*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Melayu memang pelupa,
Lupa akan asalnya,
Lupa akan kembalinya,
Lupa akan ajalnya,
Lupa akan dirinya hamba,
Lupa kepada yang esa,
Lupa dirinya telah dianiaya,
Lupa kepada sejarah bangsa,
Dan teramat lupa kepada agamanya...

Adakah Melayu Haprak?
Berdiam walaupun dikutuk,
Berdiam walaupun dicerca,
Berdiam walaupun dizalimi,
Macam si luncai yg terjun dengan labunya?

Adakah kita lupa,
Kepada 'Melayu' yang paling haprak didunia?
Menzalimi dan menganiaya rakyatnya,
Senjatanya hanya setitis air mata,
Yang dapat mengaburi mata-mata yang melihat,
Hilang segala cemuhan, 
Timbul seribu kesedaran?

Lupakah kita kepada kata-kata,
Kata-kata manis semasa pilihanraya,
segala janji-janji yang dihamburkan,
Dari pemimpin yang dipilih Melayu (yg lupa).

Celakalah Melayu,
Yang mudah menjadi lupa,
Lupa apabila dihamburkan emas,
Lupa apabila dihamburkan kata-kata,
Lupa apabila dihamburkan janji-janji,
Walaupun pernah diheret seribu penyeksaan,
Walaupun pernah ditendang diterajang?

Apa sudah jadi dengan melayu,
Yang mendakwa dirinya mukmin,
Hilang pedomankah mereka,
Atau takut hilang mata pencarian??????

Melayu kata Melayu bodoh....biarkan-biarkan.......
Melayu kata Melayu haprak....biarkan-biarkan.....

CUBA FIKIRKAN



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
http://phonecard.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ikan masin <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to