*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Artikel dibawah saya baca di umno-reform.com :
http://www.umno-reform.com/matpas07082001.htm
Ianya megulas bahaya cadangan MCA menerangkan 'bahaya' negara Islam kepada orang Cina.

<><><><><><><><><><><><><>
Nama-Anda: Mat PAS
Ahli_Parti: bekas-kini selamanya
Cawangan: di Kelantan
Bahagian: di Kelantan
Negeri: Kelantan
Jawatan_Parti: bekas naib ketua pemuda caw.
Umur: 35
E_MAIL:

Soalan: Assalamu'alaikum,

"MCA Cadang Terangkan 'Bahaya Negara Islam".

Balasan anda kepada topik saya tersasar jauh. Anda masih menggunakan idea lama 
kononnya masa Melayu sesama Melayu berbalah fasal negara Islam, DAP dan MCA sama-sama 
menentangnya. Idea ini sudah ketinggalan zaman.

Sebagaimana yang saya katakan dahulu, Melayu secara sukahati menyokong PAS bukan hanya 
kerana PAS nak laksanakan hudud. Jauh sekali kerana PAS kata masuk UMNO kafir. 
Sedarlah saudara, isu-isu ini sudah sejuk dan hampir basi.

Isu sebenar ialah Melayu menjauhi UMNO kerana 'kehuduhan' moral pemimpin UMNO seperti 
rasuah, politik wang, dan lain-lain. Mungkin anda akan tanya saya, tunjukkan bukti 
rasuah pemimpin UMNO? Saya mengaku saya tiada bukti
itu. Namun, itulah persepsi di mata rakyat, khususnya Melayu sekarang ini. Kisah Mat 
Taib kena tangkap di Australia, Kak Pidah luluskan saham untuk menantu, kisah 
pembelian saham MISC kepunyaan anak Cik Det, dan macam-macam
kisah lagi (termasuk kisah-kisah MCA dan MIC) menyebabkan persepsi rakyat ialah 
pemimpin UMNO dan BN rasuah. Dan persepsi rakyat juga ialah BPR tidak berani bertindak 
keatas mereka atas sebab-sebab yang BPR sahaja tahu. Minta
maaf. Itulah persepsinya. Itu bukan salah PAS mahupun Keadilan. Itu salah pemimpin 
UMNO sendiri.

Malangnya, dalam politik tanggapan rakyat memainkan peranan penting. Kini, kami 
beranggapan anda pemimpin UMNO 'kotor' peribadi. Maka kami lari dari UMNO. Bukan hanya 
kerana PAS nak buat hudud atau tidak. Walaupun kami sebagai orang Islam setentunya 
menyokong usaha PAS nak menegakkan hudud, sekurang-kurangnya keatas umat Islam. Dan 
sekurang-kurangnya di negeri yang majoriti penduduknya Islam seperti Kelantan. 
(Amaran: Jangan pula perli saya kenapa PAS tidak buat hudud di Kelantan. Itu juga 
soalan basi dan haprak sebab seantero dunia tahu PAS nak buat tapi diherdik oleh 
Mahathir).

Berbalik kepada persoalan asal e-mail saya. Persoalan yang utama saya cuba ketengahkan 
ialah sikap UMNO yang akhir-akhir ini, samada sengaja atau tidak, bersekongkol dengan 
MCA dalam menanam sikap prejudis Cina terhadap konsep negara Islam dan setentunya 
Islam itu sendiri. Saya berharap ianya berlaku secara tidak sedar.

Saya kata bersekongkol kerana UMNO membiarkan MCA terus menerus mengelirukan orang 
Cina mengenai konsep negara Islam. Kenapa saya berkata begitu? Dari kenyataan akhbar, 
kita faham MCA memang keliru tentang apa itu negara Islam. Buktinya, seperti Ting Chew 
Peh yang mengatakan kebebasan beragama orang Cina akan berkurangan di bawah negara 
Islam. Mungkin anda akan kita itu negara Islam ala PAS. Namun, ianya masih suatu yang 
mengelirukan kerana pertama PAS sebagaimana disaksikan di Kelantan, tidak pernah 
menyekat kebebasan agama orang Cina. Malah, sebagaimana didedahkan Utusan Melayu 
(terimakasih UMN) minggu lepas, patung Buddha terbesar di Malaysia ada di Tumpat 
Kelantan.

Justeru, tohmahan MCA kononnya kebebasan beragama orang Cina akan tersekat dibawah 
negara Islam anjuran PAS adalah fitnah hanya untuk menakutkan orang Cina dari 
mendekati PAS. Tanpa disedari, tindakan MCA ini akan mencetuskan rasa curiha orang 
Cina terhadap negara Islam dan setentunya Islam.

Ini tidak sihat dan tidak baik untuk keharmonian negara. Dan, UMNO pula gagal 
menerangkan konsep negara Islam kepada MCA. Jika berjaya, setentunya MCA tidak akan 
membuat cadangan menerangkan 'bahaya negara Islam' itu kepada orang Cina.

Justeru, sebelum terlambat, saya menyeru ulamak UMNO agar menerangkan 
kebaikan-kebaikan negara Islam kepada orang Cina.

Ikutilah jejak PAS yang akan menerangkan konsep negara Islam kepada orang Cina (rujuk 
the Star, 6/8/01, m/s 6 "PAS unit to explain Islamic concept").

Kenapakah UMNO gagal memahamkan MCA tentang konsep negara Islam walaupun setelah 43 
tahun bersama-sama tidur serumah dalam BN?

Percayalah cadangan MCA menerangkan 'bahaya negara Islam' itu tidak sihat untuk 
keharmonian kaum Malaysia. Saya yakin jika cadangan itu datang dari Lim Kit Siang, 
sudah lama patut dimasukkan ke ISA. Bayangkan apa yang akan disyarahkan dalam 
penerangan 'bahaya negara Islam' itu nanti? Kepincangan sistem pemerintahan Islam? 
Bukankah ini akan menyebabkan orang Islam marah dan rasa terhina?

Bukankah kita selaku umat Islam yakin tiada apa-apa yang bahaya dalam negara Islam? 
Apa agaknya reaksi kita bila ada orang bukan Islam memburuk-burukkan 'negara Islam'? 
Bukankah reaksi yang kurang baik, malahan lebih teruk lagi?
Nampakkah pemimpin UMNO akan bahayanya cadangan MCA? 

Fikir-fikirkan.

Sebaliknya, PAS pula akan menerangkan konsep negara Islam dan kebaikan-kebaikannya. 
Selaku umat Islam, saya rasa inilah yang sepatutnya. Malah, sepatutnya ulamak UMNO 
sudah lama membuat ini. Saya yakin, jika penerangan ini dimulakan sejak merdeka lagi, 
orang Cina akan benar-benar faham apa itu ertinya negara Islam.

Mahathir sepatutnya menggunakan pengaruhnya menerangkan kebaikan negara Islam secara 
halus dalam ucapan-ucapannya di khalayak bukan Islam. Beliau pernah menerangkan 
kebaikan Islam kepada paderi-paderi Kristian ketika merasmikan
persidangan Kristian beberapa bulan dahulu di KL. Itu suatu yang baik untuk 
menambahkan keharmonian dalam negara. Justeru, beliau boleh lakukannya lagi dalam kes 
negara Islam. Penasihat agama Mahathir boleh membuat teks ucapan
yang sesuai untuk tujuan ini.

Akhir sekali, kesimpulan saya ialah, cadangan MCA menerangkan 'bahaya negara Islam' 
itu adalah berpotensi mencetuskan
bahaya dan mengocakkan keharmonian kaum di Malaysia. Justeru, UMNO selaku 'abang' 
hendaklah menasihatkan MCA agar membatalkan cadangan itu. Dan 'abang' UMNO seharusnya 
menerangkan kebaikan negara Islam kepad 'adik' MCA dan MIC.



Fikir-fikirkan.

Wassalam.

Saya akan kembali dengan isu Mujahidin pula nanti, insyaAllah.

Mat PAS, ex-Mat UMNO.

<><><><><><><><><><><><><><>

:) 
http://www.1234Money.org
List of 'Get Paid To Surf programs
Senarai program 'Dibayar Untuk Layari Internet' 
__________________________________________________________________
TheMail.com - Full featured premium email you can count on.
Sign-up today at http://www.themail.com/






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke