Salam~
 
Terbaca dalam akhbar bebaru ni berkenaan banjir yang melanda di Yemen akibat hujan lebat yang paling buruk berlaku dalam tempoh 6 tahun kebelakangan di negera tersebut. Pada masa yang sama, Mamak Memanda Menteri (3M) kita dok ada disana. Program lawatan 3M kita kesana terganggu dek kerana hujan ni. Hemh, apa pulak agaknya petanda yang dibawa kali oleh 3M kita ni ?
Baru bulan sudah, dia mai melawat Penang, sampai lengang Masjid Seberang Jaya dan ruang letak kereta, tak semeriah waktu dia tak mai !! Ada jugak golongan peniaga yang menyumpah - "SIAL punya manusia, selama ni aku meniaga disini dengan aman damai, tup tup dia nak mai, aku kena halau pulak..". Masjid tu rumah Allah, tempat kita beribadat, tapi kenapa bila 3M mai, orang tak mau pi rumah ibadat tu ?
Akhir bulan sudah, sekali lagi kita digemparkan dalam dunia maya ( dunia maya dari berita sensasi mengenai 3M ), apabila beliau datang nak mai rasmi Kilang FAB Wafer pertama seumpamanya di Semenanjung Tanah Melayu ni disambut oleh serangga yang digelar "unduq-unduq". Kata orang tempatan binatang tu payah nak ketemu. Jarang sangat dia nak keluaq hutan jumpa kita. Tapi 3M punya pasai kot, dia sanggup kerumun kilang Silterra tu sampaikan kamera keselamatan dan dinding kilang tu sehingga terpaksa pulak pihak pengurusan kilang tersebut bertindak membersihkan binatang tu yang mencemar pandangan. Menurut orang tempatan yang ditemubual oleh wartawan Harakah yang ditahan dibawah ISA selama 2 hari tu, binatang tu keluaq menandakan ada perkara tak elok berlaku - 3M nak mai !!
Dan kali ni di Yemen yang mana sebuah hadis Nabi SAW ada menyebut tentang negeri tu. Keimanan dan kelembutan hati rakyatnya terhadap Islam amat tinggi nilainya disana - Negeri itu mungkin sebuah negeri suci. Tapi bila 3M mai, boleh jadi banjir pulak ?
Nak kata ketiga-tiga insiden secara kebetulan atau ??

Wallahu aklam - Na'uzubillahi min zalik !
Salam~

Kirim email ke