*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammu alaikum.

Untuk menegakkan negara Islam, caranya ialah dengan menurut cara
Rasulullah s.a.w., yakni dengan berdakwah dan meningkatkan tahap
keislaman dan keimanan umat. Masyarakat sudah kuat Islam dan
imannya akan secara otomatik menjadikan negara mereka negara yang
benar-benar Islam. Baginda Rasulullah s.a.w. telah mula
meningkatkan islam dan iman masyarakat sejak wahyu pertama
diterimanya di Mekah lagi, dan akibatnya beliau diterima oleh
masyarakat Madinah sebagai ketua negara. Begitu juga, kita mesti
ubahkan masyarakat kita supaya mempunyai nilai-nilai seperti
masyarakat di Madinah.

Sudah ada di tempat-tempat lain orang-orang yang berperang kononnya
nak tegakkan negara Islam. Tapi apa yang mereka naikkan ialah
negara-negara porak-peranda, penuh korupsi dan ada yang zalim. Ini
bukan contoh dari Rasulullah s.a.w.!

Satu lagi, Rasulullah s.a.w. tak perjuang untuk menegakkan negara
Islam. Rasulullah s.a.w. berjuang menyebar dan mengajar Islam. Ini
adalah dua perkara berbeza. Negara Islam adalah produk dari
perjuangan menyebarkan dan mendirikan Islam, tetapi bukan tujuan
asas agama Islam. Malaysia sudah merdeka dah 44 tahun, tapi masih
50% rakyatnya belum memeluk agama Islam. Amat jauh sekali kejayaan
kita dengan kejayaan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat! Bukankah
sudah tiba masanya kita mula berdakwah?

Osman Mia
http://dimashq.hypermart.net/go.pl/osman


 --- hadi hadad <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 
> 
> Sepatutnya ini memberikan bukti yang jelas kepada
> manusia yang boleh berfikir bahwa Negara Islam memang
> tidak akan ujud dengan kemenangan majoriti. Tengok di
> Philipina contohnya. Adakah majoriti penduduk Mindanau
> memilih supaya MILF meluaskan autonomi. ??
>  
> Ingatlah, cuma ada satu cara saja Negara Islam boleh
> tertegak!. Iaitu apabila sekelompok umat Islam sanggup
> diuji didalam medan peperangan, dalam siri kemenangan
> dan kekalahan yang akan silih berganti diantara
> tentera Islam dan tentera mushrik, yang mana sebagian
> akan dipilih gugur sebagai shuhada', dan sebagian lain
> akan terus diuji, sebagaimana Allah menguji
> orang-orang yang terdahulu. Apakah manusia akan
> dibiarkan mengaku beriman dengan tidak diuji.!
> 
> 
> --- Syurga Bound <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > 
> > 
> >
> > 
> > Selepas sahaja saya post e-mail ini tiba-tiba
> > bilangan yang menolak Negara 
> > Islam bertambah dengan mendadak.   Bermakna mungkin
> > ramai musuh-musuh Islam 
> > yang mengikuti perbincangan dalam HNet ini.
> > 
> > Tidak hairan jika bilangan menolak Islam ramai
> > kerana seseorang boleh 
> > mengundi beribu-ribu kali tanpa had.   Mereka mahu
> > angka yang menolak Negara 
> > Islam tinggi supaya:
> > 
> > 1.)   Anggapan bahawa BA berpecah kerana kununnya
> > pengunjung Malaysiakini 
> > kebanyakannya penyokong BA.
> > 2.)   Kununnya Islam dan PAS kurang sokongan.
> > 3.)   Musuh-musuh Islam dan Iblis gembira.
> > 
> > Kepada setiap yang menentang Islam, ingatlah bahawa
> > hidup di dunia ini 
> > adalah sementara............. kehidupan di Akhirat
> > adalah kekal abadi.
> > Kembalilah ke jalan Allah segera, sebelum terlambat.
> > 
> > 
> 


____________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.co.uk address at http://mail.yahoo.co.uk
or your free @yahoo.ie address at http://mail.yahoo.ie

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?Osman?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke