*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
LAPORAN SUHAKAM: BUKTI KUKUH SIAPA GANAS SIAPA SOKONG
    PENGGANAS.

    Laporan Hak Asasi Setebal 66 Mukasurat hasil siasatan yang dijalankan 
oleh Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia
    (SUHAKAM), membuktikan bahawa PIHAK POLIS (PDrM) bertindak ganas serta 
melanggar undang-undang dan
    batas-batas hak asasi Manusia.

    Suhakam adalah sebuah suruhanjaya bebas politik yang ditubuhkan oleh 
kerajaan Barisan Nasional yang didokong oleh
    UMNO. Suhakam ditubuh dibawah akta Parlimen yakni secara umumnya SUHAKAM 
tidak seperti PDrM yang boleh
    dikuasai oleh Parti Pemerintah. Suhakam pada asalnya ditubuhkan bagi 
memenuhi AGENDA politik UMNO. UMNO mahu
    menggunakan SUHAKAM untuk menipu dunia bahawa kerajan BN yang diterajui 
UMNO tidak mengabaikan soal Hak Asasi
    Manusia. Sewaktu awal isu pemecatan ANWAR, Malaysia begitu banyak 
dikecam oleh masyarakat antarabangsa
    berkenaan isu hak asasi. Pengerusi SUHAKAM juga merupakan Bekas Presiden 
UMNO yang juga Bekas Timbalan Perdana
    Menteri Pertama Dr Mahathir. Dari segi politiknya, MUSA pernah mempunya 
sejarah HITAM dengan Parti PAS. Oleh
    kerana itu Mahathir beranggapan beliau boleh 'mengawal' Tan Sri Musa 
Hitam. Tetapi Mahathir lupa bahawa T.S Musa
    sudah benar-benar bersara dari politik. T.S Musa tidak lagi ada agenda 
politik peribadi. Pengalaman di Bangsa-bangsa
    bersatu mungkin membuat T.S Musa hanya berpihak kepada Hak Asasi Manusia 
sahaja. Manakala anggota-anggota
    SUHAKAM pula terdiri dari kalangan profesional termasuk pakar 
undang-undang dan hak-hak pengguna.

    Berbalik kepada laporan setebal 66 mukasurat tersebut, Suhakam telah 
menyiasat kejadian keganasan Jalan Kebun
    setelah menerima laporan dari pihak-pihak yang terlibat. Setelah 
memanggil lebih dari 40 orang saksi dari kedua-dua
    pihak terbabit iaitu penganjur dan PDrM dan juga saksi-saksi berkecuali 
yang terdiri dari para wartawan dan jurugambar.
    Keterangan juga dikuatkan lagi dengan bukti-bukti gambar dan video yang 
banyak sekali dirakam serta laporan
    perubatan. Setelah beberapa bulan menyiasat, SUHAKAM membuat kesimpulan 
bahawa pihak POLIS terlalu jauh
    melanggari Hak Asasi Manusia dan tindakan PDrM melampaui undang-undang. 
Saya fikir, laporan SUHAKAM ini juga
    mungkin merujuk kejadian-kejadian terdahulu (precedent). Sebagai contoh, 
apabila perhimpunan rakyat yang dibuat
    tanpa kehadiran kuasa-kuasa PDrM, segalanya berjalan lancar dan berkahir 
dalam suasana aman. Jadi adalah benar
    PDrM sengaja menimbulkan kekacauan demi untuk bertindak ganas. Buktinya 
suasana haru-biru wujud sebaik sahaja
    PDrM menembak gas pemedih mata atau menyiram cecair kimia. Kenapa 
perhimpunan lebih 200,000 umat di Dataran
    Merdeka pada 20 September 1998 tidak menimbulkan kekacauan sedangkan 
perhimpunan tersebut berlangsung
    ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur? Kecuali ada sedikit kekalutan di 
PWTC, apabila unit2 Khas PDrM sengaja
    memprovokasi orang ramai. Kenapa penyokong-penyokong ANWAR tidak melawan 
pihak PDrM sewaktu mereka
    menangkap ANWAR pada malam tersebut secara GESTAPO?

    Seperti yang sudah dijangkakan, pendedahan SUHAKAM ini akan dikecam 
hebat oleh PDrM dan UMNO serta
    sekutu-sekutunya. Jurucakap tidak rasmi UMNO yang juga orang kuat surat 
khabar Utusan Merapu, ZAM mengkritik
    SUHAKAM kerana mendedahkan laporan itu kepada awam terlebih dahulu. Saya 
difahamkan sebenarnya laporan
    tersebut sudah pun diserahkan kepada kerajan beberapa bulan dahulu untuk 
diambil tindakan. Tetapi pihak kerajaan
    memerapkan sahaja laporan tersebut. Merasakan bertanggungjawab kepada 
rakyat Malaysia, dengan kuasa-kuasa yang
    ada SUHAKAM menjadikan laporan tersebut sebagai dokumen awam. Bayangkan 
berapa banyak masa, wang dan tenaga
    dihabiskan untuk membuat siasatan tiba-tiba laporan itu hanya dibuat 
perkasam oleh kader-kader politik.

    Mahathir, sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bumi Malaysia selepas pulang 
dari UGANDA terus mengecam SUHAKAM dan
    menuduh suhakam bertindak mengikut acuan BARAT. Apakah wajar tuduhan 
melulu ini? Apakah yang dikatakan ACUAN
    BARAT itu? Apakah menentang keganasan itu acuan Barat? Jadi adakah 
keganasan dibenarkan oleh Acuan Kita?
    Mahathir membuat perbandingan antara tindakan PDrM dengan tindakan 
polis-polis negara lain seperti ITALY. Kata
    Mahathir Polis Italy lebih ganas. Ya! memang benar mereka lebih ganas, 
jadi adakah tindakan ganas PDrM tidak salah
    kerana Italy lebih ganas? Oleh itu tuduhan Mahathir bahawa SUHAKAM ikut 
acuan Barat adalah tidak benar sama-sekali,
    SUHAKAM menilai keganasan Ikut Acuan kita, tidak ikut acuan Italy. Kalau 
Suhakam ikut ACUAN BARAT sudah tentu ada
    orang kena tembak peluru hidup baru nak menyiasat. Tuduhan SUHAKAM mahu 
mengambil hati barat juga merupakan
    tuduhan yang dangkal. Apa kepentingan SUHAKAM kepada barat? SUHAKAM 
dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Kalau
    BARAT memuji SUHAKAM sudah tentu bermakna BARAT memuji MALAYSIA kerana 
mementingkan hak Asasi Manusia.
    Itulah tujuan UMNO menubuh SUHAKAM dahulu, agar BARAT melihat Malaysia 
memihak kepada Hak Asasi Manusia.
    Tetapi yang berbeza hanya niat UMNO dahulu untuk menutup keganasan PDrM 
namun yang berlaku adalah sebaliknya.

    Ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan selepas ini SUHAKAM akan 
berjuang untuk kumpulan GAY dan
    LESBIAN. Ini juga satu bukti kedangkalan pemikiran sesetengah pihak. 
Kalau benar SUHAKAM berbuat demikian barulah
    kita boleh tuduh SUHAKAM memakai Acuan Barat. Sebabnya GAY dan LESBIAN 
bukan hak asasi manusia. Ini adalah
    kumpulan orang-orang sakit jiwa.

    Adalah tidak dapat difahami kenapa sesetengah pihak tidak boleh menerima 
laporan SUHAKAM yang dibuat setelah
    siasatan rapi dengan segala bukti yang mencukupi. Sedangkan mereka 
inilah menyokong kuat
    penangkapan-penangkapan melalui ISA. Mereka begitu mudah menerima 
tuduhan sesetengah pihak walau tidak
    didatangkan dengan satu bukti pun. Apakah dunia sudah terbalik? Apakah 
kerana ketaksuban terhadap seseorang
    pemimpin, kumpulan atau Parti sehinggakan perkara BUKTI dibiarkan 
ketepi? Apakah RASIONALnya mereka MENOLAK
    laporan SUHAKAM dan MENERIMA ISA? Bukankah ISA itu sendiri ACUAN BARAT? 
Adakah penahanan tanpa bicara itu
    memenuhi hak Asasi Manusia? Atau selaras dengan Ajaran ISLAM dan 
nilai-nilai ketimuran?

    Satu lagi persoalan ialah, UMNO kebelakangan ini begitu hebat bercakap 
soal keganasan dan militan. Mereka berkata
    kerajaan tidak teragak-agak untuk menangkap pengganas-pengganas tidak 
kira samada dia ahli parti mana sekalipun.
    'Kebetulan' pula, selepas pemimpin-pemimpin tertinggi Parti KeADILan 
dikurung kini tiba giliran pemimpin-pemimpin muda
    Parti PAS pula. Kenapa apabila setelah satu siasatan dijalankan pihak 
PDrM juga didapati bertindak Ganas, UMNO begitu
    hebat mempertahankan Keganasan pihak POLIS? Di manakah kebenaran ucapan 
pemimpin2 tertinggi UMNO itu? Jadi
    adalah jelas bahawa penangkapan ISA kebelakangan ini merupakan Agenda 
Politik yang menghalalkan keganasan
    sesetangah pihak.

    Adakah Wajar laporan SUHAKAM ini diserahkan kepada pihak POLIS untuk 
membuat siasatan? Dan juga Kepada RAIS
    YATIM yang juga mengkritik laporan SUHAKAM ini disuruh membuat kajian 
dan siasatan. Bukankah laporan itu sendiri
    adalah hasil siasatan? Tindakan ini boleh diumpamakan seperti menyuruh 
lanun menyiasat kerja-kerja perlanunan dilaut,
    kemudian buat laporan.

    Kepada pengkritik-pengkritik laporan SUHAKAM, dinasihatkan agar 
mendapatkan sendiri dan membaca laporan
    berkenaan. Jangan mengulas dan mengkritik hanya selepas mendengar 
kritikan dan tuduhan melulu pemimpin-pemimpin
    politik yang mempunyai agenda tertenttu. Jangan berlagak pandai seumpama 
burung kakatua yang hanyaa pandai
    mengajuk cakap tuannya tetapi tidak tahu apa yang diajukkan itu.

    Kepada SUHAKAM, Tahniah. Teruskan tanggungjawab anda sekalian tanpa rasa 
takut atau tehina. Anda semua telah
    mengharumkan nama Malaysia selepas dihapakkan oleh pencacai-pencacai 
haprak. Anda semua juga membuktikan
    bahawa masih ada orang yang tidak bertamaddun di abad ke21 ini dan masih 
wujud politikus-politikus zaman batu dalam
    zaman ICT.


<br><br><br>"Jika takut dengan risiko, jangan bicara tentang perjuangan!" - 
Anwar Ibrahim

_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke