*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salah satu lagi rekod bodoh yang pernah diadakan adalah:

Di petik daripada Utusan bertarikh 22-Mac-2000:
>>>>
Belum pernah ada dalam sejarah industri muzik negara apabila golongan artis
mengadakan persembahan konsert secara berterusan sehingga 15 jam. 

Inilah yang akan dipecahkan oleh 23 buah kumpulan muzik rock tempatan yang
akan cuba mencipta sejarah menghasilkan konsert rock terpanjang di Malaysia
26 Mac ini.

Konsert dinamakan Rock Blasters itu sekali gus untuk mencatatkan
pengiktirafan di dalam Malaysia Book of Records.

Konsert yang akan dipersembahkan tanpa henti mulai pukul 12 tengah hari
hingga awal pagi itu akan diadakan di Artiste Club, Jalan Tun Razak, Kuala
Lumpur.

Pemilik restoran itu, Carlos Zubir berkata, ia satu usaha ke arah menyokong
slogan Malaysia Boleh yang dilaungkan oleh kerajaan.
>>>>>>


-----Original Message-----
From: Mohd Nawawi Ismail [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Friday, August 10, 2001 9:49 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Rekod Bodoh Malaysia jadi bahan jenaka



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila saya dengar orang nak pecah rekod duduk dengan Kala Jengking , atau
ular ke ..saya fikir macam manalah ada orang terfikir itu rekod baik ..maaf
lah itu kerja bodoh macam Subject e-mail yang cukup sesuai ini. Itulah
manusia memang macam-macam . Tapi bila dah kena
sengat , pengsan  membahyakan nyawa ...maka si pemecah rekod berkata , demi
mempertahankan maruah diri dan guru nya , tidak mahu mengecewakan orang..
..maka ketika itu hati saya berkata itu bukan lagi bodoh tapi dah bangang .

Kesian juga ramai manusia tidak tahu tujuan hidup , tidak tahu apa itu
maruah , tidak tahu kenapa mereka dijadikan .

Fawzi Bin Kassim wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Rekod dunia dan impian orang biasa
> Oleh : [EMAIL PROTECTED]
>
> Selama satu hari, seorang DJ radio yang berpusat di Abu Dhabi tidak henti
membuat jenaka mengenai pencapaian (atau kecapaian) rekod tinggal bersama
kala jengking oleh seorang wanita Malaysia.
>
> Jenaka berbaur sarkastik itu berselang seli dengan pelbagai saranan
cara-cara atau strategi untuk tersenarai ke dalam buku rekod Guiness.
>
> Kegilaan yang disemarakkan oleh Malaysia Boleh sememangnya kian mengisi
mentaliti.
>
> Dari bangunan tertinggi di dunia, pelbagai projek mega dan megah, sehingga
berebut-rebut untuk mengisi rekod itu dan ini.
>
> Mungkin juga bersama pembaziran wang dan masa demi satu ilusi yang semakin
kabur. Berkebetulan, salah satu kegemaran hujung minggu penulis di Dubai
ialah membaca ruangan 'Ordinary Life' dalam sebuah majalah sisipan akhbar
UAE.
>
> Setiap minggu penulis ruangan itu akan menemubual pelbagai penduduk
ekspatriat yang bukan dari golongan profesional atau terpelajar.
>
> Sememangnya UAE telah menjadi destinasi mereka yang inginkan kemewahan
atau sekurang-kurangnya pendapatan yang lebih baik dari negara sendiri.
>
> Terutama dari benua kecil India. Mereka adalah majoriti di UAE dan
menguasai kebanyakan ruang pekerjaan, terutama kaum buruh.
>
> Malah ada jenaka yang berbunyi, "Apakah kota di India yang paling disukai
oleh orang India?" Jawabannya, "Dubai!" Membaca siri Ordinary Life banyak
memberi kesedaran terhadap kehidupan.
>
> Dikatakan UAE mempunyai ekspatriat dari hampir 120 negara. Impian tidak
selalunya berakhir dengan kenyataan. Kisah ditipu oleh orang tengah setelah
membayar harga yang tinggi untuk berhijrah ke UAE sudah menjadi perkara
biasa.
>
> Kisah yang sama juga terjadi di Malaysia dikalangan pendatang haram.
Kerana itu pelbagai masalah sosial seperti jenayah dan seks liar menjadi
sebahagian dari gejala yang semakin serius.
>
> Malah sinonim dengan kebanjiran pendatang haram walau pelbagai cara dibuat
untuk membanterasnya. Yang berbeza, ekspatriat adalah majoriti di UAE tetapi
kadar jenayahnya menghampiri kosong.
>
> Malah boleh dilihat betapa displinnya ekspatriat ini berbanding di
tanahair mereka. Dari beratur menaiki bas sehingga kebersihan. Purata
berbangga untuk menjadi sebahagian dari masyarakat tempatan.
>
> Ordinary Life turut memaparkan kejayaan hasil usaha yang tidak kenal
penat lelah mereka yang mencari rezeki. Sama ada sebagai pekebun bunga,
penghantar piza, pembuat roti, penjual buku dan lain-lain kerja buruh kasar.
>
> Mungkin secara kasarnya juga, ada yang bertaraf profesional dalam
bidangnya. Kerana selama hidup melakukan pekerjaan tersebut.
>
> Cerita mengenai ekspatriat menjadi jutawan melalui pelbagai peraduan atau
skim simpanan bank turut menyemarakkan impian ekspatriat lain.
>
> Kerana itu pelbagai peraduan yang dianjurkan menerima sambutan yang cukup
hebat. Oleh kerana tiada taraf permastautin atau kewarganegaraan diberikan
kepada ekspatriat, sememangnya mereka mahu pulang ke negara masing-masing.
>
> Membuat wang secukupnya sebelum kembali. Secara bisik-bisik, dikatakan ada
garis virtual yang memisahkan taraf ekspatriat berdasarkan warna kulit.
Melihat dari iklan pekerjaan seperti "UK/US/Australia/New Zealand Educated
Only" mungkin ada benarnya persepsi tersebut.
>
> Suara-suara mengenai ketidakseimbangan demografi dan kebimbangan rakyat
tempatan dengan kebanjiran ekspatriat semakin kedengaran. Dengan proses
emiratisasi yang semakin rancak, impian ekspatriat baru mungkin akan tinggal
impian sahaja.
>
> Bak kata DJ radio dari Abu Dhabi, mungkin lebih baik bermimpi untuk
memecahkan rekod 'tinggal dengan kala jengking' di padang pasir dan menjadi
terkenal sekelip mata, atau mati sebagai orang biasa!
>
> Get 250 color business cards for FREE!
> http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd Nawawi Ismail" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke