*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Gerakan Bawah Tanah Di Utm: Kisah Sebenar


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebagai seorang senior dalam MPP UTM, biar saya dedahkan beberapa perkara 
yang berlaku seiring dengan isu gerakan bawah tanah yang dihebohkan oleh 
seorang student UTM yang dibuang universiti, iaitu Wan Noorhayati Wan Alias 
. Semoga dengan pendedahan ini, masyarakat dapat mengadili isu ini secara 
lebih seimbang, bukan semata-mata bergantung pada propaganda media.

Wan Noorhayati, sebelum masuk ke dalam PMI, pencapaiannya akademiknya amat 
rendah. CPAnya Dalam lingkungan 2.0 sahaja. Sesuailah dengan tahap 
pencapaiannya dalam SPM yang tak melayakkah dia masuk ke mana-mana 
universiti. Maka sebab itu, dia terpaksa mengambil sijil dari Kolej MARA 
Kulim sebelum dibenarkan masuk ke UTM.

Kemerosotan yang didakwa berpunca daripada penglibatannya dalam PMI adalah 
satu penyelewengan fakta yang dibuat secara tidak bermaruah. Apakah Wan 
Noorhayati fikir kami warga UTM tak tahu tentang kes antara dia dengan Encik 
Hamid, seorang pensyarah matematik dari Fakulti Sains?

Sebab Wan Noorhayati telah menjual nama baik PMI, pemimpin pelajar dan para 
pensyarah di dada akhbar, maka saya terpaksalah beli di khalayak umum. Biar 
saya dedahkan di sini bahawa Wan Noorhayati telah terlibat dalam perbuatan 
sumbang iaitu tinggal serumah dengan Encik Hamid selama beberapa lama. 
Sedangkan Encik Hamid itu bukanlah muhrimnya, mahupun saudara mara jauh. 
Sepanjang tempoh itu, dia telah berubat dan berguru dengan Encik Hamid. 
Pelbagai amalan zikir dan ilmu jiwa yang dipertikaikan oleh Darussyifa' 
Skudai diajar kepada Wan Noorhayati, sehingga akhirnya menjadikannya 
seolah-olah lupa diri dan begitu taksub kepada Encik Hamid. Seolah-olah 
berulang cerita Guru Yahya. Lebih daripada itu, apa yang berlaku antara Wan 
Noorhayati dengan Encik Hamid di rumah itu Allah jua yang lebih tahu.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan rakan-rakannya, ahli-ahli PMI, HEP, 
ustaz-ustazah, masjid dan pentadbir UTM. Pelbagai nasihat dan perjumpaan 
diadakan untuk kebaikan Wan Noor, tapi diabaikan, malah mereka ini dituduh 
pula sebagai pengacau. Ibarat beruk yang diberi bunga, bukan saja Wan 
Noorhayati tak pandai membalas kebaikan orang, malah direka-reka pula cerita 
memburukkan ustaz-ustazah, PMI dan pihak-pihak yang tidak selari dengannya.

Kalau mereka ini salah, masakan pihak masjid sendiri dan Darussyifa' telah 
menarik semula ijazah daripada Encik Hamid yang menyelewengkan ilmu 
perubatan darussyifa'? Adalah satu perkara yang melanggar peraturan 
Darussyifa' dan sumbang pada pandangan agama bila Encik Hamid telah membawa 
pulang ke rumahnya pelajar perempuan dan tinggal berhari-hari di rumahnya 
itu? Sampaikan seorang pelajar perempuan bernama Mimi akhirnya menjadi 
isteri nombor dua Encik Hamid, sebelum diceraikan tak berapa lama selepas 
itu.

Setelah mengaibkan diri sendiri dengan perlakuan sumbang itu, Wan Noorhayati 
semakin tertekan akibat malu pada masyarakat kampus. Pelajarannya yang sedia 
merosot menjadi semakin merosot dan akhirnya dibuang dari universiti. Inilah 
punca sebenar kenapa dia gagal dalam pelajarannya.

Sebab itulah, dalam pengakuan berkanun Wan Noorhayati, dia cukup beriya-iya 
mempertahankan Encik Hamid. Hampir separuh dari pengakuannya yang setebal 33 
muka surat itu mempertahan dan memuji-muji Encik Hamid.

Bagaikan kebetulan, isu Wan Noorhayati meletup pada ketika UMNO 
bermati-matian memomokkan rakyat dengan isu mahasiswa militan, KMM dsbg. 
Maka, dengan perancangan rapi dan sokongan media, Wan Noorhayati pun tampil 
didepan public dengan satu versi ceritanya yang tersendiri.

Kalau benar penglibatan dalam PMI boleh menyebabkan seseorang pelajar itu 
terkandas pelajarannya, bermaksud sepanjang sejarah UTM yang dah hampir 30 
tahun, beratus-ratuslah pemimpin PMI yang pernah dibuang universiti kerana 
gagal dalam pelajaran. Student lain lagi aktif dari dia ini, ada diantaranya 
yang menjawat jawatan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Presiden 
Persatuan, Pengerusi Jawatankuasa Kolej Mahasiswa dan sebagainya, takde pula 
terganggu pelajaran. Kalau ada kemerosotan, pandai-pandai sendirilah 
perbaiki. Bukannya dah terkandas baru merengek menuding jari pada orang 
lain.

Hakikatnya, PMI dan cerita-cerita tentang gerakan bawah tanah cumalah smoke 
screen atau kambing hitam yang dia paparkan bagi mengabui mata masyarakat 
dari kes sebenar Wan Noorhayati, di samping cuba meraih simpati kerajaan 
agar dapat tiket percuma mengulang pelajaran di UTM.

Kenalilah siapa sebenarnya Wan Noorhayati @ Ummi Hafilda 2, di saat itu 
barulah terbongkar perkara sebenar. Last sekali saya nampak dia di UTM pakai 
tudung singkat dan seluar panjang. Kemana perginya tudung labuh dan baju 
kurung kamu yang cukup sopan satu ketika dulu??? Takkan duit yang UMNO bagi 
tu tak cukup nak beli kain?

Sekiranya anda inginkan kepastian, anda bolehlah buat survey di UTM. 
Dapatkan kisah sebenar dari warga UTM sendiri.

http://www.mahazalim.net/sep01/050901zac.html


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ibnu ramli" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to