Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan
hadis
Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a.,
katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung
enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu
di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih
Bukhari
Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia
yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti
himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -
Sahih Muslim
Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan
terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang
bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"
Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik)
dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
Menghias masjid dan membanggakannya. "Di
antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat
Nasai.
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan
dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan
sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang
hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli
agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya
kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang
makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara
tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai
oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang
paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua
orang mulia" -Riwayat Thabrani
Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya
hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara
tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul
pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang."
Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda
telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya)
bulan sabit." - Riwayat Thabrani
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan
berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar
yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah
kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya,
kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang
benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan
banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" -
Riwayat Ahmad
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak
akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi
padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih
Muslim
|