*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


------------------------------------------------------------
Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 
------------------------------------------------------------
Time/Date    : 8:59:58 AM 24/8/2001 Fri 
Sender Name  : somebody 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode         : plain/text 
------------------------------------------------------------

  
Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 23/8/2001 

Dari Afghanistan Ke Bolecistan
by CDB   
 
[Apabila kerajaan terlalu galak mengembar-gemburkan isu KMM  
tentulah ada muslihat di situ. Soalnya mengapa perlu diperbesarkan 
sedangkan belum dibuktikan terlebih dahulu. Ini adalah satu kesalahan 
di sisi undang-undang kerana mengaibkan orang tanpa dibicarakan dulu. 
Lagipun jika benar anggota KMM itu mahu menjatuhkan kerajaan dengan  
cara militan - itu masih tidak salah di sisi Islam kerana dia cuma  
berniat sahaja. 
 
Bukankah ini ada dalam al Quran? Mengapa Malaysia yang mengaku negara  
Islam tidak memakai al Quran? Takkan ketua polis negara yang sudah pergi  
haji itu masih belum habis mengaji lagi? Selagi tidak ada perbuatan  
ataupun catatan yang meyakinkan, seseorang itu tidak boleh dihukum 
sebarangan. Sampai sekarang kerajaan tidakpun membicarakan mereka 
yang terbabit kerana semuanya berdasarkan 'niat' sahaja.... jika  
tidak sudah lama mereka yang terbabit ini dibicarakan sahaja.  
 
Niat itu bukan soal mahluk tapi soal tuhan. Kerajaan sekarang sudah  
berlagak seperti tuhan...  
- Editor] 
 
 
DARI AFGHANISTAN KE BOLEHCISTAN.. 
 
Pada mulanya saya dah malas nak meneruskan untuk menulis tajuk ini.  
Maklumlah, negara kita kini dah terlalu kerap sangat menjadi pentas  
sandiwara. Negara ini kini seolah-olah sebuah pentas besar yang begitu kerap  
sekali membuat pementasan teater dan sandiwaranya, apatah lagi semenjak  
pengarah teater tersebut beralih lokasinya ke Putrajaya dari Jalan Dato' Onn  
dulu. Tetapi apabila diminta oleh seorang Serikandi Reformasi kita supaya  
saya meneruskan topik ini untuk renungan dan tenungan rakyat, maka  
terpaksalah saya meneruskan coretan minda saya untuk kesekian kalinya di  
laman-laman reformasi ini. 
 
Pada saya, rentetan kejadian demi kejadian yang berlaku semenjak tahun-tahun  
kebelakangan ini tidak lebih dari pementasan sebuah teater agung yang  
diarahkan oleh seorang pengarah hebat semata-mata untuk meraih sokongan dan  
mengalih perhatian semata-mata. Dan entah kenapa pula, semenjak tahun-tahun  
kebelakangan ini juga, apa jua yang muncul di 'pentas'  itu akan dianggap  
sebagai 'teater' atau ' sandiwara' sahaja oleh majoriti rakyat. Dah  
berjangkit dan terkena sindrom 'sandiwara' agaknya rakyat Malaysia sekarang  
ini. Dah tertanam dalam minda mereka semua yang berlaku adalah 'sandiwara'  
yang dipentaskan. Pelikkan? Tapi itulah kenyataannya. 
 
Selepas episod Al-Maunah yang menonjolkan kehebatan Jeneral Zaini sebagai  
hero utamanya, manakala Mohd Amin sebagai 'crooknya', rakyat dah semacam  
mangli dengan beberapa drama panas yang muncul selepas itu. Kalaupun mungkin  
kejadian yang berlaku itu betul sebahagianya atau  sepenuhnya, maka  
mentaliti rakyat tetap akan menganggap ianya  'pementasan teater'  
semata-mata. Parah sekali sebuah kerajaan yang telah hilang sama sekali  
integriti dan kredibilitinya. Tambah memburukkan keadaan ialah apabila   
'pelakon-pelakon tambahan' yang bernama polis seolah-olah 'over acting'  
dalam memainkan peranannnya sehinggakan  'penonton' naik jelak dan menyampah  
! Episod 'pelancar roket' dan 'grenade' Ezam yang masih belum dijumpai  
sehingga kini  meskipun sudah lebih 5 bulan 'rusuhan ganas' di Bandaraya KL  
meletus semakin menyerlahkan lagi kebebalan 'pelakon pembantu utama' yang  
bernama  Norian Mai itu, sekali gus memadamkan terus kepercayaan rakyat  
terhadap kewibawaannya selaku Ketua Polis Negara. 
 
Dan terkini, bagaikan ledakan bom-bom yang digugurkan oleh pesawat-pesawat  
tentera Russia di Afgahanistan dalam tahun 1979 dahulu, tiba-tiba negara  
digemparkan oleh Norian Mai dengan apa yang dinamakan sebagai ancaman  
Kumpulan Mujahidin Malaysia atau ringkasnya KMM.  Semasa mula-mula muncul di  
'layar perak', ianya dinamakan KMM. Apabila mendapati sambutan penonton  
kurang memberangsangkan,  pengarah teater telah mengarahkan Norian  
menukarkan tajuknya menjadi KMMM. Makin banyak pulak 'Mnya'.  Lenyap  
seketika KMM, sebaliknya gempar  pula dengan KMMM yang 'kununnya' sangat  
militan dan berbahaya. MasyaAllah, orang Islam apa nama jadahnya Norian Mai  
ni apabila tidak segan silu menamakan ahli-ahli KMM tersebut sebagai  
'pengganas'. Apa bezanya Norian dengan Ariel Sharon yang memanggil pejuang  
Palestine itu sebagai 'pengganas'? 
 
Berhubung dengan apa yang dikatakan sebagai ancaman KMMM ini, saya amat  
tertarik dengan pendedahan yang 'tidak disedari' oleh Berita Minggu pada 19  
Ogos lepas mengenai biodata seorang anggota Mujahiddin tersebut, iaitu Sdr  
Zulkifli @ Musa Abdul Hir yang menjadi buruan  Norian Mai semenjak minggu  
lepas itu. Apabila membaca artikel tersebut saya merasa cukup bangga dan  
syukur kepada Allah s.w.t kerana rupa-rupanya di zaman moden ini, di zaman  
ledakan teknologi maklumat ini dan di zaman dunia di mana anak-anak mudanya  
begitu asyik maksyuk dengan dunia hiburan dan berpoya-poya, rupa-rupanya  
masih ada di antara kita yang begitu kental semangat jihad dan kecintaannya  
terhadapa Allah dan RasulNya.  Saya memetik kembali tulisan tersebut untuk  
pembaca menilainya kembali  manusia yang digelar oleh Norian Mai sebagai  
'pengganas' itu. 
 
'Zulkifli minat jadi pejuang sejak kecil (BM:19 Ogos 2001) 
 
KUALA LUMPUR: Zulkifli @ Musa Abdul Hir yang didakwa menjadi ketua kumpulan  
militan Malaysia (KMM) dikatakan menunjukkan minat menjadi pejuang jihad  
sejak di bangku sekolah lagi. Dia melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat  
selepas berjaya mendapat biasiswa kerajaan, dan sekembalinya ke tanah air  
di bekerja sebagai jurutera di Telekom Malaysia. Sumber memberitahu Berita  
Minggu Zulkifli pernah belajar di Sekolah Datuk Abdul Razak Seremban  
dari 1979 hingga 1983 dan sejak itu dia sering memperkatakan mengenai  
peperangan di Afghanistan yang baru bermula apabila Russia menawan negara  
itu pada 1981. 
 
'Zulkifli adalah seorang anak muda yang mempunyai perasaan cepat marah dan  
berjiwa memberontak walaupun mempunyai personaliti yang tenang dan pendiam.  
Dia pernah menyatakan satu hari nanti dia akan pergi ke Afghanistan untuk  
berjuang bersama pejuang Mujahidin di sana,' kata sumber itu ketika ditemui  
semalam. Katanya, kemarahan Zulkifli terhadap musuh Islam menjadi lebih  
ketara apabila berlakunya pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di khemah  
pelarian Sabra dan Shatila di Lubnan oleh militia Kristian yang bersekutu  
dengan Israel pada 1982.  Zulkifli juga menunjukkan kebenciannya kepada  
pihak berkuasa pada masa itu kerana mendakwa mereka tidak melakukan apa-apa  
untuk melindungi orang Islam. 'Dia sering memberitahu kerajaan terlalu lemah  
dan tidak mempunyai kesungguhan untuk benar-benar membantu orang Islam,'  
katanya. 
 
Menurutnya, Zulkifli melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat dalam  
bidang kejuruteraan dan sering menghantar surat yang  membincangkan perkara  
yang sama iaitu jihad.  Katanya, pada 1991 selepas Zulkifli balik dari  
luar negara, dia menyewa rumah di Seksyen 19 Shah Alam, Selangor. Pada masa  
itu, Zulkifli belum lagi mempunyai pekerjaan tetap. Zulkifli ke Afghanistan  
selepas memperoleh Ijazah Kejuruteraan di Amerika Syarikat dan menghabiskan  
masa kira-kira setahun sebagai seorang  penembak curi bersama kumpulan  
Mujahidin yang dipimpin oleh Gulbbudin Hekmatyar ketika penaklukan Soviet  
di Afghanistan. Dia juga berperanan sebagai tukang masak di dalam rejimen  
Mujahidinnya.  Dengan berbekalkan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan,  
Zulkifli juga ditugaskan sebagai tukang baik pulih. Dia bertanggungjawab  
dalam menyelenggara peralatan telekomunikasi serta bertindak sebagai  
ahli unit pemusnah bom. 
 
Sumber itu berkata, Zulkifli pernah bercerita bom yang digugurkan serta  
jerangkap  samar yang dipasang oleh tentera Russia biasaannya akan digunakan  
semula anggota Mujahidin selepas dimatikan oleh beliau. 'Bagaimanapun,  
Zulkifli  terpaksa pulang awal dari Afghanistan ke Malaysia kerana  
menguruskan hal keluarga di kampung iaitu Muar, Johor,' katanya.  Beliau  
berkata, rumah sewa Zulkifli adalah tempat berjumpa bagi beberapa rakan yang  
berminat di dalam peperangan jihad. Beberapa rakannya yang ditemui di situ  
adalah ahli veteran perang Afghanistan. 'Bagaimanapun mereka tidak pernah  
bercakap mengenai penggunaan senjata secara terus untuk menggulingkan  
kerajaan. Mereka hanya duduk dan bercakap soal politik dan mendengar cerita  
perang oleh veteran perang Afghanistan,' katanya.  Beliau berkata, satunya  
petanda pada masa itu yang menunjukkan Zulkifli mempunyai pertalian dengan  
pergerakan jihad antarabangsa ialah dia menyatakan boleh menghantar mereka  
yang berminat menyertai peperangan di Chechnya dan Bosnia. Sumber itu  
bagaimanapun tidak begitu percaya Zulkifli masih komited dalam pergerakan  
jihad bersenjata kerana pada masa itu dia sudah mempunyai rancangan untuk  
berkahwin dan berkeluarga. Satu sumber lain pula berkata, Zulkifli juga  
dikenali dengan nama Cheng di kalangan rakan sekolahnya kerana paras rupanya  
seperti orang Cina.' 
 
 
Nah, demikianlah betapa hebatnya anak muda bernama  Zulkifli ini. Kalaulah  
benar apa yang diceritakan itu, betapa tinggi dan mulianya kedudukan dan  
martabat anak muda itu di  sisi Allah s.w.t.  Bandingkan antara seorang yang  
berjuang untuk mempertahankan agama Allah dengan nyawanya sendiri  dengan  
seorang yang ingin meruntuhkan agama Allah seperti anak-anak Mahathir.  
Bandingkan antara Marina Mahathir yang mengedarkan kondom percuma  untuk  
dipasangkan di 'senjata' lelaki yang ingin mengadakan maksiat (meruntuhkan  
agama Allah) dengan anak muda bernama Zulkifli yang menghunuskan  
senjatapinya untuk membunuh musuh-musuh Allah.  Dan kepada anak muda yang  
mulia dan berani ini si Norian memanggilnya sebagai 'pengganas'?  
Subhanallah !. Sesat dan keparat apakah namanya si Norian ini? Kerana nak  
mengambil hati tuannya di Putrajaya itu, Norian sanggup memanggil tentera  
Allah yang mulia ini dengan gelaran yang sebegitu buruk dan hina? 
 
Saya percaya isu KMMM ini hanyalah suatu momokan yang sengaja dipentaskan  
secara 'gempar' untuk mencetuskan suasana dan perasaan cemas di kalangan  
rakyat dan menimbulkan elemen ketakutan terhadap PAS selepas propaganda isu  
negara Islam gagal lagi untuk memesongkan kiblat rakyat  dari berpaling  
sokongan terhadap BA. Kegagalan teater 'Al-Maunah' untuk meraih simpati  
rakyat membenci PAS tidak mematahkan semangat sang pengarah untuk terus  
berkarya menghasilkan teater-teater lebih hangat dan mendebarkan   
semata-mata untuk melahirkan sentimen kebencian dan ketakutan terhadap  
perjuangan PAS. 
 
Berkebetulan imej pejuang-pejuang Mujahidin  tersebut seiras dengan  
ahli-ahli PAS dan sudah semestinya mereka akan menyokong perjuangan PAS,  
maka polis telah dipaksa untuk menggali semula kubur yang telah terbenam  
hampir lebih 15 tahun dahulu untuk mem bolehkan justifikasi relevan dengan  
senario politik semasa PAS dalam menghadapi fitnah UMNO. Walhal, benar  
seperti kata  Dato' Kamaruddin Jaafar, ahli Parlimen Tumpat bahawa kerajaan  
dan UMNO sendiri yang telah mengiktiraf perjuangan Mujahidin Afghanistan dan  
membuka pejabat perwakilannya di Kuala Lumpur tidak lama dahulu. Malah  
Gulbudin Hekmatyar pernah datang ke Kuala Lumpur untuk menjelaskan  
perkembangan terkini perjuangan Mujahidin di Afghanistan. Dan kini, kenapa  
tiba-tiba isu kumpulan mujahidin ini muncul bagai halilintar membelah bumi? 
 
Kalau pun benar anggotanya (KMM) pernah berjuang di Afghanistan, kerajaan  
sepatutnya memberikan pujian dan penghargaan terhadap jasa-jasa dan  
perngorbanan mereka membantu sesama Islam, sama seperti kerajaan menyokong  
dan mengiktiraf perwakilan Mujahidin di bawah Hekmatyar dahulu.   Nampak  
sangat zalim dan kejamnya kerajaan Mahathir ini kerana akan sanggup berbuat  
apa sahaja untuk memastikan survival kuasa dan politiknya tidak terancam  
sekalipun terpaksa membunuh orang yang mungkin pernah menolongnya  suatu  
ketika dahulu. 
 
Dalam banyak hal yang telah berlaku sebelum ini, tahap kepercayaan umum  
terhadap kerajaan Mahathir hampir menyamai zero. Dalam keadaan hilang wibawa  
di kalangan rakyat ini dan dalam usaha untuk terus  memberikan tekanan  
terhadap pembangkang, sang diktator biasanya akan mencari isu-isu gempar  
yang menggerunkan supaya rakyat akan berfikir seribu kali untuk menyokong  
pembangkang. Dengan manipulasi berita yang disiarkan secara menggila oleh  
media cetak dan elektronik, Mahathir cuba memainkan psikologi rakyat akan  
bahayanya menyokong PAS. Buktinya? Pendedahan mengenai apa yang dikatakan  
ancaman KMMM mungkin diharapkan dapat menyakinkan rakyat bahawa PAS  
sebenarnya menuju ke arah perjuangan yang ekstrim dan mencetuskan keganasan  
untuk mencapai  cita-cita politiknya. 
 
Kegagalan menghidupkan semula isu Amanat  Hj Hadi, pengharaman nama Islam  
pada nama parti, Al-Maunah yang mahu dikaitkan dengan PAS dan terkini KMMM  
yang cuba digambarkan penglibatan PAS baik secara langsung mahupun tak  
langsung, menunjukkan bahawa kerajaan Mahathir akan berbuat apa sahaja untuk  
menjamin survival kuasanya.   Kalau benda yang tak ada pun boleh  
diada-adakan (peluru 500 biji 'milik'  Dato Nalla), apatah lagi benda yang  
dah pun sedia wujud, seperti anggota Mujahidin itu. Maka lagilah senang  
untuk memanipulasikannya.  Mungkin salah satu tugas utama polis Cawangan  
Khas ialah  mencari dan mereka-reka bukti untuk mensabitkan tuduhan  
terhadapa kesalahan yang tidak pernah pun dilakukan oleh yang dituduh. Maka  
dalam kes KMMM ini, apakah tidak mustahil untuk pihak polis 'menghidupkan'   
semula anggota-anggotaa KMM itu demi menjayakan watak-watak dan lakonan yang  
dikehendaki oleh sang pengarah? Kalau Amanat Hj Hadi yang dah berkubur 20  
tahun pun mampu diberi 'nafas baru' oleh sang pengarah, apakah tidak mungkin  
isu KMM ini tidak dapat disegarkan kembali dengan lebih sensasi dan  
mendebarkan ? 
 
Komunis Rusia di Afghanistan dah berkubur, USSR dah lenyap dari peta dunia,  
Gulbudin Hekmatyar dah hilang entah ke mana, tiba-tiba pejuang Mujahidin  
yang dah berbelas tahun kembali dari medan perang di Afghanistan itu muncul  
di Kuala Lumpur lebih 15 tahun kemudian untuk mengebom dan merompak bank?  
Apakah tidak mungkin pihak SB yang menyamar atau mereka yang diupah oleh  
polis atau sang pengarah sendiri melakonkan semua watak yang penting  ini ?  
Kalau afidavit Dato Nalla yang direka-reka oleh Musa Hassan itu pun boleh  
menghiasi semuka penuh akhbar-akhbar perdana, masakan tidak mungkin isu KMM  
ini dapat menghiasi ruang muka yang sama sejak seminggu dua ini? 
 
Samada KMM atau KMMM benar-benar wujud atau hanya cerita dongeng sang  
pengarah semata-mata, hanya Allah s.w.t. dan Norian Mai sahaja yang tahu,  
tetapi percubaan untuk mengaitkannya dengan PAS dan BA semata-mata untuk  
meraih sokongan rakyat merupakan suatu kesalahan yang tidak harus dimaafkan  
sama sekali.  Dengan peranan akhbar yang boleh dimanipulasikan sesuka hati,  
dengan pihak polis berpihak secara nyata kepada regim yang zalim itu, apakah  
tidak mungkin isu KMMM dan anggota-anggotanya itu merupakan sebahagian lagi   
rentak tari dan drama hebat terkini yang cuba dipentaskan secara sensasi  
demi meraih simpati? Namun, di negara serba boleh ini, segala-galanya  
adalah mungkin. Dari Bukit Jenalek ke Amanat Hj Hadi, kini singgah sebentar  
di Afghanistan. Inilah istimewanya negara 'Bolehcistan' acuan si Maha Haprak  
yang makin terdesak itu !! 
 
 
Cucu Datuk Bahaman 
23 Ogos 2001 
 
 





Ref URL: https://server22.hypermart.net/webantu/cgi-bin/forum.cgi?id=KM2&read=5283

Code: (c) at http://webantu.cjb.net/ 
(c) KM2 and original author(s). You may distribute for non commercial purposes. 
The author(s)/translator(s)/editor(s)/source(s) should be retained. 
Time/Date Generated : 8:59:58 AM 24/8/2001 Fri



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke