*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Laman Umno takut demo reformasi, salahkan Suhakam Ahad 26 Ogos 2001: Laman web rasmi Umno mendakwa laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mengkritik polis Isnin lalu telah mendorong gerakan reformasi untuk menganjurkan perhimpunan AMAN terbaru Le Tour de Reformasi pada 31 Ogos. Kini nafas baru diperolehi pembangkang untuk kembali meneruskan acara mingguan popular mereka itu selepas sahaja keputusan Suhakam berjaya menimbulkan tekanan buat pasukan polis yang menjadi alat Dr.Mahathir, kata seorang penulis hari ini. Menurut laman web itu lagi, perhimpunan anjuran kumpulan penyokong bekas timbalan perdana menteri itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diadakan sempena tarikh kemerdekaan negara dan dijangka berlangsung jam 3 petang di Dataran Merdeka. Tarikh itu jatuh pada Jumaat dan peserta diminta oleh penganjur agar mengadakan solat pada tengahari itu di masjid-masjid utama seperti Masjid Negara, Masjid Jamek, Masjid India, Masjid KLCC dan juga Masjid Kampung Baru, tambah laman web itu lagi, dengan memetik maklumat laman web proreformasi terkenal, Laman Reformasi. Nampaknya begitu teliti perancangan ini dibuat sehinggakan masjid untuk solat Jumaat dan sekali gus menghimpunkan golongan mereka ini juga dikenal pasti. Yang menariknya masjid-masjid ini memang menjadi tempat strategik untuk berkumpul hatta sekali gus boleh menarik dan mempengaruhi crowd untuk turut serta, tulisan bertajuk Suhakam bakal jadi kambing hitam puak gila demonstrasi di laman Umno dipetik. Penulis juga menyindir suruhanjaya hak asasi itu lagi dengan menyebutkan: Nampaknya keputusan (siasatan awam) Suhakam (diumumkan pada 20 Ogos) yang menyalahkan cara polis menangani pembangkang yang berhimpun secara haram di Lebuhraya Kesas tepat pada masanya. 'Nampak polis jahat' - PM Suhakam dikritik hebat oleh kerajaan selepas laporan siasatan itu mendapati pencabulan hak asasi oleh polis seperti menggunakan kekerasan terhadap mereka yang berada di lebuhraya itu, menyebabkan kerosakan serta merampas harta persendirian, melengahkan rawatan terhadap tahanan dan kegagalan memberi ubat kepada mereka yang cedera. Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata laporan itu lebih banyak dipengaruhi pemikiran Barat dan bukannya untuk kepentingan negara. Mereka (anggota Suhakam) tidak berfikir bagi kepentingan Malaysia, katanya Rabu lalu, sebaik sahaja pulang dari luar negara. Perdana Menteri juga berkata, badan itu sepatutnya memberikan pertimbangan kepada keterangan yang diberikan oleh anggota polis memandangkan mereka bertugas dalam keadaan tertekan bagi menangani perhimpunan itu. Dia (Suhakam) hanya lihat dari satu sudut dan nampak polis jahat, katanya lagi. Laporan setebal 66 halaman itu berdasarkan keterangan 46 saksi, termasuk 16 anggota polis, Presiden Keadilan Dr Wan Azizah Wan Ismail, dua anggota Dewan Rakyat pembangkang dan seorang pelajar perempuan, berumur 17 tahun Get 250 color business cards for FREE! http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>