*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Sepanjang minggu ini kita dihebohkan dengan berita apa yang dikatakan sebagai Kumpulan 
Mujahidin Malaysia (KMM) yang ditahan di bawah akta ISA. Di mana-mana saja orang 
bersembang mengenai perkara ini, dari dalam kedai kopi hinggalah ke dalam masjid.

Semasa mengambil wudud di kolah masjid dua tiga malam lepas, saya terdengar seorang 
sahabat mengeluh, katanya:

"Ish, ish, ish, awat la jadi lagu tu. Hari tu bila depa pi tahan orang KeADILan, orang 
mungkin tak berapa nak kisah sangat, orang kata mungkin ada salahnya tang mana-mana; 
bukan kata KeADILan saja, kalau depa pi tahan orang PAS pun, orang mungkin tak kisah 
jugak, orang dok ingat, alah PAS pun sebagai sebuah parti politik macam juga UMNO, 
sikit sebanyak tentu ada juga cacat celanya tang mana-mana. Depa nak bagi alasan apa 
pun, kita boleh terimalah juga kot. Ini pi tahan geng-geng Mujahidin!!! - awat?  pi 
perang tolong Afghanistan lawan Russia tu salah apa ka???"

Kemudian, antara dengar, saya dengar sorang pakcik yang baru ambil wuduk kata:

"Entahlah - Bilalah nak mampuih orang tua tu?" , merujuk kepada Dr Mahathir.

Tergamam seketika saya sebab dalam minggu nie dah dua kali orang kata macam tu kat Dr 
Mahathir.

Kali pertama ialah awal minggu lepas tatkala tengah heboh kisah isu Meritokrasi yang 
akan mempastikan jumlah graduan Melayu berkurangan sebanyak 90% di IPTA (rujuk 
kenyataan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung). Apabila timbul isu itu, secara 
bersahaja saya berseloroh dengan seorang sahabat, seorang kakitangan kerajaan yang 
berasal dari Terengganu. Sahabat ini walaupun saya tahu deep inside hatinya, beliau 
menyokong BA, tapi mungkin kerana memang dah jenis karektornya, beliau jenis yang 
lebih suka berdiam diri kalau orang bersembang bab-bab politik. Mungkin kerana sedikit 
terikat dengan tugasannya sebagai seorang kakitangan kerajaan.

Kata saya:

"Habislah hangpa anak-anak Kelantan dan Terengganu"

Dia tanya: "Apa pasal?"

"Laaa - hang tak baca ka satu ulasan dalam laman Mahazalim tu; melalui sistem 
Meritokrasi ini, dia tulis kata Mahathir akan mempastikan anak-anak Kelantan dan 
Terengganu akan merasa kesannya kerana kaum kerabat mereka di sana memilih parti 
pembangkang. Semua orang tau ramai budak-budak Melayu kat U sekarang ini berasal dari 
2 buah negeri ini; selepas ini sorry lah, sakitlah hangpa kalau nak tengok budak-budak 
hangpa masuk U. Sistem meritokrasi ini adalah satu cara Dr Mahathir nak balas dendam 
kat hangpa....!"

Tak sempat saya nak cerita habis, terus sahabat ini jawab:

"CE-LA-KA- PUNYA MAHATHIR!!!  BILA AGAKNYA NAK MAMPUS ORANG TUA NIE!!!"

Tu dia, terkejut sungguh saya sebab sahabat ini memang jenis pendiam sungguh; tak 
pernah saya dengar dia menyumpah orang sampai macam tu sekali. Kalau anda kenal beliau 
seperti mana saya kenali beliau, anda sendiri akan terkejut dengan perubahan mendadak 
sahabat ini; mendengar nada suara beliau itu menyebabkan saya terfikir bahawa tahap 
kebencian rakyat terhadap Dr Mahathir sudah berada di tahap yang cukup kritikal.

Kerana itu, apabila saya mendengar kata-kata yang sama keluar dari mulut seorang 
Pakcik Tua yang baru mengambil wuduk dan sedang dalam perjalanan ke saf sembahyang 
pulak tu - kalaulah Dr Mahathir ada membaca cerita ini - patutlah beliau berharap agar 
kata-kata Pakcik Tua itu cumalah mainan di bibir sahaja dan tidak dikira oleh Tuhan 
sebagai satu doa daripada seorang insan yang beriman. Jika tidak, tak lama lagi pasti 
kita satu negara akan mendapat satu hari Cuti Free, cuti umum sempena pemergian 
seorang tokoh yang amat di'sayangi' ramai di seluruh negara!

Cakap pasal doa dan Mujahidin ini; mengenepikan seketika isu PAS, KeADILan dan isu 
Datuk Seri Anwar Ibrahim; saya ingin membawa saudara dan saudari merenung kembali satu 
peristiwa penting yang berlaku tidak lama dulu, yang kini cuma tinggal dalam lipatan 
sejarah negara kita. Ianya berlaku  tak beberapa lama sebelum meletupnya kes DSAI yang 
menyebabkan orang-orang Melayu Islam di Malaysia ini berpecah bagai nak rak. Apa yang 
bakal saya tulis ini cuma tinggal dalam lipatan sejarah negara kerana tidak ada 
sesiapa pun yang peduli sebenarnya; yang cuma terasa hingga ke hari ini ialah kaum 
keluarga terdekat, anak-anak murid dan sahabat handai kepada mereka-mereka yang 
terlibat. Tidak ada apa yang rahsia mengenai perkara ini kerana semuanya pernah 
diluahkan melalui berbagai forum di internet secara terbuka sebelum ini. Jika SB ingin 
cari puncanya, silalah cari penulis asal di berbagai forum maya yang berkenaan.

Pada 12 hb January 1998, ketika sedang berbuka puasa di Kuala Kangsar, Perak; 
Al-syahid Tuan Guru Abd Rahman Betong, The Supreme Leader of the New PULO atau pun 
lebih dikenali sebagai Baba Bedul oleh anak-anak muridnya telah disergah dan dicekup 
hidup-hidup oleh anjing-anjing Siam dan diarak pulang ke negara Gajah Putih beserta 3 
orang lagi Panglima Perangnya iaitu Tuan Haji Daud, Tuan Haji Asem dan Tuan Haji 
Ismail. Nak tahu siapa yang terlibat dalam penangkapan tersebut, sila rujuk petikan 
Bangkokpost berikut: - keratan artikel ini saya dapat drpd sebuah forum di Internet 
ketika heboh mengenai isu ini ketika itu:

"The capture reportedly took place on the night of Jan 12 when Malaysian security 
forces, believed to be police, launched a surprise raid on hideouts housing the four 
separatist members of the mainstream Pattani United Liberation Organisation (Pulo) and 
the splinter New Pulo group....The interior minister is reportedly worried by the 
problem as without peace and order in the area, it is unlikely the heavily promoted 
Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle Development Project will ever be fully 
realised. The Growth Triangle, which is the brainchild of Malaysian Prime Minister 
Mahathir Mohammed, links Thailand's South to four Malaysian northern states (including 
Kedah which is the Malaysian premier's birthplace) and the west of Sumatra island in 
Indonesia in a plan to encourage tourism, trade, investment, fishing, agriculture, 
transport and energy cooperation......There were widespread rumours in the South after 
the arrests that Thai police forces had used a fund put at 6 mi!
llion baht to bribe police forces in Kalantan to help grab the three separatists 
hiding in their state." [Bangkok Post Feb 5, 1998].

Apabila berulang kali menatap keratan artikel di atas, hati kecil saya tertanya-tanya:

"Apakah dosa dan salah keempat-empat pemimpin Patani ini? Apakah kesalahan mereka 
terhadap negara Malaysia ini yang telah memberi tumpang mereka berteduh sejak zaman 
Tunku Abdul Rahman lagi? Kenapa perlu dicekup mereka dan diserah hidup-hidup kepada 
Siam? Apakah  salahnya jika meminta mereka berpindah sahaja ke negara lain secara baik 
misalnya? Kenapa???"

