*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Siapakah yang dimaksudkan Dr.Mahathir "ada orang tertentu" yang menyebabkan Tabung 
Haji lingkup ?
Apa yang jelas Tabung Haji merosot apabila Pengerusi Tabung Haji disandang oleh 
adik-iparnya iaitu Tan Sri Razali Ali (bekas MB Selangor).    
Penerbangan Tabung Haji dianugerahkan kepada Transmile Air Services kepunyaan 
anak-beranak Mahathir.
Sila lihat:   http://www.freemalaysia.com/rogues/m_boys.htm

Tambang untuk menunaikan Fardhu Haji dinaikkan beribu-ribu RM, untuk menampung duit 
yang telah dikebas oleh kerabat Mahathir.
Krisis Tabung Haji ini juga menampakkan pergeseran antara Mahathir dan Abdullah Badawi.

 
SEPANG, Jumaat  Dr Mahathir Mohamad berkata, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan 
melantik orang yang lebih profesional menganggotai panel pelaburannya serta menukar 
strategi bagi memastikan ia lebih berkesan.

Perdana Menteri berkata, bagi tujuan itu Tabung Haji akan mengalami sedikit perubahan 
dalam pengurusannya.

Dulu kita dapati panel pelaburan Tabung Haji terdiri daripada ahli profesional dan 
pada masa itu ia telah melabur dalam saham yang memberi pulangan baik.

Lepas itu, ada orang tertentu telah menukar panel pelaburan itu dan mengisinya 
dengan orang yang tidak begitu profesional dan dengan itu pelaburan Tabung Haji kita 
dapati tidak memberi pulangan yang baik.   Orang yang tidak profesional mungkin bekas 
Pengerusi Tabung Haji yang juga adik-ipar Dr.Mahathir sendiri iaitu Tan Sri Razali Ali 
(bekas MB Selangor).

Itulah sebabnya kita dapati selain daripada kesan kemerosotan ekonomi, pelaburan juga 
kurang bijak, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang 
Merdeka Millenium Endurance 2001 (MME 2001) di Litar F1 Sepang, di sini petang ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas pelbagai isu mengenai Tabung 
Haji, termasuk yang terbaru membabitkan kehilangan lebih RM9 juta daripada akaun 
pendepositnya.

Berita Harian sebelum ini melaporkan bekas Pengerusi dan Pengarah Besar Tabung Haji, 
Tan Sri Hanafiah Ahmad, sebagai berkata krisis yang melanda Tabung Haji sekarang 
disebabkan keputusan tidak tepat dan telus dalam membuat pelaburan, terutama 
membabitkan projek besar.

Beliau dilaporkan berkata, keadaan itu berlaku kerana tiada badan khusus yang 
mengawasi, mengawal selia dan memantau kegiatan pelaburan Tabung Haji.

Ketiadaan badan bebas seperti yang pernah diwujudkan sebelum 1995 itu menyebabkan ada 
keputusan dalam menentukan pelaburan dibuat secara adhoc dan tidak profesional.

Sehubungan itu, penyusunan semula Tabung Haji perlu mengambil kira perkara ini dengan 
mewujudkan semula Jawatankuasa Panel Pelaburan yang dimansuhkan pada 1995, berikutan 
wujudnya Akta Tabung Haji 1995.

Keberkesanan jawatankuasa bebas itu, yang diwujudkan dalam Akta Lembaga Urusan dan 
Tabung Haji 1969 terbukti, malah Tabung Haji mendapat pengiktirafan dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin baru-baru 
ini pula berkata, pengurusan Tabung Haji akan disusun semula secara menyeluruh bagi 
mengelakkan organisasi itu rugi besar.

Tabung Haji yang ditubuhkan pada 1963 mempunyai dana berjumlah RM10.1 bilion 
membabitkan 4.5 juta pendeposit hingga 30 April lalu. Awal tahun ini, ia mengeluarkan 
dividen dan bonus 5.5 peratus bagi tahun kewangan 2000.

Mengulas kes kehilangan RM7.725 juta dari dua akaun pendeposit Tabung Haji sejak 
sebulan lalu dan kes terbaru membabitkan RM1.4 juta yang dilaporkan kepada polis 
semalam, Dr Mahathir berkata beliau dukacita kerana perkara seperti itu boleh terjadi.

Kita akan selidik siapa yang terbabit dan kita akan ambil tindakan undang-undang. 
Kita berasa amat dukacita kerana dalam Tabung Haji pun ada orang yang tidak betul, 
katanya.

Ditanya mengenai Tan Sri Zainol Mahmood yang dilantik semula sebagai Pengerusi Tabung 
Haji bagi menggantikan Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman, Perdana Menteri berkata 
perubahan itu ialah bagi membolehkan Dr Abdul Hamid menumpukan perhatian kepada tugas 
menangani masalah berkaitan agama.

Nampaknya, beban kerjanya meningkat. Sebab itu saya suruh dia tinggalkan Tabung Haji 
untuk menumpukan kepada masalah, terutama pendidikan agama yang didapati begitu 
meruncing, katanya.

Zainol, 64, bekas Pengerusi Eksekutif Pos Malaysia, dilantik kali pertama sebagai 
Pengerusi Tabung Haji pada 1 Ogos 2000 hingga 1 Februari lalu (selepas adik-ipar 
Dr.Mahathir, Tan Sri Razali Ali) sebelum digantikan oleh Dr Abdul Hamid Othman, 
Penasihat Agama PM yang tewas kepada Professor Shahnon Ahmad di Parlimen Sik.

Zainol sekali lagi dilantik menjadi pengerusi organisasi itu berkuatkuasa 10 Ogos lalu.




Get 250 color business cards for FREE!
http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke