi kefaham/gambaran
> > > yg betul terhadap kaum yg belum memeluki islam
> nie..
> > > 
> > > Dari segi kenyataannya apa yg berlaku sehingga
> hari
> > > nie kita
> > > dapati........hampir kesemua pucuk pimpinan Pas
> > > merupakan org yg mendalami
> > > ilmu islam serta mengamalkannya......bukan
> sekadar
> > > bercakap
> > > saja.........olih itu segala geraklaku yg
> dilakukan
> > > didunia ini sentiasa
> > > berhubung kait dengan kehidupan diakhirat (our
> final
> > > destination)....olih
> > > itu issuex2 penyalahanguna kuasa dan
> penyelewengan
> > > amat berkurangan kerana
> > > mereka sentiasa ditarbiahkan untuk mengingati
> > > kehidupan di akhirat.Ini
> > > hanyalah satux2nya cara untuk menjadikan
> kehidupan
> 
=== message truncated === 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?Jude?= <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to