August 23 , 2001 19:13PM


 
UUM Tarik Buku `Ikhwanul Muslimun' Dari Perpustakaan
 
ALOR SETAR, 23 Ogos (Bernama) -- Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini menarik keluar buku berjudul "Ikhwanul Muslimun" karya Ishak Musa Al-Husaini dari Mesir dari perpustakaannya kerana dikhuatiri mendorong pelajar bergerak ke arah militan bawah tanah.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Ahmad Fawzi Mohd Basri berkata beberapa petikan daripada buku itu telah dijadikan intipati apa yang dikatakan seminar pembangunan insan yang dihadiri oleh mahasiswa termasuk pelajar dari UUM.

Katanya, empat pelajar UUM dan seorang pensyarah telah dikenal pasti menghadiri dua seminar di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan Islam berdaftar yang diisi dengan ceramah ke arah pembentukan dakwah secara halus dengan membakar semangat supaya memperjuangkan Islam dengan cara yang tidak sesuai.

"Seminar seterusnya bergerak kepada tuntutan agar dihidupkan roh jihad di kalangan mahasiswa untuk menegakkan Islam dengan cara yang tidak sesuai dengan tuntutan semasa," katanya kepada pemberita di sini.

-- BERNAMA

Kirim email ke