Sudah butakah hati pemimpin-pemimpin kita di atas sana hingga sanggup memperlakukan 
hal yang sedemikian rupa terhadap Mujahidin-Mujahidin itu yang perjuangan mereka 
ikhlas lillah hi taala semata-mata ingin membebaskan semula bumi Islam Patani 
Darulsalam - yang pernah suatu ketika dulu adalah milik mutlak hak orang-orang Islam 
yang secara kebetulan satu rumpun bangsa dengan kita-kita di bumi Malaysia!! Sampai 
hari ini saya tidak ketemu jawapannya.

Cuma, ada sedikit terlintas di hati kecil saya ketika itu; apakah bala yang bakal 
Tuhan turunkan ke bumi Malaysia ini hasil rintihan dan munajat Mujahid-Mujahid ini 
dari belakang tabir besi di penjara Siam yang tak serupa penjara itu.

Apabila saya melihat kejadian September 1998 yang menyaksikan orang-orang Melayu Islam 
di Malaysia ini berpecah bagai nak rak hingga ke hari ini, sama ada betul atau tidak, 
hati kecil saya sentiasa berkata bahawa mungkin Itulah Balasannya apabila 
Tentera-Tentera Allah kita perkotak-katikkan. Yakinlah tuan-tuan bahawa Sesungguhnya 
Doa-Doa mereka amat cepat mustajabnya!

Hari ini perkara yang sama berlaku lagi; kali ini Tentera-Tentera Allah yang pernah 
bergelumang dengan debu perang menggalas senjata menentang Tentera Kuffar di bumi 
barakah Afghanistan; kini mereka pula sedang diheret seorang demi seorang ke Bukit 
Aman.

Kita berharap moga-moga mereka akan dapat bersabar dengan sebarang penderaan, torture 
dan berbagai siksaan yang mereka hadapi; kerana kita khuatir mereka tidak tahan sabar 
lantas mengangkat tangan menadah ke langit memohon pertolongan. Maka ketika itu, tidak 
ada lagi hijab antara doa mereka - Mujahidin yang dizalimi - dengan penciptaNya; 1001 
kemungkinan mungkin meletus di bumi Malaya yang teramat kerdil ini.

Sepertimana kes Mujahidin Patani di atas, hati kecil saya sentiasa tertanya-tanya dan 
mencari clue akan apakah bala yang sama-sama kita semua sedang menanti.

Apakah mungkin isu Meritokrasi dan isu Universiti Cina yg menyebabkan rata-rata orang 
Melayu menjadi marah; dan isu pembatalan ceramah dan melatanya trak-trak FRU dengan 
Acid Tanknya ke seluruh pelusuk negara yang menyebabkan timbulnya rasa benci yang 
meruap-ruap rakyat jelata terhadap pasukan Polis, beserta rasa tidak puas hati 
mereka-mereka yang kehilangan kerja dek penutupan dan pemberhentian pekerja yang tidak 
henti-henti di seluruh negara - adalah satu petanda kecil ke arah itu? 

Jika ini berlaku, jika merebaknya huru hara ke seluruh negara, siapakah yang harus 
kita persalahkan?

Kepada semua orang kita ingin peringatkan:

MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU!!

Sebelum terlambat, sebagai seorang Islam, walau se'liberal' mana sekali pun pemikiran 
kita, tapi kita sama-sama tahu - jauh di sudut hati kecil kita - kita tahu bahawa 
penangkapan Tentera-Tentera Mujahidin itu sebenarnya adalah satu kesilapan!!

Sebagai seorang insan Melayu Islam dari sebuah keluarga yang punya ketiga-tiga 
perwakilan; PAS-UMNO dan KeADILan; sekali lagi kita ingin merayu:

"Bebaskanlah Mujahidin-Mujahidin itu, kerana tidak seperti Pakcik Tua di kolah masjid 
yang saya ceritakan di atas; sesungguhnya doa-doa Mujahidin itu teramatlah cepat 
mustajabnya!!"

Bebaskanlah mereka sebelum terlambat.....


-BIN LUDIN-


      - This email has been sent using TurtleMail -         
Get your free email address from www.purpleturtle.com now!

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "BIN LUDIN" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke