*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini kerja sabotage siapa pulak ni? macam tahu-tahu aja Dr. M nak pi situ?

Zainol Zainuddin



>From: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Lawatan Dr M Di Seiyun Tergendala Kerana Banjir Kilat
>Date: Mon, 20 Aug 2001 14:11:10 +0800
>
>August 17 , 2001 23:39PM
>
>
>
>
>Lawatan Dr M Di Seiyun Tergendala Kerana Banjir Kilat
>
>
>
>
>Daripada Abdul Muin Abdul Majid
>
>SEIYUN, 17 Ogos (Bernama) -- Program lawatan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad
>di Seiyun, dalam wilayah Hadhramout, Yemen hari ini tergendala sebentar
>kerana banjir kilat yang memutuskan hubungan antara bandaraya ini dan
>Ta'arim.
>
>
>Hujan telah pun mula turun di beberapa bahagian wilayah Hadhramout sebelum
>ketibaan pesawat Yemenia yang membawa Perdana Menteri dan delegasi dari 
>Aden
>ke sini.
>
>Pihak berkuasa Yemen hanya mengetahui bahawa jalan ke Ta'rim terputus 
>kerana
>banjir kilat selepas konvoi yang membawa Perdana Menteri dan rombongan
>telahpun bergerak sejauh lebih kurang 15 kilometer dari Lapangan terbang
>Seiyun.
>
>Dr Mahathir dijadualkan bertemu penuntut-penuntut Malaysia di fakulti
>undang-undang Universiti Al-Ahqaf dan para ulama Hadhramout di Darul 
>Mustafa
>kedua-duanya di Ta'arim Keadaan agak kelam kabut apabila pihak berkuasa
>Yemen mengetahui kejadian banjir itu dan konvoi terpaksa berpatah balik ke
>lapangan terbang Seiyun.
>
>Di lapangan terbang itu, Dr Mahathir menaiki sebuah helikopter untuk sampai
>ke destinasi beliau diiringi oleh antara lain, Menteri Luar Datuk Seri Syed
>Hamid Albar, Menteri Luar Yemen Dr Abubaker Al-Qirbi dan Menteri
>Pengangkutan Datuk Seri Dr Ling Liong Sik.
>
>Anggota delegasi yang lain, termasuk wakil-wakil media terpaksa berpuas 
>hati
>melawat sebuah istana silam yang telah dijadikan muzium di bandaraya 
>Seiyun.
>
>Kaum lelaki kemudian ke sebuah masjid berhampiran untuk mengerjakan
>sembahyang Jumaat dan selepas itu anggota delegasi di bawa ke sebuah hotel
>berhampiran di mana mereka menunggu Dr Mahathir dan untuk makan tengah 
>hari.
>
>Dr Mahathir dan delegasi dijadualkan kembali ke Sana'a, ibu negara Yemen
>lewat hari ini.
>
>Hadhramout ialah wilayah terbesar yang ditadbir gabenor di Yemen dengan
>jumlah penduduk hampir 900,000 orang.
>
>Menurut sejarah, penduduk Hadhramout melalui aktiviti perdagangan mereka,
>menyumbangkan kepada penyebaran Islam di Asia termasuk Malaysia.
>
>Ia terkenal sejak sekian lama kerana masjid-masjidnya, sekolah dan
>perpustakaan-perpustakaan di Ta'arim, kota-kota dan taman-taman di Seiyun
>dan struktur-struktur yang diperbuat daripada lumpur di Shibam.
>
>Makam Nabi Hud dan Nabi Salleh juga terdapat di Hadhramout.
>
>-- BERNAMA
>
>
>
>
>Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or 
>proprietary
>information. If you are not the intended recipient, kindly delete this 
>email including all
>attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, 
>disseminate or
>otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance 
>with the
>forgoing may result in legal action.


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Zainol Zainuddin" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke