*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
buat saman malu......

-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]On Behalf Of
mawar berduri
Sent: Monday, August 06, 2001 8:14 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Fadzil Hanafi, Sila Komen!



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kes pelajar dituduh amal seks bebas perlu dibincang


ALOR STAR, Ahad – Pentadbiran Sekolah Menengah Tunku Sofiah di sini diarah
mengadakan perbincangan segera dengan ibu bapa seorang pelajar yang dituduh
terbabit dengan seks bebas dan digantung persekolahan bagi menyelesaikan isu
berkenaan.

Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Hashim Ismail, berkata
pihaknya mengarahkan sekolah terbabit menyelesaikan isu berkenaan pada
peringkat sekolah.

“Penjelasan ibu bapa dan pelajar terbabit juga perlu diberi pertimbangan
sewajarnya,” katanya hari ini.

Beliau mengulas isu seorang pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan yang
digantung persekolahan selepas didakwa terbabit dengan kegiatan seks bebas.

Ibu bapa pelajar terbabit yang tidak puas hati dengan tuduhan itu kemudian
membuat aduan polis dan membawa anak mereka menjalani pemeriksaan di
Hospital Alor Star (HAS) dan pusat rawatan swasta.

Ibu pelajar terbabit berkata, laporan pemeriksaan itu mengesahkan anaknya
tidak pernah melakukan hubungan seks. Ibu bapa pelajar itu mendakwa anak
mereka malu dengan tuduhan itu.

Mereka kemudian mendapatkan khidmat peguam bagi membolehkan pelajar itu
kembali bersekolah.

Pelajar terbabit dibenarkan bersekolah semula mulai 30 Julai lalu selepas
peguam menghantar notis kepada sekolah.

Hashim berkata, pegawai JPN sudah selesai menyiasat perkara itu dan
menyediakan laporan tetapi beliau belum menelitinya kerana baru balik dari
seminar tiga hari di Langkawi.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu mengulas lanjut sebelum meneliti laporan
itu.

Beliau berkata isu itu timbul kerana salah faham di antara pentadbiran
sekolah dan ibu bapa pelajar terbabit.

Ditanya sama ada sekolah berkenaan berada dalam keadaan sukar berikutan isu
berkenaan, beliau berkata:

“Ya, ia agak sukar tetapi saya percaya sekolah berkenaan mampu
menyelesaikannya.

“Ketika ini, semua pihak yang terbabit masih marah dan jika ia berterusan
kita sukar menyelesaikan isu ini.”

Sehubungan itu, beliau berharap kedua-dua pihak dapat berbincang dan
menyelesaikan isu berkenaan pada peringkat sekolah.

Mengenai dakwaan pelajar itu bahawa dia tidak diberikan kesempatan untuk
menjelaskan kedudukan, Hashim berkata sekolah patut tahu peraturan dan
mematuhinya.

Pelajar itu sebelum ini mendakwa disoal oleh pengetua dan beberapa guru dan
dituduh menjual tubuh kepada beberapa lelaki.

Dia juga mendakwa terpaksa menjalani pemeriksaan badan sebelum digantung
persekolahan.




_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Salasiah binti Kisman" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to