*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadilah macam Kampung BUMIPUTERA .....penduduknya - majoriti Indon...
( takkan BUmiputera Indon kot )

--- amari claude <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> orang melayu nie degil... dah dibagi peluang tak mahu gunakan peluang.  
> walaubagaimanapun, kesiannn jua kat bumiputera kalau meritokrasi 
> dilaksanakan.  MCA dah pun berjaya menubuhkan universitinya dan tiba-tiba 
> bumiputera dikenakan dasar meritokrasi... apa kan jadi dengan bumiputera di 
> masa akan datang?????
> 
> 
> >From: "BIN LUDIN" <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: H-Net* LUAHAN RASA: Meritokrasi
> >Date: Mon, 06 Aug 2001 04:00:27 0100
> >
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >Assalamualaikum,
> >
> >Malam tadi (2/8/01) saya mendengar Dr Mahathir berkhutbah mengenai perlunya 
> >kita bersikap toleransi atau pun bertolak ansur demi menjaga keharmonian 
> >perpaduan kaum di Malaysia. Saya setuju dengan cakap beliau itu; lagi pun 
> >selama ini memang banyak pun benda yang orang2 Melayu telah lakukan demi 
> >mengekalkan sikap toleransi yang diperkatakan itu. Saya sendiri secara 
> >individu walau pun kadang2 ada rasa marah bila orang mempermainkan 
> >anak-anak bangsa saya, tapi demi keharmonian negara, jarang saya luahkan 
> >secara terbuka.
> >
> >Malangnya, setelah hampir berdekad lamanya saya menyimpan rasa itu, minggu 
> >ini saya tidak tertahan lagi; membaca berita demi berita mengenai 
> >penghapusan sistem quota kemasukan bumiputera ke bangku Universiti 
> >membuatkan jiwa saya jadi panas, mendidih membara. Sebagai seorang individu 
> >bumiputera berbangsa Melayu, saya jadi cukup marah, cukup terkilan dan rasa 
> >benar-benar dikhianati oleh pemimpin bangsa saya sendiri.
> >
> >Dr Mahathir memberikan alasan berikut apabila ditanya kenapa beliau 
> >tergamak memperkenalkan sistem Meritokrasi yang dalam bahasa Malaysianya 
> >bermakna "Penghapusan Sistem Quota"  untuk anak-anak bumiputera masuk ke 
> >Universiti:
> >
> >"Menurut Perdana Menteri, menerusi dasar itu diharap mereka dapat
> >menumpukan kepada pelajaran dan mencapai kelulusan lebih baik. ``Kita perlu 
> >ambil tindakan untuk memperingati bahawa kalau mereka tidak berusaha, tidak 
> >ada tempat bagi mereka,'' katanya. [Utusan Malaysia 3/8/01]
> >
> >PIIRAHH!!! - DULU PUN MASA NAK HAPUSKAN BIASISWA UNTUK DIGANTIKAN
> >DENGAN PINJAMAN PENDIDIKAN, ALASAN YANG SAMA JUGA DEPA BERIKAN!!
> >
> >Dulu, depa kata budak-budak Melayu lemah sebab diberikan biasiswa
> >secara percuma. Bila dah dapat biasiswa secara percuma, budak-budak Melayu 
> >tak appreciate ataupun tak menghargai pemberian tersebut; jadi mereka yang 
> >empunya kuasa pun menukarkan biasiswa  menjadi pinjaman. Alasan yang 
> >diberikan kepada kami ketika itu lebih kurang serupa sahaja dengan alasan 
> >Dr Mahathir di atas:
> >
> >"Menerusi dasar itu diharap mereka dapat  menumpukan kepada pelajaran dan 
> >mencapai kelulusan lebih baik"
> >
> >Untuk menyedapkan hati kami ketika itu, mereka menyatakan bahawa
> >Pinjaman itu boleh ubah jadi biasiswa jika mendapat kelulusan yang 
> >cemerlang seperti mendapat CGPA above 3.25 misalnya; tapi lama kelamaan 
> >bila Melayu sudah lupa sejarah, pinjaman itu bukan lagi ditukar jadi 
> >biasiwa, tapi ditokok tambah pula menjadi sistem RIBA 4% serba satu!!!
> >
> >SEKARANG PULAK DEPA NAK BUAT BENDA YANG SAMA KEPADA SISTEM QUOTA;
> >KONONNYA SUPAYA PELAJAR MELAYU PULUN BELAJAR - TAPI, PERCAYALAH
> >TUAN-TUAN DAN PUAN PUAN, SAMA SAJA SEPERTI CERITA BIASISWA DI ATAS, 
> >AKHIRNYA SISTEM QUOTA INI AKAN TERHAPUS BUAT SELAMA-LAMANYA.
