7 juta umat Islam di AS dalam kebimbangan

                    SAN JOSE, California 13 Sept. - Kira-kira tujuh juta
umat Islam di Amerika
                    Syarikat (AS) berada dalam kebimbangan kerana
sentimen anti-Islam dan
                    anti-Arab kian memuncak setelah masjid-masjid
dirosakkan sehari selepas
                    serangan di New York dan Washington dikaitkan dengan
jutawan Arab
                    Saudi, Osama Bin Laden.

                    Tingkap-tingkap di masjid Texas dipecahkan dan
seorang warga New York
                    diberkas kerana dipercayai menjadi ancaman kepada
orang Arab.

                    Di sebuah penjara di Washington pula tercetus
pertelingkahan disebabkan
                    penghinaan ke atas umat Islam.

                    Sentimen anti-Islam itu memuncak setelah AS menuding
jari kepada Osama
                    Bin Laden yang didakwa menjadi orang yang paling
disyaki melakukan
                    serangan tersebut meskipun tiada bukti kukuh untuk
mengaitkannya.

                    ``Saya menggesa orang ramai supaya tidak bertindak
sedemikian,'' kata
                    Pengarah Eksekutif, Majlis Hubungan Islam-Amerika di
Washington, Nihad
                    Awad dipetik oleh AP.

                    Di Suffolk County, New York, pihak berkuasa menahan
seorang lelaki yang
                    didakwa membuat ancaman anti-Arab dan menghala
senapang patah kepada
                    seorang pelanggan di sebuah stesen minyak.

                    Di Texas, sekurang-kurangnya enam butir peluru
menembusi tingkap-tingkap
                    di Pusat Islam Irving, kata polis.

                    Pihak berkuasa kawasan itu dan beberapa tempat lain
tidak dapat
                    memastikan sama ada ancaman itu mempunyai kaitan
dengan serangan
                    pengganas di New York dan Washington.

                    Di Asbury, New Jersey, Ramandeep Singh yang memakai
serban di kepala
                    menyatakan, kereta miliknya dilemparkan sampah dan
batu kerana
                    menyangka dia dari Afghanistan.

                    Dia mengambil keputusan untuk tidak keluar bekerja.

                    Di penjara Washington pula, perbalahan tercetus
ketika televisyen menyiarkan
                    laporan mengenai serangan tersebut.

                    Jurucakap polis berkata, insiden berlaku apabila
salah seorang banduan
                    secara lantang mengkritik Islam sehingga memaksa
seorang banduan
                    beragama Islam memukulnya.

                    Di kedutaan Kuwait di Washington pula, Tamara Alfson
terpaksa
                    mententeramkan pelajar Kuwait yang ketakutan untuk
ke sekolah mereka.

                    Sementara itu, beberapa Pertubuhan Islam di Amerika
Syarikat dalam
                    kenyataannya telah mengingatkan masyarakat Islam
supaya berwaspada
                    terhadap kecenderungan media mengaitkan serangan
tersebut dengan gerakan
                    militan Islam.

                    Di San Francisco, polis mengklasifikasikan insiden
sebuah beg berisi darah
                    ditinggalkan di pintu masuk Pusat Komuniti Islam
(ICC) semalam, sebagai
                    `jenayah kebencian'.

                    Para pelajar Malaysia di Amerika Syarikat yang
menghantar e-mel kepada
                    [EMAIL PROTECTED] juga melahirkan kebimbangan
terhadap situasi
                    selepas serangan yang disifatkan lebih mengerikan
daripada yang
                    digambarkan oleh media.

                    Salah seorang daripada mereka berkata:
``Pelajar-pelajar di sini telah diminta
                    berjaga-jaga berikutan semangat anti-Islam yang mula
timbul.

                    ``Kebimbangan utama ialah untuk menunaikan solat
Jumaat di masjid.

                    ``Banyak laman web Islam telah pun ditutup berikutan
e-mel berunsur
                    kebencian terhadap Islam yang terlampau banyak.

                    ``Pelajar Islam semua berada dalam keadaan yang
cukup mencemaskan
                    sekarang ini.''




Reply via email to