{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }

PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL

masalahnya nak serang military targets tak kesampaian. musuh pulak dok lanyak civilian
targets. kalau ada jamaah bergerak atas nama Islam dicap dgn pelbagai tohmahan dan
akhirnya dikait dgn militan? habis, camno? ulamak buta sheik omar masih dalam penjara
amerika, camno? umat Islam ni memang hebat, orang buta pun depa takut... orang celik
camno? dok komen bukan-bukan...God Knows..

--- "ibnuhashim" <[EMAIL PROTECTED]>
> wrote:

Kenyataan Ulamak: Ulamak Islam Mengecam Serangan Ke Atas Amerika
>Syarikat

Para ulamak Islam dari semua mazhab telah mengutuk serangan yang dilakukan di
>Amerika Syarikat (AS) pada Selasa 11/9/2001. Mereka mengatakan bahawa haram
>hukumnya melakukan serangan ke atas orang awam, bagaimana sekalipun permusuhan
>yang wujud antara mereka.

Syeikh Yusof al-Qardhawi berkata, mereka yang melakukan serangan ini menurut
>Islam wajib menerima hukuman secara syarak. Tidak kita apa bangsanya, apa
>agamanya dan apa warga negaranya.

Kutukan serangan ini juga dinyatakan oleh al Azhar al-Syarif, Mesir:
>?Perbuatan ini tidak diakui oleh mana-mana agama samawi.?

Syeikh al-Qardhawi menyeru agar kaum muslimin menderma darah mereka untuk
>menyelamatkan mangsa-mangsa letupan di AS. Katanya, menderma darah, harta dan
>bentuk-bentuk bantuan lain adalah sedekah. Mereka akan diberi pahala untuk
>sedekah ini.

Selanjutnya Syeikh al-Qardhawi menyatakan, ?apa yang berlaku ini, tidak
>mungkin sedikitpun, dilakukan oleh seorang muslim yang waras fikirannya dan kuat
>agamanya. Syarak menafikan perbuatan berkenaan yang menjadikan orang awam
>sebagai sasarannya.?

Katanya lagi, mengenai pendirian AS terhadap kekejaman Israel terhadap rakyat
>Palestin, sekalipun ia adalah perbuatan yang sangat tidak adil, namun ia tidak
>boleh membawa kita kepada tindakan permusuhan terhadap orang awam yang terdiri
>dari kanak-kanak, wanita dan orang-orang yang lemah.

Beliau menegaskan, bahawa bumi Palestin adalah tempatnya untuk diarahkan
>permusuhan terhadap Zionist, sekalipun AS adalah sekutu rapat Zionist, namun
>Islam tidak membenarkan cara yang berlaku di AS dilakukan. Bahkan, Islam
>menolaknya. Kaum muslimin juga tidak boleh ada rasa permusuhan terhadap rakyat
>AS walau besar manapun perbezaan mereka dengan sistem pemerintahannya.

Selanjutnya, menurut Syeikh al-Qardhawi, Islam melarang membunuh mereka yang
>tidak melawan, walaupun ketika peperangan dan pertempuran. Sebagaimana halnya
>Islam melarang dari membunuh kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua. Begitu juga
>dengan paderi dan pendeta yang sedang beribadat di tempat peribadatan mereka.

Seperkara lagi, katanya, asas dalam Islam ialah, seseorang itu tidak
>menanggung beban dosa orang lain. Di mana setiap manusia bertanggungjawab atas
>apa yang dikerjakan, tidak atas apa yang dikerjakan oleh orang lain.

Manakala al-Azhar al-Syarif Mesir pula mengeluarkan
>kenyataannya pada hari Rabu 12/9/2001. Al-Azhar mengutuk tindakan berani mati
>menyerang Pusat Dagangan Dunia New York dan Kementerian Pertahanan AS. Al-Azhar
>menegaskan bahawa mereka tidak bersetuju samasekali dengan tindakan keganasan
>tidak kira siapa yang melakukan dan ia dilakukan di mana. Mereka menyifatkan
>bahawa tindakan keganasan adalah perbuatan yang tidak diterima dan tidak diakui
>baik oleh mana-mana agama samawi ataupun oleh akal manusia.

Turut sama mengutuk serangan berkenaan adalah Syeikhul Azhar, Imamul Akbar
>Dr. Muhamad Syed Thanthawi, Dr. Yahya Ismail setiausaha Jabhah Ulama? al-Azhar,
>Dr. Ahmad Umar Hasyim Ra?is Jami?ah al-Azhar dan Dr. Nasr Farid Washil Mufti
>Mesir.

Di Lebanon, Syeikh Muhamad Husain Fadhlullah salah seorang dari ulamak besar
>Syi?ah mengeluarkan kenyataannya pada hari Rabu 12/9/2001 yang tidak bersetuju
>dengan serangan berkenaan. Menurutnya, ?sekalipun kami bermusuhan dengan
>pemerintah AS mengenai pendirian politik mereka ke atas umat Arab dan Islam,
>khasnya rakyat Palestin namun kami tidak mengambil pendirian untuk memusuhi
>rakyat AS. Kami tidak menerima sebarang bentuk permusuhan terhadap mana-mana
>rakyat, sepertimana yang telah berlaku di mana rakyat AS telah dimusuhi. Ini
>adalah cara yang tidak diakui oleh agama dan risalahnya.?

Katanya lagi, mereka yang melakukan serangan telah melakukan dua jenayah,
>pertama, ketika mereka melakukan rampasan kapalterbang dan menyebabkan penumpang
>dari kalangan orang awam terbunuh. Kedua, ketika mereka merempuh penempatan
>orang awam dan membunuh orang awam yang tidak berdosa.

Menurutnya lagi, ?kami merasa amat terkejut sekali terhadap apa yang berlaku
>ini yang tidak mungkin akan dipersetujui oleh mana-mana agama ataupun mana-mana
>logik akal manusia ataupun mana-mana ideologi politik yang waras.

Disaring dari href="http://islam-online.net/"; target=_blank>http://islam-online.net
>oleh:
zain y.s

Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by AVG
>anti-virus system (href="http://www.grisoft.com";>http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.277 /
>Virus Database: 146 - Release Date: 2001-09-05

All the intelligence of the internet
http://www.intelbrief.com

( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )

Pengirim: hussin abdaziz <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke