*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
first of all mohon maaf andai apa yang saya coretkan ini melukakan hati
sesiapa.Tapi saya rasa saya perlu perbetulkan beberapa kesilapa tulisan
"akak". harap dapat terima dengan fikiran positif.
pertama saya ingin mengambil ayant yang "akak" tulis ---"Sebaik-baik jin
adalah sejahat-jahat manusia" - jangan lupa itu.  So, kalau kita berkawan
dengan jin, maknanya kita berkawan dengan manusia yg PALING JAHAT!
Nau'zubillah..
saya juga ingin berkata Nau' zubillah dengan perkataan "akak"!tahukak akak
yang manusia yang paling jahat adalah "firaun,hamman,qarun,abujahal dan
mereka-mereka yang telah ALLAH SWT cela dan hina di dalam AL-QURAN dan
mereka-mereka ini telah di janjikan tempat mereka di dalam neraka
jahanam,manakala jin-jin yang baik adalah jin-jin yang telah juga ALLAH SWT
ceritakan di dalam AL-QURAN yang mana mereka telah beriman (sila rujuk surah
JIN)dan ada di antaranya gugur syhid ketika bersama-sama berjuang di jalan
ALLAH SWT sebaimana terdapat di dalam sirah-sirah.kesimpulannya bolehkah
kita dengan mudahnya menyamakan kedudukan manusia yang telah di jamin
tempatnya di dalam neraka dengan makhluk-makhluk yang telah beriman
sepenuhnya pada ALLAH SWT!ingatlah...yang maksudnya lebih kurang berbunyi
"Tidak AKU jadikan JIn dan manusia melainkan untuk beribadah@taat pada
KU"saya rasa tidak perlulah saya menulis panjang lebar tentang ini tentu ada
di kalangan warga HIZBI yang pastinya lebih arif akan hal ini.

perkara kedua--"Kita mesti ingat, hanya para Rasulullah sahaja yg ada
mukjizat.  Selain dari para Rasulullah... manusia biasa tiada kelebihan
lain, melalinkan dengan ber"kawan" dengan setan sahaja yang boleh buat
benda-benda macam tu.  Disebabkan kesedaran dan penghayatan Islam tu kurang
agaknya zaman dulu, mungkin orang zaman dulu tak berapa nak perasan  akan
"persahabatan" mereka dengan jin dan iblis itu adalah syirik.  Oleh kerana
orang dulu-dulu tiada kenderaan, mungkin sebab tulah agaknya meraka gunakan
"sahabat" mereka untuk pergi ke mana-mana dengan sekelip mata."  
 
tentang perkara-perkara ganjil yang berlaku pada sesetengah manusia.Ya benar
saya akui tentang perkara-perkara yang tidak boleh di terima akal yang
terjadi pada sesetengah manusia.Saya juga mengakui yang MUKJIZAT hanya ada
pada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.namun bagaimana dengan cerita-cerita yang
terjadi pada para sahabat dan orang-orang alim pada waktu dahulu.Bagaimana
dengan kisah khimar yang di hidupkan kembali oleh ALLAH SWT buat seorang
hambanya,bagaimana pula dengan kisah tentera islam berkuda yang boleh
berjalan di atas air,bagaimana pula dengan kisah panglima tentera islam
KHALID ALWALID(RA)yang minum racun dan sebagainya.adakah mereka ini juga
"membela" atau dalam erti sebenar adakah mereka-mereka ini mempunyai SIHIR?
Ya memang MUKJIZAT hanya ada pada para NABI-NABI dan RASUL-RASUL namun buat
manusia-manusia biasa dengan izin ALLAH mereka dikurniakan KARAMAH.Namun
perlu di ingatkan yang KARAMAH hanya ada pada orang-orang yang masih
hidup!Dan saya juga tidak menolak dengan perkara-perkara yang ada hubungkait
dengan pertolongan syaitan dan lain-lain makhluk iaitu SIHIR.

saya mohon ribuan maaf jika ada yang terasa, namun penuh tulus ikhlas saya
nyatakan bukan niat saya untuk memperlekeh-lekehkan sesiapa disini, saya
tahu ada di kalangan warga HIZBI yang lebih arif ilmunya dari diri saya yang
serba kekurangan ini.Harap semua mengerti niat saya...

terima kasih,
Rhadi

----------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------
Assalamu'alaikum Cik Mona dan warga Hizbi yang lain; 
Bila cik Mona mengutarakan bab "Saka" ni, yg sebenarnya akak dah lama
teringin nak menulis bab-bab ni.  Cumanya tak berapa "berani" sebab takut
kang orang ingat kita ni saja nak reka cerita.
"Saka" ni yg sebenarnya "benda halus" yg di"bela" oleh orang tua-tua dulu yg
mana, jika tak dibuang, kelak apabila si pembela nak meninggal, salah
seorang dari anaknya atau mana-mana keturunannya kena "mengaku" untuk bela.
Kalau tidak, si pembela susah dan agak sukar untuk mati.
Ada juga "saka" yg bukan sengaja di"bela" , tapi entah macam mana, "terikut"
orang yg nasibnya tak baik tu ke rumah.  Contoh yg paling baik adalah yg
terjadi kepada arwah nenek sedara akak.  Arwah telah pergi ke Tanjung
Puteri, Johor...tepi pantai.  Tengah arwah duduk-duduk.. tiba-tiba arwah
rasa lain macam dan entah macam mana, "benda" tu mengikut dia sampailah ke
akhir hayatnya.  Kalau nak cerita, memang panjang.. sebab this happened when
I was young, very young, but I still can remember it very well.
Memang menyeramkan........ Bukan senang nak "halau" benda tu.... sampaikan
anita (bomoh) yg cuba mengubati  tu gugur kandungannya...!  Perempuan tu
memang menggunakan ayat-ayat Qur'an.  Diringkaskan cerita.... yg sebenarnya,
my arwah nenek sedara ni dah lama rohnya tiada, tapi "saka" menumpang
tubuhnya.  Jadi, yg hidup adalah "saka",  tapi badan arwah nenek ni agak
reput sebab mungkin dah 2 hari meninggal.   Doktor pun confirm.. sebab yg
hidup & bernyawa tu bukan tubuh nenek sedara tu, sebab tubuhnya dah
menunjukkan "reput".  Yang herannya, bila makan, macam orang tak sedar
diri... sekelip mata habis... bila baca yassin, dia macam panas,
menjerit-jerit dan menyebabkan orang yg datang menziarah ketakutan.  In
fact, sedara-mara yg terdekat pun hampir "give-up" nak bacakan Yassin sebab
terlalu takut tengok keadaan "mayat hidup".   Seram you! tapi itulah yg
terjadi kepada keluarga kami suatu ketika dulu.
Akhirnya setelah disembelih seekor ayam putih dan pulut kuning dihidangkan,
maka barulah arwah nenek "pergi" dengan amannya.  
Mungkin akak bukan orang berkelayakan untuk cerita bab-bab ni, tapi benda
"saka" ni adalah benda yg memang wujud.  My own sister died kerana di"sakat"
oleh binatang nama saka ni.  Arwah Kak Ngah akak meninggal masa dalam
pantang.  My mother, my eldest brother jatuh sakit kerana binatang saka ni.
Mungkin kerana kami tidak mahu menerima benda-benda begini dari keturunan yg
lalu.  So, apabila di"buang" ke laut, kami sekeluarga tidak dibenarkan ke
laut selama berbelas-belas tahun.  Akak sendiri tak pergi mandi laut agak
lama, sehingga bonda kata boleh. 
Ada setengah orang akan kata "mengarut" atau pun akan "chop" kita berkawan
dengan setan ke, iblis ke, jin ke... tapi sebenarnya, bukan kita yg
hendakkan benda tu.  Itu adalah belaan keturunan yg lepas-lepas.
Rasionalnya, orang dulu-dulu membela benda ni sebab untuk "self-protection"
dan kesenangan diri sendiri.  Contohnya, ada seorang tua dulu pernah dengan
hanya mengetuk tongkat di tepi laut, dengan sekelip mata boleh sampai ke
tanah sebenang (Mdan, Indonesia).  Ini kerja siapa kalau bukan Jin?  
Kita mesti ingat, hanya para Rasulullah sahaja yg ada mukjizat.  Selain dari
para Rasulullah... manusia biasa tiada kelebihan lain, melalinkan dengan
ber"kawan" dengan setan sahaja yang boleh buat benda-benda macam tu.
Disebabkan kesedaran dan penghayatan Islam tu kurang agaknya zaman dulu,
mungkin orang zaman dulu tak berapa nak perasan  akan "persahabatan" mereka
dengan jin dan iblis itu adalah syirik.  Oleh kerana orang dulu-dulu tiada
kenderaan, mungkin sebab tulah agaknya meraka gunakan "sahabat" mereka untuk
pergi ke mana-mana dengan sekelip mata.  Tapi, mereka ada amalan-amalan
untuk "bela" binatang ni.  Bukan senang nak "maintain" benda ni.... siap
perasap kemenyan, kalau perlu.  Itu sebab sekarang ni, kita tak digalakkan
langsung membakar kemenyan bila ada kematian, sebab kemenyan ni jin-jin
memang suka sangat baunya.  Correct me if I'm wrong. 
 "Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" - jangan lupa itu.  So,
kalau kita berkawan dengan jin, maknanya kita berkawan dengan manusia yg
PALING JAHAT!  Nau'zubillah..
Itu cerita orang-orang dulu yg membela "saka".  Kalau tak silap, polong,
hantu raya, toyol dan yg sebangsa dengannya adalah jatuh dalam kategori
"saka".   Cuma bentuknya saja yg berbeza.  Ada yang dalam bentuk boleh
menyerupai diri tuan punya, ada yg hanya sekadar rupa diri dia, tapi tuan
dia aje yg boleh lihat & tengok, serta berkomunikasi dengannya.  Tapi, kalau
dah setan tu, apa-apa pun boleh dia buat.  Cakap aje.  Mungkin tengok jugak
apa "pakej" dia dengan tuan punya dia.
Disclaimer notes:  Saya hanya bercakap dari segi pengalaman orang-orang tua
yg diceritakan dan dilihat sendiri semasa kecil dulu.  Jangan ingat saya ni
pakar pulak dalam bidang ni, cumanya saya ni banyak dengar cerita dari
orang-orang tua sama ada yg masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Akak ada banyak "collection" cerita-cerita seram berkenaan saka, pelesit,
"hantu anggau" (bukan angau, angau tu penyakit cinta!) sama ada pengalaman
sendiri ataupun dari pengalaman orang-orang tua.  Arwah nenek akak banyak
cerita kepada kami tentang cerita-cerita seram zaman Jepun.
Antara kisah-kisah "saka" di zaman Jepun yg diceritakan terlalu seram.
Kalau diceritakan, takut ada yg teringat-ingat.   Cuma satu aje; benda-benda
"saka" ni, kalau dibela sampai mati, ada "tuan"nya yg balik semula ke rumah.
Contohnya, bidan yg membela hantu raya akan balik ke rumahnya semula dalam
bentuk "hantu anggau" yg amat busuk baunya sambil mengusung kerandanya
sendiri.  Ini berlaku di zaman remaja emak.  Mak sendiri menyaksikan hantu
ni bawa kerandanya ke hulu ke hilir dengan bau yg busuk mencari 'orang yg
berhutang" bidan dengannya.  Mak menyorok di bawah jambatan ketakutan dengan
Mak Long (kakaknya) sambil membaca ayat Qur'an....  Seram, kan?  Itu setan
lah tu.  Baca aje ayat Qur'an kalau terserempak, tak beranilah dia nak
dekat.    Actually, hantu ni kalau dia "bangun" balik, dia cari seseorang yg
lain, dia tak kacau orang lain.   
Suatu ketika dulu, zaman awal 70-an, jiran kami yg membela hantu raya
pulang semula ke rumahnya setelah meninggal dunia kerana ilmu yg dibawanya
tidak diterima.  Cara nak bagi dia "balik ke kubur" dia ialah dengan
membacakan Yassin selama  44 hari berturut-turut mesti dilakukan di kubur
orang itu jika kita hendak "menolong"nya jangan mengganggu sanak saudara.
Ataupun dengan "menanam" suatu karung yg disorokkan mana-mana dalam rumah
bersama-sama dengan jasad/mayat bidan tu. Karung tu sebenarnya adalah "benda
halus" yg mesti dibawa bersama setelah tuan punya mati.
Ada lagi satu kejadian di mana seorang lelaki membela polong, bila dia mati,
"hantu" dia tu menjelma rupa dia dan "bersama" dengan isterinya di malam
hari.... (kira macam tuan punya polong tu balik semula ke rumah).  Memang
pernah jadi, sampailah orang kampung dapat tahu.  Tujuan lelaki tu bela
polong ialah sebab dia malas kerja.... jadi, bila suruh tebang pokok, polong
dia yg tebang, dia sedap-sedap hisap rokok kat rumah sambil bersantai dengan
bini dia.  Dia ni pulak jenis yg sayangkan bini sampai kalau matipun, nak
suruh bini dia ikut sekali.  Tu yang polong dia balik semula menyerupai
dia.. Jaga-jaga!
Seperti yg cik Mona sebutkan, ada banyak cara nak "buang" saka ni.  Salah
satunya ialah dengan "menjamu" binatang tu dengan pulut kuning, dan siap
beradat.  Sebabnya ialah si pembela tu dah guna habis-habis, takkan nak
buang macam tu aje, ya tak?    Mungkin atas kesedaran bahawa bersahabat
dengan syaitan adalah SYRIK.  Benda-benda syirik (menyekutukan Allah -
Nau'zubillah) ni jauhkanlah.....  Sebab tu lah generasi sekarang ni dah tak
ada "saka" lagi... dah dibuang dari peringkat nenek-nenek kita, barangkali.
Kalau ada yg bela pun, mungkin yg dulu-dulu yg susah nak dibuang.   Akak
rasa masih ada yg terpaksa bela sebab tak tahu cam na nak buang.  Mungkin yg
kurang "bahaya" sangat macam polong atau hantu raya... ia sekadar "penunggu"
rumah ataupun "penjaga peribadi".  Not me... pleaseee!  Na'uzubillah..!  Kat
dalam Hizbi ni kena hati-hati sikit, silap-silap kita yg bercerita ni pulak
di sangka membela!  Ish.. ish....!


Wallahu'alam.. 
P/S:  Kalau cik Mona nak kenal orang yg bela hantu raya.... bila bercakap,
dia tak nak pandang muka atau bertentang mata...dan matanya merah sikit. itu
bahaya tu!  Cik Mona!  Macam kenal aje!





-----Original Message----- 
From: mona mz [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: 04 August, 2001 4:43 PM 
To: [EMAIL PROTECTED] 
Subject: H-Net* Tanya pasal "SAKA" 



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* 
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     } 
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         } 
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     } 
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* 
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL 
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Assalamualaikum rakan hizbi.. 
Bebrp bulan yg lepas, Mona ada minta jasa baik netter 
hizbi berkenaan dgn angin ahmar.. Ramai yg beri 
feedback kpd Mona & ada yg kirimkankan via pos doa 
angin ahmar.. kesempatan ini, Mona nak ucapkan 
terimakasih kpd akhie & ukhtie yg telah bantu Mona.. 
Semoga Allah memberkati usaha2 tersebut.. 
cuma kali ni.. Mona ingn mendapat sedikit 
pandangan/info berkenaan dgn SAKA.. baru2 ini, ada 
seorg ustaz yg dtg mengubat opah Mona, katanya opah 
terkena SAKA.. sebelum ini, bbrp bulan yg lepas pun 
org yg mengubat opah tu pun mengatakan hal yg sama.. 
Tapi keluarga kami & sedara mara sukar nak percaya.. 
Persoalannya MOna sendiri pun kurang jelas.. apa dia 
sebenarnya SAKA ni.. ?? benda ni konsepnya sama macam 
hantu raya or 'jin peliharaan' ker... ?? 
Malam tadi ustaz tersebut dtg utk kali ke-2 ke rumah 
kami.. dia dok bertanya2 pada opah & ayah, kotlah2 ada 
arwah mak opah (onyang Monalah) ada menyimpan SAKA.. 
kata opah, setahu dia tak ada & arwah onyang pun 
memang tak pernah bercerita tentang hal ini.. 
tapi menurt mak, masa onyang masih ada tiap kali 
dibuat kenduri selamat (arwah), bila dibuat hidangan.. 
akan disiapkan satu 'kepala hidang'.. dimana satu 
talam khas diisi bertih, beras & makanan lauk-pauk 
kenduri,dan disertakan sekali satu kain putih di sisi 
kepala hidang tersebut... Hidangan tersebut tidak 
dimakan oleh tetamu tetapi... sort of macam perhiasan 
jerlah.. 
This things really new to me... tak tau lah kot2 ada 
netter hizbi yg pernah berdepan dgn hal cam ni.. 
yg satu lagi menjadi kemusykilan Mona --> ustaz 
tersebut kata dia akan senaraikan brg2 yg diperlukan 
utk 'membuang' SAKA tersebut.. apa yg Mona dengar dr 
mak, kata mak ada kawan mak yg habis 2 ribu sebab kena 
sediakn kambing 2 ekor utk berubat buang SAKA... 
Sefaham MOna yg jahil lagi doif ni, kalau begitulah 
caranya.. its sort of macam menjamu si jin tu jugak 
lah.. confius.. Im sort of disagree, tp nak cakap kat 
orgtua tu yg lidah jadi kelu.. 
nak tak percaya kat ustaz tu.. susah gak.. nampak 
knowledgeable, I mean in Islamic wise.. 
maaf pjg pulak celoteh ni jadinya.. jadi Mona nak 
minta pandangan ikhlas drp netter hizbi.. segala 
pandangan/info Mona dahului dgn Jazakallahu kahiran 
kathira.. 
Mona MZ 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Muhammad, Rhadi Idris" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke