*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Tugas kita: memelihara anakbini kita dari api neraka.
Maka kita pun berilah ilmu secukupnya.  Kalau kita
bagi ilmu pun tungganglangang, maka sebatlah diri 
sendiri atau diam ajelah.

Tugas gomen: adakan persekitaran yang menyokong
pemeliharan dari api neraka.  

Kalau kita dah beri ilmu yang cukup dah, macam aishah
tu misalnya, tapi persekitaran macam pelesit, agak2
sapa yang salah, kitakah, gomenkah, pelesitkah,
atau takdir...


----- Original Message ----- 
From: Azrul Md Radzi <[EMAIL PROTECTED]>
To: 'Harun Aminurrashid' <[EMAIL PROTECTED]>; Hassan, Haslim 
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, August 28, 2001 12:42 PM
Subject: RE: H-Net* Gejala seks di sekolah serius -- Ia melibatkan semua pihak daripa 
da pelajar sehingga pengetua - NUTP


> tapi kita jangan lupa bahawa tanggungjawab untuk mendidik ini bukannya
> terletak terhadap guru-guru sahaja, ini termasuklah ibubapa, pemimpin dan
> yang lebih penting sekali adalah diri dia sendiri. kenapa kita tidak
> menggunakan akal yang dikurniakan kepada kita oleh Allah untuk kebaikan ,
> untuk berfikir yang mana baik yang mana buruk takkan kita nak jadi lembu,
> kerbau atau babi (maaf inilah jadinya tak menggunakan otak dan akal), kita
> lebih cenderung kepada menyalah orang lain walaupun yang buat itu adalah
> anak kita sendiri, cubalah cerminkan sedikit diri kita - kalau kita ada anak
> 2 atau 3 ekor pun tak dapat dikawal apatah lagi pemimpin negara yang
> terpaksa berhadapan dengan 20 juta rakyat malaysia. moralnya salahkan diri
> kita dahulu sebelum mencari kesilapan orang lain.
> 
> 
> > -----Original Message-----
> > From: Harun Aminurrashid [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> > Sent: Tuesday, August 28, 2001 7:49 AM
> > To: Hassan, Haslim; [EMAIL PROTECTED]
> > Subject: Re: H-Net* Gejala seks di sekolah serius -- Ia melibatkan
> > semua pihak daripa da pelajar sehingga pengetua - NUTP
> >
> >

