Salam~

Malaysia BOLEH ! Tahniah kepada warga Malaysia yang berjaya menyiapkan bendera terbesar didunia yang mana agaknya akan memecah rekod dunia seterusnya mengharumkan nama Malaysia dimuka bumi ini. Tapi ingat !! Ini adalah salah satu daripada keBOLEHan Malaysia dalam hal2 pembaziran yang diketuai oleh syaitan yang direjam !! Megahlah Malaysia dengan kerja mungkarnya yang mana pembaziran seperti ini yang dikejarkan agar namanya harum dan dikenang oleh masyarakat dunia.

Apalah salahnya kalau jumlah kain yang digunakan untuk aktiviti pembaziran seperti ini diguna untuk dijadikan pakaian buat saudara2 kita yang kurang bernasib baik yang berada dinegara2 ditindas seperti Palestin, etc. Kita BOLEH mencipta rekod dunia baru dimana jumlah pakaian yang didermakan kepada mereka amat tinggi ! Atau gunakan jumlah perbelanjaan mencipta bendera itu kita salurkan kepada yang lebih HAQ !

Sudahlah.. buat apa membazir lagi, taarif air naik, taarif elektrik naik, tol naik. itu naik ini naik ! Bila Islam nak naik, depa tuduh militan, ekstrimis la.. ganas la.. Depa buat la pembaziran tu tak pa.. KLCC la, Sepang circuit la, MSC la.. tak pa.. Ada pembalasan buat depa didunia mahupun diakhirat !! Insyaallah.

Salam~

IPOH 25 Ogos - Bendera Jalur Gemilang berukuran 159 X 108 meter yang disediakan oleh pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang di sini, diisytiharkan sebagai bendera terbesar yang pernah disediakan di negara ini oleh Malaysia Book of Records.

Pengesahan tersebut dibuat berdasarkan kepada saiz bendera tersebut yang mengatasi rekod terdahulu yang dipegang oleh pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang yang menjahit Jalur Gemilang berukuran 118 X 77 meter pada 2 April lalu.

Malahan saiz bendera itu mungkin bakal mencatatkan rekod dunia kerana setakat ini saiz bendera terbesar yang dicatatkan di Amerika Syarikat pun lebih kecil daripada saiz Jalur Gemilang itu.

Bagi menyiapkan bendera terbesar itu, seramai 300 pelajar, 120 guru dan 100 ibu bapa pelajar SMK Seri Ampang telah berusaha siang dan malam menjahit gulungan kain sepanjang 16 kilometer yang mengambil masa 21 hari untuk disiapkan.

Projek tersebut yang mendapat sokongan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli, disiapkan dengan kos sebanyak RM65,000 dan bendera Jalur Gemilang raksasa itu akan dipamerkan kepada orang ramai di Padang Ipoh mulai 29 Ogos ini.

Sijil pengiktirafan rekod bendera terbesar di bawah Kategori Pencapaian Manusia telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang turut menyerahkan sijil berkenaan kepada Pengetua SMK Seri Ampang, Mohd. Rauhi Mohd. Isa.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di padang Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh ialah Pengarah Urusan Malaysian Book of Records, Danny Ooi yang bertanggungjawab mengesahkan saiz Jalur Gemilang buatan SMK Seri Ampang.

Kirim email ke