> >
> >Maka, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu versi asal akan tinggal menjadi 
> >bahan sejarah di Muzium Negara - untuk renungan seluruh anak bangsa dan 
> >cucu cicit kita mendatang.
> >
> >Oh ya, untuk  pengetahuan adik-adik yang masih di bangku sekolah atau pun 
> >mereka-mereka yang jahil tentang sejarah; ingin dinyatakan di sini bahawa 
> >Hak Istimewa Orang Melayu ini adalah hasil perjanjian Pemimpin-Pemimpin 
> >Melayu yang terdahulu dengan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Bukan Melayu 
> >semasa perjanjian untuk mencapai kemerdekaan tempoh hari. Dalam Perjanjian 
> >tersebut, orang-orang Melayu bersetuju memberi taraf kerakyatan kepada 
> >orang-orang bukan Melayu dengan syarat anak-anak Melayu turun temurun akan 
> >diberi hak Istimewa yang kemudian dicatat dalam Perlembagaan sebagai 
> >Hak-Hak Istimewa Orang Melayu. Antara hak-hak istimewa tersebut ialah Hak 
> >Untuk Anak-Anak Melayu Mendapat pendidikan di Universiti-Universiti seperti 
> >pemberian
> >biasiswa (bukan pinjaman!!!) dan quota untuk masuk ke Institut
> >Pengajian Tinggi.
> >
> >JIKA HAK-HAK ISTIMEWA BANGSA MELAYU INI NAK DIHAPUSKAN, MAKA SEBAGAI ANAK 
> >MELAYU GENERASI BARU, KITA CADANGKAN - BERDASARKAN PERJANJIAN KEMERDEKAAN 
> >TERSEBUT - TARAF KERAKYATAN UNTUK  ORANG2 CINA DAN INDIA JUGA TURUT 
> >DIHAPUSKAN!!
> >
> >Sayugia juga dicatatkan di sini bahawa saya adalah salah seorang
> >individu yang sempat merasai nikmat biasiswa sebagai hak istimewa
> >orang Melayu sebelum ianya dihapuskan dan ditukarkan kepada pinjaman
> >pendidikan.
> >
> >Secara ikhlas, saya benar-benar keciwa kerana biasiswa yang menjadi milik 
> >serata bangsa Melayu telah dihapuskan dan diganti dengan pinjaman 
> >pendidikan. Alasan yang diberikan pada mulanya dapat diterima akal; tetapi 
> >setelah hampir 2 dekad kita kehilangan hak istimewa itu; saya mula dapat 
> >melihat bahawa menghapuskan biasiswa dan digantikan dengan pinjaman, dengan 
> >alasan kononnya untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar2 Melayu 
> >adalah pembohong semata-mata.
> >
> >Kerana itu, apabila alasan yang sama mereka berikan untuk menghapuskan 
> >quota kemasukan ke Universiti ini; kononnya supaya pelajar-pelajar Melayu 
> >lebih berusaha untuk meningkan pencapaian akademik untuk berebut masuk 
> >dengan kaum lain ke Universiti, dalam apa yang dikatakan sebagai sistem 
> >Meritokrasi, maka saya sebagai seorang insan yang mengalami sendiri zaman 
> >peralihan biasiswa kepada pinjaman pendidikan; aci potong jari saya katakan 
> >- berdasarkan kes penghapusan biasiswa itu tadi, pencapaian akademik 
> >budak-budak Melayu masih akan tetap di tahap itu.
> >
> >YANG PASTINYA -  MENGHAPUSKAN QUOTA BUMIPUTERA KE UNIVERSITI ADALAH SATU 
> >MALA PETAKA BESAR BUAT ANAK-ANAK MELAYU DAN GENERASI MENDATANG!!
> >
> >Yang beruntungnya ialah orang-orang Cina; dalam minggu ini juga di kala 
> >kita sedang bergelut dengan isu penghapusan quota anak-anak Melayu, 
> >orang-orang Cina melalui MCA pula sedang sibuk dengan penubuhan Universiti 
> >Cina yang pertama di Malaya iaitu UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman).  Di 
> >kala pemimpin-pemimpin
> >politik Melayu melalui UMNO sedang bergelut memikirkan cara bagaimana 
> >hendak merealisasikan sistem Meritokrasi (No Quota) ini, pemimpin2 Cina 
> >melalui MCA pula sedang sibuk menguruskan kepulangan 
> >cendiakawan-cendiakawan rakyat Malaysia berbangsa Cina di luar negeri untuk 
> >pulang menyumbang khidmat di UTAR. Buktinya, lihatlah sendiri petikan 
> >kenyataan Ling Leong Sik di bawah:
> >
> >"To a question, he said several lecturers working abroad had made
> >enquiries as to whether their services were needed at Utar. "We are happy 
> >with the enquiries and some have returned home to advise the party on how 
> >the university syllabus and human resources development must be planned," 
> >he said.. [The Star 30/7/01]
> >
> >Sebagai seorang individu Melayu yang melihat dengan mata kepala
> >sendiri bagaimana peritnya anak-anak Melayu ditindas dan dicantas
> >dalam sektor swasta, dada saya bagaikan dirobek-robek bila membaca berita 
> >penubuhan UTAR yang dikuti dengan berita duka penghapusan quota bumiputera 
> >selang beberapa hari selepas itu.
> >
> >TIDAK DAPAT TIDAK, TERPAKSA SAYA KATAKAN BAHAWA PENGHARAMAN SIRI-SIRI 
> >CERAMAH PEMBANGKANG SECARA MENDADAK AWAL MINGGU INI, SEBENARNYA ADALAH SATU 
> >MUSLIHAT TERSENDIRI OLEH PIHAK PEMERINTAH UNTUK MENGELAKKAN ORANG-ORANG 
> >MELAYU MEMBINCANGKAN SECARA TERBUKA ISU YANG AMAT SENSITIF INI!!
> >
> >Dan, buat pertama kalinya juga saya secara individu, walau pun berbeza 
> >fahaman politik dengan GPMS, terpaksa berlapang dada dan bersetuju 100% 
> >dengan kenyataan mereka yang menyatakan bahawa:
> >
> >"Bilangan pelajar bumiputera ke IPTAakan berkurangan sehingga 90
> >peratus daripada jumlah sekarang jika dasar meritokrasi dilaksanakan; 
> >perubahan dasar itu juga akan menyebabkan pelajar Melayu di luar bandar 
> >terus ketinggalan kerana kemudahan prasarana pendidikan yang masih tidak 
> >sebaik di bandar-bandar." [Utusan Malaysia 2/8/01].
> >
> >Berkurangnya kemasukan pelajar-pelajar Melayu ke Universiti bermakna akan 
> >berkurangnya jumlah graduan2 Melayu. Berkurangnya jumlah graduan Melayu 
> >akan bermakna berkurangnya golongan-golongan professional Melayu 
> >terutamanya di sektor-sektor swasta yang sehingga hari ini menyaksikan 
> >jumlah orang-orang Melayu di bahagian pengurusan cuma boleh dibilang dengan 
> >jari sahaja. Kalau tidak percaya, kita ingin jemput Pemuda UMNO untuk 
> >membuat project "Pemuda UMNO Masuk Kilang" -
> >cubalah turun menjengukkan diri ke kilang-kilang multinational
> >yang berlambak di seluruh negara; tuan tuan akan dapat melihat sendiri 
> >bagaimana ~ 90% bahagian pengurusan dipegang oleh orang Cina dan 90% 
> >bahagian terbawah seperti technician, operator, guard dan janitor dipegang 
> >oleh orang-orang Melayu.
> >
> >KALAU KITA SINGGAH MINUM KOPI DI GERAI-GERAI ATAU PUN KEDAI MAKAN DI 
> >KAWASAN2 INDUSTRI; KALAU TELINGA SENSITIF ENOUGH,  NESCAYA KITA DAPAT 
> >MENDENGAR BERBAGAI RINTIHAN DARIPADA PEKERJA-PEKERJA MELAYU YANG DITINDAS 
> >DI NEGARA SENDIRI; SESETENGAHNYA CUKUP MENYAYATKAN HATI.
> >
> >Apa yang saya tulis di sini cukup sensitif yang memungkinkan saya
> >dijemput masuk ke UiSA secara meritokrasi!! - tetapi kerana
> >mengingatkan kenyataan Dr Hassan Shukri, Naib Presiden Pas yang
> >mengatakan bahawa UMNO sendiri boleh didakwa di bawah akta hasutan kerana 
> >bertindak mempersoalkan hak istimewa bangsa Melayu melalui sistem 
> >meritokrasi ini, maka saya gagahkan juga diri
> >untuk menulis.
> >
> >Berikut saya bawakan Dua contoh, yang saya kira sudah cukup untuk
> >dijadikan bukti betapa walaupun negara sudah merdeka lebih 40 tahun tetapi 
> >anak-anak bangsa sedang merintih ditindas di bumi sendiri!!
> >
> >Seorang teman lama saya di Intel Pulau Pinang menceritakan mengenai 
> >penindasan terhadap pekerja peringkat Technician seperti mereka. 
> >Diceritakan bahawa dalam keadaan biasa. nisbah kenaikan pangkat untuk 
> >orang2 Melayu (level Technician) adalah terlalu rendah iaitu 1 dalam 100. 
> >Kalau ada peluang pun cumalah bila ada jawatan baru (new opening) dibuka 
> >yang memerlukan diisi oleh pekerja dalaman (internal intake). Itu pun 
> >mungkin dalam 10 jawatan hanya 1 orang melayu sahaja diambil.
> >
> >Diceritakan juga bahawa untuk seseorang melayu naik pangkat menerusi 
> >supervisornya sendiri adalah mustahil kerana boleh dikatakan semua 
> >supervisor di sana adalah non-bumiputra dan mereka akan sedaya upaya atau 
> >dengan apa cara sekalipun akan menaikkan orang mereka. Rata-rata orang 
> >melayu di sana, khususnya level Technician tidak menaruh apa-apa harapan 
> >untuk naik pangkat,. Bagi mereka, bekerja di sana adalah sekadar hanya 
> >boleh meneruskan kehidupan harian sudah kira cukup; itulah apa yang telah 
> >mereka 'set' kan dalam minda mereka.
> >
> >Bagi level operator pun sama, walaupun mereka mengikuti kelas
> >megatronic yang disediakan oleh intel hingga ke peringkat tertinggi(3) 
> >sekali pun adalah amat susah bagi mereka untuk naik pangkat ke level 
> >technician mungkin setakat line leader sahaja tetapi bagi operator non-bumi 
> >hanya mengikuti kelas peringkat pertama/kedua mereka telah layak untuk naik 
> >pangkat ke level technician sama seperti level mereka yang mempunyai 
> >Diploma.
> >
> >APA YANG BERLAKU DI SANA ADALAH SEBAHAGIAN CONTOH KECIL YANG BOLEH 
> >DIKATAKAN MEWAKILI SENARIO SEMUA KILANG-KILANG INDUSTRI DI MALAYSIA SECARA 
> >KESELURUHANNYA.
> >
> >Contoh yang ke-2:
> >
> >Beberapa bulan yang lepas, saya singgah di sebuah warung makan di
> >sebuah kawasan industri di Pulau Pinang. Kebetulan saya bertemu dengan 
> >seorang sahabat lama saya yang bekerja di kilang Hitachi Metal. Beliau 
> >meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan tindakan pihak majikan yang 
> >memotong 15 minit waktu lunch (1 jam termasuk solat zohor)  bagi mana-mana 
> >pekerja Islam yang hendak menunaikan sembahyang asar!!
> >
> >CIH - CELAKA PUNYA KILANG; 15 MINIT SEMBAHYANG PUN NAK BERKIRA!!
> >
> >Yang paling saya berbulu sekali ialah temannya bercerita mengenai
> >Tandas Wanita yang dicabut paip-paip airnya kerana kononnya untuk
> >menjaga kebersihan tandas!!
> >
> >CISS - SAMPAI MACAM TU SEKALI ORANG MELAYU DIHINA - NAK BERAK PUN TAK 
> >BOLEH; HARAM BEJADAH BETOI!!!
> >
> >[Next time, siapa yang ada adik-adik yang nak pi kerja di Hitachi
> >Metal, suruh dia berak puas-puas dulu sebelum keluar rumah; kalau
> >tidak kena controllah dia punya berak sampai balik rumah!!]
> >
> >Inilah tuan-tuan dan puan-puan akibatnya apabila kita kekurangan
> >orang2 Melayu di peringkat pengurusan dan professional. Sedarlah
> >bahawasanya, dalam keadaan kita ada quota di Universiti itu pun, kita masih 
> >belum dapat menguasai sektor swasta sepenuhnya untuk membolehkan bangsa 
> >kita pekerja peringkat bawahan hidup sempurna di sana; inikan pula dengan 
> >terhapusnya sistem quota dan pengenalan meritokrasi. Seperti mana kata 
> >Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di atas, suatu nanti jika sistem 
> >meritokrasi dilaksanakan, jumlah graduan Melayu yang keluar Universiti akan 
> >berkurangan sebanyak 90%!!
> >
> >Jika itu berlaku, jika sistem MERITOKRASI diteruskan juga; maka
> >yakinlah tuan tuan bahawa suatu nanti di sektor-sektor swasta, bukan sahaja 
> >hak orang Melayu untuk berak dinafikan, silap-silap haribulan hak untuk 
> >kentut pun tak boleh:
> >
> >"AIYAA - LU PUNYA BANGSA PUNYA KUNTUT MANYAK BUSUK LOO - BOLEH KASI 
> >CONTAMINATION KITA PUNYA PRODUCT MA!!!"
> >
> >Kalau sapa-sapa sanggup tengok anak cucunya kena tahan kentut, silalah 
> >sokong sistem meritokrasi...
> >
> >-BIN LUDIN-
> >
> >
> >       - This email has been sent using TurtleMail -
> >Get your free email address from www.purpleturtle.com now!
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Pengirim: "BIN LUDIN" <[EMAIL PROTECTED]>
> 
> 
> _________________________________________________________________
> Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "amari claude" <[EMAIL PROTECTED]>


=====
ambolatu...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
http://phonecard.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ambolatu kawepongbuleh <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke