*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
komen:
apa? dah abis ke malaysia bayar hutang kat luar negara?
jangan jadi ketam mengajar anak berjalan lurus, nanti seluruh dunia gelak 
kat Malaysia....hehehe






Berita Harian : Nasional
22.ogos.2001

Malaysia sedia bantu negara Afrika bebas daripada hutang
Daripada Mustapa Omar


KAMPALA (Uganda), Selasa – Malaysia sedia membantu negara membangun di 
Afrika dari segi latihan dan pengurusan kewangan bagi memastikan mereka 
tidak perlu lagi tunduk kepada negara kaya yang memberi pinjaman, kata Datuk 
Seri Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, banyak negara di rantau ini sedang berusaha 
membebaskan diri daripada ‘tangan’ pemberi hutang yang sering mendesak 
negara penerima bertindak mengikut kehendak mereka.

“Negara terbabit begitu berminat belajar pengalaman kita. Mereka asyik 
bertanya bagaimana Malaysia boleh membebaskan diri daripada belenggu hutang.

“Bagaimanapun, kita perlu jelaskan kepada mereka ada perkara yang kita boleh 
buat tetapi mereka tidak boleh,” katanya dalam sidang akhbar selepas berucap 
di jamuan sempena Dialog Antarabangsa Selatan Afrika-Global 2001 
(SAID-Global 2001), malam tadi.

Dialog empat hari di Pusat Peranginan Speke, Munyonyo, berhampiran Tasik 
Victoria itu berakhir hari ini. Ia menghimpunkan lebih 600 peserta, termasuk 
ketua negara, pemimpin kerajaan, menteri dan ahli perniagaan.

Mengenai SAID-Global 2001, Dr Mahathir berkata sambutan di kalangan 
negara-negara Afrika kini semakin menggalakkan, malah ada negara bukan 
anggota Komanwel seperti Sudan, turut menyertainya.

“Sejak dialog ini diperkenalkan pada 1995, sikap kerajaan negara anggota 
juga menunjukkan perubahan. Mereka mula menghargai perlunya pelaburan asing 
dan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

“Negara menyertai dialog juga memberi tumpuan khas kepada pelaburan langsung 
asing (FDI), sesuatu yang agak baru kepada mereka. Bagi Malaysia, ia sudah 
menjadi perkara biasa kerana kita sudah menikmati FDI sejak selepas 
merdeka,” katanya.

Perdana Menteri berkata, sebelum ini ada negara yang tidak mahu FDI 
sebaliknya mengambilalih kepentingan asing sebaik saja mencapai kemerdekaan 
menyebabkan pelabur takut dan enggan melabur di negara berkenaan.

Beliau berkata, negara seperti itu tidak boleh dibangunkan dan terus mundur. 
Tetapi selepas menyertai dialog dan bertukar maklumat dengan peserta lain, 
mereka kini berasa perlu menjadi sebahagian ekonomi dunia dan terpaksa 
menerima FDI.

“Oleh itu, saya yakin dialog ini sudah berjaya menukar pemikiran pemimpin di 
selatan dan timur Afrika, malah negara-negara di barat Afrika seperti Ghana, 
turut menunjukkan minat menyertai dialog ini dan ada di antaranya sudah 
turut sama kali ini.

“Perkembangan baik ini juga menunjukkan bahawa mereka kini sudah menerima 
konsep perkongsian pintar dan memahami perlunya sikap saling bantu membantu 
untuk lebih makmur. Ini adalah satu pencapaian besar,” katanya.

Mengenai masa depan perkongsian pintar, Dr Mahathir berkata pelbagai masalah 
menunggu di hadapan, termasuk Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

“Jika kita ke sana (WTO) secara bersendirian dan berpecah kepada negara 
kecil, kita tidak akan dapat mempengaruhi bentuk WTO atau globalisasi. Kita 
tahu bahawa konsep globalisasi kini sama sekali terhad kepada pergerakan 
bebas modal, sesuatu yang tidak begitu baik kepada negara membangun.

“Malaysia sudah melalui pengalaman pahit apabila modal yang masuk dalam 
Pasaran Saham Kuala Lumpur (KLSE) tiba-tiba ditarik keluar sehingga 
menyebabkan pasaran modal kita berjumlah lebih AS$250 bilion (RM950 bilion) 
hilang dalam tempoh tidak sampai satu tahun.

“Oleh itu, walaupun kita mengalu-alukan kemasukan modal, kita perlu juga 
menyedari bahawa jika mereka menarik diri, kita akan menghadapi masalah. 
Kita pernah melalui pengalaman ini,” katanya.

Dr Mahathir berkata, adalah menjadi tugas Malaysia memberitahu negara lain 
bahawa di samping menyambut FDI, pada masa yang sama mereka perlu sentiasa 
berhati-hati dengan tindakan keluar secara mengejut.

Mengenai kemungkinan lebih banyak negara dijemput menyertai dialog itu, 
beliau berkata setakat ini beberapa negara di Asia Tenggara seperti 
Thailand, Singapura dan Filipina sudah diundang tetapi mereka tidak mahu 
memberi komitmen kerana belum melihat kepentingannya.

Sebelum itu, ketika melancarkan The African Trade Insurance Agency (ATI), Dr 
Mahathir berkata walaupun media Barat sering memburukkan imej negara di mata 
dunia, Malaysia masih mampu menarik FDI kerana apabila seseorang itu melawat 
Malaysia, mereka sudah pasti menukar fikiran.

“Kami akan memastikan mereka menukar fikiran dan tertarik kepada Malaysia 
dengan memberikan layanan terbaik kepada setiap orang asing. Jika kami fikir 
mereka membawa keuntungan kepada kami, sudah pasti layanan lebih baik akan 
diberikan.

“Inilah rahsianya bagaimana kami berjaya menarik banyak FDI ke Malaysia,” 
katanya.

ATI yang dijangka menggalakkan kegiatan perdagangan bernilai kira-kira 
AS$800 juta (RM3.04 bilion) dalam tempoh lima tahun, dilancarkan sempena 
SAID-Global 2001.



_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ibundaku Tercinta" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke