*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Best gak weh ..baik baca dari mula sampai habih....


PETUA MEMBELAI CINTA :Dari Ust Ismail Kamus

 Baca bila ada keluangan
 PETUA MEMBELAI CINTA

INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. moleknya  cinta andai setia yang
dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika
 berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang,
siapa  sangka hujan turun di tengah
hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai
dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di
sanubari tetap berubah hati. Terlalu  sukarkah mencintai
isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan.
 "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan
mereka.
 Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan
minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan
 susah melayan isteri.

 Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan,
bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai.
Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan
dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke
hilir menambah pendapatan suami. Walaupun
 hidup dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun
damai sampai bila-bila. Bagaimanapun hal ini
 merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang.
Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami
bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak.

 Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang
sayang, tak ada duit abang! melayang lain pula
 penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah
kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu
adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri
akan berasa
 nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa
terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.

eliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih
dan sayang, ia memang berkait antara satu
 dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan
matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga.
Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila
berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika
mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang,
tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan
sayang yang
 diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa
musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah
 cepat melatah.

Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup
melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan
kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau
tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar
tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada
orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai.

 Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka
mampu melakukan. Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan
dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan
kaum Adam.
Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah
terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan
yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang
menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang
sukar mengubah kesilapan.

WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK


Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si
suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif
mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar,
menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang
kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya
berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri
lelaki yang bengkok. "Nabi bersabda, wanita itu
dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika
dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya.

Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara
psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya
jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah
atau pecah. Misalnya
 jika isteri pemarah, ! membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia
cubaan yang amat kecil.

 Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk
kamu." Namun dengan perkembangan hari ini,
nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang
bengkok, selarnya.


CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?

Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu
sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru
 bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya
pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru
bercinta, mereka dakwa Pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan
masing-masing.
Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing,
dedahnya.

Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak
kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka>
kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih
baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal di
kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden
golongan yang tinggal di bandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak
sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun
ke mana diri hendak dibawa?" soalnya.

Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak di awal
perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang
 pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau
wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam,
 insya-Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap
memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah
memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau
berzakat
 sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai
peribadi seseorang.

Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah
laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki
 membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima
daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau
isteri kita yang sebenar-benarnya.

LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA

Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru
terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau
 mengulas. Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu
taat kepada ibadatnya. Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina
Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi
saksi.
Lantas Saidina Omar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?" Pemuda itu
menjawab, "Tidak ya amirul mukmimin." Saidina Omar bertanya lagi. "Apakah
engkau pernah bermusafir dengannya?" Orang itu jawab, "Tidak pernah,"
 Bertanya lagi Saidina Omar, "Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang
itu menjawab,'Tidak pernah.' Lantas ditanya Omar lagi, "Macam mana engkau
kenal dia? Dijawab si pemuda. "Saya selalu tengok dia sembahyang maka
yakinlah dia memang baik.' Omar berkata, "Engkau pergi dan selidiki lagi
kerana engkau! sebenarnya belum betul kenal
 kepadanya." Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok
seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum
bererti kita tahu perangai yang sebenar. "Seeloknya ajak dia bermusafir,
baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai
peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah
 atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh
dia dijadikan kawan atau saksi.

 Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan
nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil
 atau orang tengah yang boleh diharapkan," sarannya. Namun tidak dinafikan,
apabila suami berubah sikap misalnya tidak lagi
mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk kasih
dan sayang si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali
dibiarkan sehingga meresap ke dalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi
kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat ditegur. Supaya dia
segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika isteri terlalu sabar dan
redha dibimbangi akan meresap ke dalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya.
Memang kenyataannya apabila
 menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar.

 Gelagat perubahan ini lebih ketara apabila si suami sudah mula senang
sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan
teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja
membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan. "Cara untuk
mengatasi masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak.
Kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti
menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar.
"Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin
 menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan timbul
pula permusuhan yang berpanjangan. Silap hari
 bulan, si suami memukul atau mendera si isteri.

Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya cuma
sekasar mana pun lelaki, namun jauh di sudut hati pasti mempunyai belas.
Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar dengan perangainya yang
buruk," ujarnya.

Tambahnya lagi, "Ada masanya suami mesti disentak dengan perkara-perkara
yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang> sebelum ini banyak cakap
tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam, hendak tidur pun diam,
maknanya perangainya berubah menjadi pendiam. Mungkin dengan cara itu dia
mampu meluahkan perasaannya daripada marah
 tidak tentu pasal kemudian dicop suami, dia derhaka. Seperti kisah seorang
pemuda yang menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh emaknya.
Jadi dia mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua dan
 dia takut masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja sepanjang masa.
Tidak makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang dilakukan.

Lama-kelamaan ibunya bertanya, "Engkau sakit ke, asyik diam aja." Si anak
menggelengkan kepala.Oleh sebab emak sayangkan anak, lantas disuruhnya si
anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia. Dalam kes ini si
anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya
 dan dapat pula berkahwin," ceritanya.

 TEGUR CARA BERHIKMAH

Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang
buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh
dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara
penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami
tidak menyalahkan si isteri. "Selain memberi nasihat, isteri
 hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di
samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya: "Apakah selain
daripada agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlah sesiapa yang di
langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan kepada-Nya jua
mereka dikembalikan.

Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak
digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang
 yang berkenaan atau ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang
tersebut. Mudah-mudahan, berkat doa dan air itu akan lembut hatinya."

 Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami asyik panas
baran beliau menjelaskan.
 "Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita.
Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu
diubati. "Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia
marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau
isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan
memasak. Ataupun setiap kali balik ke rumah, suami mesti hendak minum, jadi
cari jalan cepat-cepat
 sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah! menutup segala punca kemarahan
suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda.

Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri.
Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik
 kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat
terbakar atau merebak. Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah
disimbah dengan air supaya padam. "Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat
satu hingga enam
 dan baca sebanyak 1,000 kali. Antara maksudnya, "Tha, Ha, (Hai manusia),
tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau
 mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut (kepada Tuhan).
Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang
tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana. Kepunyaan-Nya apa
yang
ada di langit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara kedua-duanya dan
apa ! yang ada di bawah tanah." Tiup kepada
ubun-ubun atau mukanya sehingga ke pusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah
akan lembut hatinya.

" Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang
masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan
berserakah, hendaklah segera bertaubat.

Nabi bersabda, Barang siapa yang telah melampaui 40 tahun namun kebaikannya
tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk api
neraka." Dedah Ustaz penuh bermakna.

Mayat yang mukanya berbentuk babi Itulah petanda semasa hidupnya tidak
melakukan solat lima waktu,tidak menjaga solat
 lima waktu.Lalai dalam solatnya.Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Ítâ§ÀhÊr®


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Salasiah binti Kisman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke