*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MUQADDIMAH 

Masyarakat Malaysia sedang menyaksikan keruntuhan
moral keseluruhan stratanya termasuk golongan remaja.
Tidak dapat dinafikan ia adalah satu fenomena
pembangunan kebendaan yang tidak seimbang. Kita tidak
dapat lari dari isu ini malah perlu bersedia untuk
suatu jangka panjang. 

Seminar Psikologi Remaja adalah untuk mengetahui
punca-punca masalah sosial ini dan penyelesaiannya. Ia
akan berlangsung pada 30hb September 2001 pada jam
8.30 pagi hingga 4.30 petang.


SIAPA PERLU HADIR

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak remaja berumur 12
tahun ke atas.

Guru, ustaz dan ustazah yang mempunyai pelajar berumur
12 tahun ke atas.


OBJEKTIF 

1. Memberi kefahaman kepada audien tentang proses
perkembangan psikologi  remaja.
2. Menyedarkan audien tentang potensi remaja
menyumbang kepada
3. kesejahteraan masyarakat.
4. Mengenalpasti masalah-masalah remaja di peringkat
keluarga dan masyarakat, serta langkah-langkah
mencegah dan mengatasinya.

        Pada akhir seminar ini dijangka  ibu bapa yang hadir
dapat memahami latarbelakang sikap dan tindakan remaja
yang berkaitan tentang pelajaran, konflik dalam
keluarga, vandalisma, kes Juvana, dan jenayah seksual,
dan langkah mencegah dan merawatnya. 


METODOLOGI SEMINAR

Seminar ini beroperasi dalam bentuk perhubungan dua
hala antara audien dengan penceramah, ahli psikologi,
kaunselor bertauliah serta fasilatator supaya dapat
berkongsi pengalaman dan pengetahuan ilmiah sekitar
anak-anak remaja. Tayangan video,pameran, ceramah,
forum, soal jawab dan khidmat kaunseling menjadi
sebahagian aktiviti seminar. Peserta seminar juga akan
dibekalkan dengan sebuah beg berisi maklumat
keremajaan, buku-buku rujukan tentang remaja, hamper
nombor pilihan dan makan tengahari.


SESI KAUNSELING

Penempahan untuk sesi kaunseling boleh dibuat dengan
menulis surat biasa atau e-mel kepada alamat di bawah
terlebih dahulu tidak Iewat  atau pada 20hb September
2001 supaya kaunselor bersedia membincangkannya dengan
peserta pada 30hb September, selepas 4.30 petang.

SEKRETARIAT SEMINAR

Alamat operasi:-

HALUAN
54-C, Jalan Ria, 25/62, Taman Sri Muda, 40400 Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan.
Telefon         : 03-5227536
Faks    : 03-5240331
E-mel   : [EMAIL PROTECTED]

Pendaftaran dibuka mulai 1hb Ogos 2001 hingga 20hb
September 2001. Bayaran penyertaan ialah RM3O untuk
seorang atau RM5O untuk sepasang suami isteri. Urusan
penempahan ialah dengan mengisi borang yang
disediakan, surat biasa, atau e-mel dengan menyertakan
wang pos, kiriman wang atau cek berpalang atas nama
HALUAN. Resit rasmi akan dikeluarkan sebagai tanda
pendaftaran diterima. 


ATURCARA (TENTATIF)

8.30 am - 9.00 am
Pendaftaran

9.00 am  -  10.30 am            
Ceramah  1
“Memahami Psikologi Remaja, dan Punca-Punca Masalah
Remaja."                                        
Dr. Asmawati, PhD. Psikologi UKM)

10.30am - 11.00am                       
Rehat / Tayangan VCD 
‘Mereka Perlukan Bimbingan’

11.00am - 1.00 pm                       
Forum :Pendekatan-pendekatan menangani masalah
keremajaan.
(Dr. Asmawati, En. Rusdi Baharom Msc Eng, Wakil JAIS)

1.00 pm - 2.00 pm                       
Rehat

2.00 pm - 3.30 pm                       
Ceramah 2
“Komunikasi yang berkesan dengan remaja. 
(En. Rusdi Baharom Msc Eng)

3.30 pm - 4.30 pm                       
Dialog

4.30pm                                  
Bersurai / Kaunseling dengan rujukan.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
http://phonecard.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Lebai Siber <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to