*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
bila kita kata ulama umno lidah bercabang marah
pulak....sekarang orang umno sendiri yg kata kat ulama
depa.


--- "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
> Apa nak di hairankan kalau menteri umno berbohong!!!
>  
> Begitulah adanya kredibiliti & integriti menteri
> umno, tambah pulak bekas
> ketua pengarah Jakim...
>  
>  
> Tabung Haji: Kenyataan Hamid bercanggah
>  
> KUALA LUMPUR, Ahad - Pemuda Umno hari ini
> menyifatkan kenyataan Menteri di
> Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hamid Zainal
> Abidin bahawa masalah
> Tabung Haji tidak seteruk seperti dilaporkan
> bercanggah dengan penjelasannya
> kepada pergerakan itu.
> 
> Mereka juga kesal apabila Abdul Hamid menyatakan
> Badan Pencegah Rasuah (BPR)
> tidak perlu menyiasat masalah Tabung Haji.
> 
> Pengerusi Biro Pembinaan dan Pembelaan Masyarakat
> pergerakan itu, Ismail
> Sabri Yaakob, berkata dalam penerangan kepada Pemuda
> Umno, Abdul Hamid
> menjelaskan secara terperinci masalah dan kesilapan
> Tabung Haji, terutama
> dalam aspek pelaburan.
> 
> Penjelasan itu diadakan dalam pertemuan wakil Pemuda
> Umno dengan Abdul Hamid
> selama lebih sejam sebelum menteri itu mengadakan
> sidang akhbarnya di Pusat
> Islam, semalam.
> 
> "Pada pertemuan itu, beliau mendedahkan banyak
> penyelewengan berlaku dalam
> Tabung Haji, termasuk mengenai pelaburan di
> Indonesia dan pembelian tanah di
> Negeri Sembilan.
> 
> "Dari segi pengamatan Pemuda, kami dapat merasakan
> beliau menganggap masalah
> itu sebagai sesuatu yang besar dan beliau juga
> bersetuju membersihkan nama
> baik Tabung Haji. 
> 
> "Oleh itu, Pemuda turut memberi jaminan menyokong
> Tabung Haji dalam usaha
> itu. 
> 
> "Bagaimanapun, saya terkejut apabila dalam sidang
> akhbar, dia mengatakan
> masalah itu tidak teruk. Ini seolah-olah dia ingin
> melindungi sesuatu,"
> katanya kepada Berita Harian, hari ini.
> 
> Pemuda Umno mengadakan pertemuan itu bagi
> menyerahkan memorandum mendesak
> Tabung Haji menilai semula tambang haji dan
> menyegerakan tindakan
> undang-undang ke atas pihak bertanggungjawab atas
> kehilangan lebih RM9 juta
> daripada akaun pendeposit agensi itu.
> 
> Akhbar hari ini melaporkan penjelasan Abdul Hamid
> mengenai beberapa isu
> membabitkan Tabung Haji, termasuk kehilangan wang
> daripada akuan
> pendepositnya dan terbaru, kelewatan pembentangan
> Laporan Tahunan 1999.
> 
> Pada sidang akhbar itu, Abdul Hamid dipetik sebagai
> berkata:
> 
> "Saya akui ada kelemahan tapi nak kata teruk sangat,
> tak sampai ke situ.
> Saya sudah umumkan penubuhan panel pelaburan baru
> dan dalam beberapa hari
> lagi, kita akan umumkan pelantikan anggota panel
> profesional yang boleh
> membantu Tabung Haji membuat pelaburan lebih baik." 
> 
> Ismail berkata, Pemuda Umno bukan menuduh Abdul
> Hamid berbohong, tetapi mahu
> beliau bersikap lebih telus supaya masyarakat
> khususnya pendeposit Tabung
> Haji tidak bimbang dengan simpanan mereka.
> 
> "Kami juga kesal keputusan Abdul Hamid yang tidak
> mahu BPR menyiasat masalah
> dalaman Tabung Haji kerana memberi alasan ia sudah
> diserahkan kepada Jabatan
> Audit Negara.
> 
> "Dalam perbincangan kami, dia mengatakan Tabung Haji
> sedia bersikap terbuka
> untuk memberi mana-mana badan berkuasa menyiasat
> penyelewengan organisasi
> itu. Mengapa dia tiba-tiba mengatakan BPR tidak
> perlu siasat," katanya.
>
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mukadepan/20010910080012/Ar
> ticle/
>
<http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mukadepan/20010910080012/A
> rticle/> 
> 


=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email alerts & NEW webcam video instant messaging with Yahoo! Messenger
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to