> > padan muka aziz shamsudin & mahathir!!
> >
> >
> > --- "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
> > wrote:
> > >
> > > NUTP memberi kenyataan yang lebih masuk akal
> > > mengenai gejala sosial di
> > > sekolah. Bukan macam hamba Allah tu yang
> > > terus-menerus asyik menyalahkan
> > > guru-guru agama sebagai punca masalah (gejala
> > > sosial, black metal, dsb)
> > > tanpa mempunyai kajian yang lebih tepat.
> > >
> > > Inilah masalahnya kalau sistem pendidikan iaini
> > > termasuk kebajikan para
> > > pendidik sendiri tidak diberi perhatian oleh pihak
> > > kerajaan. Pendidik yang
> > > tidak bermutu, tidak berdisiplin masakan dapat
> > > melahirkan anak murid yang
> > > bermutu & berdisiplin (generally speaking!).
> > > In simple words, kalau guru adalah dari SPM gred 3,
> > > agak-agaknya berapakah
> > > kebangkalian untuk melahirkan murid-murid gred 1?
> > >
> > > Bukan tujuan saya nak memperlekehkan guru-guru yang
> > > pencapaian akademik yang
> > > tidak cemerlang (ada juga guru yang akademik tidak
> > > cemerlang tetapi mutu dan
> > > teknik pengajian cemerlang). Tetapi secara amnya,
> > > beginilah jadinya apabila
> > > profesyen guru tidak lagi menarik (profesyen guru
> > > sudah menjadi profesyen
> > > 2nd atau 3rd class), pendapatan yang kecil dan tidak
> > > mendapat perhatian
> > > sewajarnya dari pihak kerajaan.
> > >
> > > Gejala seks di sekolah serius -- Ia melibatkan semua
> > > pihak daripada pelajar
> > > sehingga pengetua - NUTP
> > >
> > >
> > > SEREMBAN 26 Ogos - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
> > > Kebangsaan (NUTP)
> > > mendedahkan gejala seks di sekolah sangat serius
> > > kerana ia melibatkan semua
> > > pihak daripada pelajar sehingga pengetua.
> > >
> > > Sumber memberitahu, keadaan itu diburukkan lagi
> > > apabila perbuatan seks
> > > tersebut sering kali disembunyikan oleh Pejabat
> > > Pendidikan Daerah (PPD) dan
> > > Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dari pengetahuan
> > > umum atau Kementerian
> > > Pendidikan.
> > >
> > > Menurut sumber itu, gejala seks di sekolah bukan
> > > sahaja membabitkan pelajar
> > > dengan pelajar tetapi juga guru dengan guru, guru
> > > dengan penolong kanan dan
> > > pengetua sekolah itu sendiri.
> > >
> > > Katanya, gejala ini berlaku sejak 1995 lagi tetapi
> > > ia tidak diberi perhatian
> > > kerana sentiasa cuba dilindungi.
> > >
> > > ``Kebanyakan kes seks di antara guru, penolong
> > > kanan, guru besar dan
> > > pengetua di sesebuah sekolah sering kali
> > > disembunyikan oleh Pejabat
> > > Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri,''
> > > katanya di sini hari ini.
> > >
> > > Justeru, menurutnya masalah seks di sekolah pada
> > > masa ini dianggap sangat
> > > serius kerana ia melibatkan semua warga sesebuah
> > > sekolah.
> > >
> > > Kata sumber itu, tindakan keras yang diambil oleh
> > > JPN hanyalah menukarkan
> > > guru-guru yang terlibat ke sekolah lain tanpa
> > > mengambil tindakan disiplin
> > > atau melaporkan kepada pihak berkuasa seperti
> > > Jabatan Agama Islam atau
> > > sebagainya untuk tindakan selanjutnya.
> > >
> > > Ujar beliau, tindakan JPN ini tidak akan
> > > menyelesaikan masalah yang dihadapi
> > > sebaliknya akan membuatkan guru-guru bertambah
> > > berani untuk melakukan atau
> > > mengulangi perkara tersebut.
> > >
> > > Jelasnya, masalah ini dirumitkan lagi apabila
> > > Persatuan Ibu Bapa dan Guru
> > > (PIBG) yang juga mengetahui perkara tersebut cuba
> > > menyembunyikannya daripada
> > > pengetahuan umum atau daripada pihak berkuasa.
> > >
> > > ``Masalah ini bukan sahaja terlibat di sekolah di
> > > kawasan bandar tetapi juga
> > > di sekolah-sekolah luar bandar yang sepatutnya
> > > mempunyai nilai-nilai baik
> > > yang lebih tinggi daripada sekolah di bandar,
> > > malangnya ini tidak berlaku,''
> > > katanya kesal.
> > >
> > > Sehubungan itu, beliau meminta Kementerian
> > > Pendidikan mengambil
> > > langkah-langkah sewajarnya untuk membendung masalah
> > > ini.
> > >
> > > Tambahnya lagi, sekiranya tidak dibendung ia akan
> > > menjejaskan nama baik
> > > institusi sekolah di negara ini.
> > >
> > >
> > >
> > <http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0827&pub=Utusan_Mal
> > ay
> > > sia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm>
> > >
> > http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0827&pub=Utusan_Mala
> > ys
> > > ia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
> > >

-- 

_______________________________________________
FREE Personalized E-mail at Mail.com 
http://www.mail.com/?sr=signup 

Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free! 
http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143 


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke