Sebenarnya, Mahathir tak puas hati sebab:
 
- Suhakam sepatutnya mengutamakan kepentingan Mahathir dan puak umno, dan mengikut pendekatan yang bersesuaian dengan jiwa Mahathir
 
- Mahathir tak puas hati sebab Suhakam tak takut sangat dengan dia, tak ikut telunjuk dia...
 
- ini negara milik Mahathir, sebab nilainya berlainan
 
- Suhakam juga mengambil pertimbangan polis yang menggunakan kekerasan kepada mereka yang langsung tidak melawan atau melakukan sebarang kekerasan (boleh lihat vcd/gambar mengenai kekejaman polis, sebab tu kot pihak bn/umno ni nak haramkan jualan vcd oleh pas takut rakyat boleh nampak kekejaman polis??!!!)
 
- Suhakam tidak bertindak 'adil' mengikut istilah dan acuan Mahathir
 
Seperti mana yang Dato' Musa Hitam pernah kata:
 
"Setahu sayalah, apabila saya dilantik sebagai pengerusi oleh pucuk pimpinan dan atas nama Yang di-Pertuan Agong... kerajaan serius.
"Sekiranya kerajaan tidak mahu serius, jangan lantik orang seperti kita.
"Barangkali lebih baik melantik ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk memegang jawatan ini, habis kerja kerana tidak akan ada sebarang kritikan."
 
Hairan ya?
Kenapa apabila pada perkara-perkara yang tidak baik dan negatif pada pihak kerajaan bn/umno, Mahathir suka ambil contoh-contoh yang lebih buruk?
Kenapa beliau tidak ambil contoh yang lebih baik?
Is it the intention to make kerajaan bn/umno looks good?
Atau sebagai excuse untuk menghalalkan apa-apa yang tak baik kerajaan bn/umno buat (menghalalkan kekejaman polis Malaysia sebab polis di barat lebih kejam)???
 
Bukan kah kalau kita nak maju, nak improve, kita kena ambil perbandingan dgn yang lebih baik?
 
Seperti mana yang seorang ustaz pernah kata;
kalau kita nak bersyukur, kita kena bandingkan diri kita dengan seseorang/sesuatu yang lebih dhaif dari kita..
dan kalau kita nak pertingkatkan agama/iman/amal/moral kita..., kita kena bandingkan diri kita dengan seseorang/sesuatu yang lebih baik dari kita....
 
Sebagai contoh kita kena bersyukur sebagai kita mampu dapat rezki makanan, minuman yang baik-baik dan enak-enak berbanding dengan setengah golongan yang hidup melarat dan kebuluran di Afrika.
 
Dan contoh untuk agama/iman/amal/moral, kita kena bandingkan dengan diri kita dengan para Rasul, para Sahabat, wali-wali, dan para solihin.
 
Kalau bila tang iman/agama kita ambil drug addict ke, orang jahil ke, tentu lah kita rasa kita dah bagus... dan kita tidak akan berganjak untuk memperbaiki diri.
 
Begitu juga contoh negara Islam, kalau kita ambil negara yang lain yang tak laksanakan Islam, sudah tentu kita rasa bagus, tetapi kenapa kita tidak mahu ambil contoh dari yang terbaik iaitu negara Islam berdasarkan kepimpinan Rasulullah saw dan khulafa ar-rasyidin???
 

PM: Suhakam berfikiran Barat -- Sebab itu laporan yang disediakan tidak utamakan kepentingan negara

Oleh: ISMAIL DAUD dan ASUKI ABAS
SUBANG 22 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) terlalu terpengaruh dengan cara pemikiran Barat, menyebabkan laporan yang mereka sediakan lebih menjurus kepada nilai-nilai Barat.

Menurut beliau, Suhakam sepatutnya mengutamakan kepentingan negara dan hak asasi rakyat tempatan dengan mengambil pendekatan yang bersesuaian dengan keadaan di negara ini.

``Orang Malaysia ini nampak takut sangat...takut kalau-kalau orang putih tak puji kita...pedulikan orang putih, puji ke tak puji, kita nak jaga keamanan negara kita.

``Ini negara kita, kita mempunyai nilai-nilai yang berlainan,'' tegasnya pada sidang akhbar sekembalinya dari lawatan ke Yemen dan menghadiri Dialog Antarabangsa Afrika Selatan (SAID) 2001 di Uganda di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan Suhakam mengenai insiden Lebuh Raya Kesas pada 5 November lalu yang mendapati polis telah melanggar hak asasi manusia dan bertindak kejam ketika menyuraikan peserta perhimpunan haram anjuran sebuah parti pembangkang di lebuh raya itu.

Dr. Mahathir berkata, laporan Suhakam itu tidak mempertimbangkan dengan sewajarnya keterangan yang diberikan oleh pi-hak polis serta keadaan tertekan yang dihadapi oleh anggota pasukan keselamatan untuk menyuraikan perhimpunan tersebut.

Katanya, dalam keadaan tertentu, polis perlu menggunakan kekerasan terutama jika mereka berdepan dengan orang-orang yang juga menggunakan kekerasan dan cara provokasi untuk memancing kemarahan anggota polis.

``Kadang-kadang dia letak kereta dia tengah jalan dan keluarkan kunci. Benda macam itu menarik tindak balas.

``Mereka nak jadikan Malaysia ini seperti negara lain di mana demonstrasi boleh jatuhkan kerajaan tetapi silaplah sedikit...,'' jelasnya.

Beliau mengakui demonstrasi jalanan adalah satu fenomena baru yang digalakkan oleh Barat tetapi apabila negara Barat berdepan dengan masalah seperti itu, polis mereka bertindak dengan lebih ganas melebihi daripada apa yang dilakukan oleh polis Malaysia.

Beliau memberi contoh kejadian tunjuk perasaan sewaktu Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan (G8) di Genoa, Itali, bulan lalu yang menyebabkan seorang lelaki terbunuh selepas ditembak polis yang menyuraikan demonstrasi tersebut.

``Kita tengok apa yang terjadi di Genoa, Seattle (Amerika Syarikat), Vancouver (Kanada) dan di lain tempat. Bila mereka dihadapkan dengan masalah yang sama, tindakan mereka lebih ganas daripada polis kita.

``Orang ramai dipukul dan diheret. Di Genoa bukan sahaja dia (polis) tembak mati seorang tetapi dia bawa kereta, dia gelek pergi balik... itu baru keganasan polis. Kita tengok ke polis kita buat macam itu,'' katanya.

Dr. Mahathir berkata, Suhakam sebenarnya hanya mahu membuktikan bahawa badan itu liberal seperti Barat tetapi sebenarnya Barat tidak seliberal seperti yang digambarkan.

``Mereka juga akan memukul pihak yang membuat demonstrasi. Kita tunggu dan tengok semasa Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Australia nanti. Akan ada keganasan,'' katanya.

Seramai 20,000 penunjuk perasaan antiglobalisasi merancang untuk berdemonstrasi bagi menghalang perjalanan CHOGM yang akan diadakan di Brisbane, Australia, Oktober ini.

Perdana Menteri melahirkan kekesalannya kerana ada sesetengah rakyat yang tidak begitu berterima kasih kepada polis yang menjaga keamanan di negara ini, sebaliknya mereka sering memperbesar-besarkan tindakan yang diambil oleh polis.

Sepatutnya, kata Perdana Menteri, polis diberikan kuasa untuk menggunakan kekerasan tetapi apa yang berlaku ialah polis digambarkan sebagai `penjahat'.

``Kalau kita buang polis, kita tengok apa nak jadi kepada negara kita,'' katanya.

Mengenai anggota-anggota Suhakam yang dilantik oleh kerajaan, Dr. Mahathir berkata, kerajaan melantik mereka dengan harapan mereka akan bertindak dengan adil.

``Mereka adalah rakyat Malaysia dan mereka sepatutnya berfikir sebagai seorang rakyat Malaysia,'' jelasnya.

Bagaimanapun, kata Dr. Mahathir, laporan yang dikemukakan oleh Suhakam itu adalah pendapat badan itu sahaja dan kerajaan akan menilai laporan tersebut.

``Kita juga akan tengok cadangan-cadangan yang dikemukakan sama ada, ada kes atau tidak,'' katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Kirim email ke