sedar bahawa dia telah mengkutuk hukum tuhan.
Print version of this story
Monday September 3
Azan sesuai di zaman Nabi tetapi tidak relevan di zaman IT Umno Beruas
6:55pm, Mon: Bukan sebab saya ahli Umno maka saya sokong Dr
Mahathir Mohamad. Tetapi saranan beliau supaya Islam diubah
supaya tidak ketinggalan zaman adalah sesuatu yang sangat
bernas.
Lihat sahaja azan yang dilaungkan untuk tanda masuk waktu
sembahyang. Azan dilaungkan di zaman Nabi sebab pada masa itu
jam, TV, radio dan lain-lain alat moden untuk mengesan masa dan
menyampaikan maklumat tidak ada lagi. Di zaman Nabi hanya
matahari menjadi panduan menentukan masa. Maka terpaksalah
azan dilaungkan untuk menandakan masuk waktu sembahyang.
Zaman ini waktu solat disebar dengan luas. Suratkhabar pun
menyiarkannya. Hampir semua orang memakai jam tangan, dan di
merata-rata ada jam untuk kita merujuk waktu. Kalau kita hendak
mengetahui waktu solat kita hanya perlu semak di akhbar, dan
memastikan sudah masuk waktu solat dengan hanya melihat waktu
di jam tangan kita. Maka azan tidak perlu lagi di zaman IT yang
serba moden ini.
Khutbah pada solat hari Jumaat juga sudah tidak relevan lagi.
Khutbah bertujuan untuk menyampaikan ajaran agama serta
maklumat. Di zaman IT, iaitu zaman teknologi maklumat, kita boleh
mendekati ajaran agama tanpa diadakan khutbah. Ajaran agama
boleh didapati dari percetakan, media eletronik dan Internet.
Kemajuan komunikasi menjadikan khutbah tidak lagi relevan dan
seharusnya kita tidak lagi meneruskan khutbah pada hari Jumaat.