*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam,

Baby bush mungkin tak buat macam vietnam. Bush ada
cakap, perang kali ini akan memakan masa yang lama
dan kerjasama yang erat.

Bagaimana kalau US buat macam ni:

- tenyeh negara yang berhubung dengan afghanistan
- tenyeh negara2 sempadan supaya tutup sempadan
- tenyeh kemasukan makanan, ubat, dan senjata
- tenyeh keluar/masuk rakyat afghanistan
- bantu penentang dalaman
- lancar peluru berpandu beracun at random selama
  setahun dua dengan dibiayai oleh sekutu2nya supaya
  segala aktiviti rakyat tersekat dan dia orang
  mengalami slow death
- kalau degil lagi, jatuhkan sebiji dua bom nuclear

Afghanistan akan mengalami kebuluran yang teruk dan
kemungkinan akan bangkit menubuhkan kerajaan
pengganti dengan dibantu US, sepertimana taleban dulu.
Knowing perangai setan besar yang di dalangi yahudi
ni, depa boleh buat semua ni malah lebih dari itu.

Tapi bila dengar ucapan pemimpin2 taleban, nampaknya
dia orang dah bersedia untuk ini. Nampaknya, 3rd 
world war dah bukan cakap2 lagi. Perang antara
kapir dan penyokong kapir dengan Islam & perang
sedara (Islam & sekuler) semacam menghampiri. 

Oriiginal Message ----- 
From: hadi hadad <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, September 18, 2001 1:55 PM
Subject: H-Net* Jika Bush mahukan penaklukan, kosnya malah lebih tinggi dari Vietnam


> Jika Bush mahukan penaklukan, kosnya malah lebih
> tinggi dari Vietnam
> Afghanistan
> By Robert Fisk
> 18 September 2001
> 
> 
> President Bush bercakap tentang 'perang agama', adalah
> sukar untuk mencari perkataan yang lebih mirip lagi
> untuk membuat kemarahan orang Islam tetapi jika dia
> bercadang untuk melakukannya di dalam Afghanistan,
> Amerika akan mengalami kempen perang yang lebih
> melarat dan kemungkinan akan lebih mahal dari Vietnam.
> 
> Tentera darat mungkin sekali diperlukan untuk menakluk
> Usama bin Laden,  tetapi mereka akan memasuki sebuah
> negara yang mengandungi satu persepuluh dari jumlah
> periuk api dunia, peninggalan tentera Russia yang
> mencakupi 80 peratus tanah Afghan.
> 
> Begitu juga, sesiapa yang berhasrat menakluki
> Afghanistan memerlukan kawan. Russia mempunyai
> kerajaan komunis Afghan yang dipimpin Babrak Kamal.
> Tetapi dengan pembunuhan Ahmad Shah Masood; seorang
> penentang yang paling serius kepada kerajaan Taliban 9
> hari lalu, Amerika tidak mempunyai seorang kawan pun
> di negara yang sudah terkenal menjadi kubur bagi
> tentera2 kerajaan asing.
> 
> Lalu, adakah Amerika bercadang hanya melancarkan
> serangan dengan peluru berpandu.?. Mereka menembak 70
> peluru berpandu kepada kubu-kubu Osama selepas
> pengeboman kedutaan Amerika di Nairobi dan Dar Es
> Salam.  Mereka tahu di mana kubu2 itu terletak, tentu
> sekali sebab kubu2 itu dibina oleh CIA semasa perang
> Afghan-Russia tetapi mereka tidak dapat menyentuh En
> Bin Laden.  Adakah mereka bercadang menggunakan unit
> payung terjun untuk turun di kawasan2 sekitar Kandahar
> di mana En Bin Laden telah diketahui tinggal di masa
> yang lalu.??
> 
> Dan bagaimana pula dengan periuk2 api?.  Jika Amerika
> sekalipun memikirkan untuk menggunakan tentera darat,
> mereka cuma boleh masuk dari Pakistan jalan perbekalan
> yang utama dan yang paling berbahaya  yang boleh
> didapati sampai ke jurang Kabul dari Jalalabad. Tetapi
> Russia telah menabur batas sempadan Jalalabad,
> Kandahar, Khost dan Heart dengan periuk api jenis
> anti-perisai. Di Afghanistan hari ini ada lebih 10
> juta periuk2 api. Ianya terletak di atas gunung
> ganang, antara jalan-jalan, berhampiran kota besar,
> sepanjang parit2 pertanian.  Ukuran purata, 20 hingga
> 25 orang Afghan lelaki, perempuan dan kanak2 terbunuh
> sehari akibat periuk api, sekali pun kita ambil angka
> yang terbawah, menunjukkan 73,000 korban orang awam
> dari periuk2 api ini dalam jangkamasa 10 tahun yang
> lepas.
> 
> Operasi tentera akan, oleh itu memerlukan sejumlah
> tentera2 yang pakar untuk membersihkan periuk api,
> sebagaimana juga tentera2, orang2 yang akan
> menyelusupi jalan2 yang paling lasak di dunia dalam
> keadaan mereka diserang untuk membuat jalan2 dan
> kawasan2 yang dilalui selamat untuk tentera Amerika
> dan sekutu2 mereka.  Daripada Afghanistan 29 daerah,
> 27 daripadanya di taburi periuk api.
> 
> Semasa 10 tahun penaklukan biadap mereka, Russia juga
> menanam beribu-ribu periuk api dalam "kawasan
> perlindungan" mereka di sekitar lapangan terbang
> Afghanistan, janakuasa elektrik dan tempat2 rasmi
> kerajaan.  Pertubuhan2 bebas dari negeri2 Barat yang
> bekerja di negeri itu 2 tahun yang lepas menggangarkan
> bahwa $80 Pound diperlukan setiap periuk api untuk
> membersihkan sejumlah 10 juta periuk api dan akan
> memerlukan sekitar 45 hari untuk membersihkan kawasan
> yang hanya seluas sebatu persegi. Sekarang ada 2 juta
> lelaki, perempuan dan kanak2 yang cacat di
> Afghanistan. Tidak ada satu balatentera yang boleh
> mara merentas kawasan ini.
> 
> Dan kemudian tentang jalan perbekalan utama itu.
> Pakistan telah berterus terang bahwa ia tidak akan
> melibatkan tenteranya sendiri dalam kempen perang
> Amerika, walaupun ada kemungkinan sogokan wang akan
> menyebabkan General Musharaf yang denga secara
> hormatnya dipanggil president oleh orang Amerika
> walaupun dia mengambil gelar itu dengan cara yang
> tidak mengikut peraturan akan berubah fikiran.
> Bagaimanapun 'culture jihad' telah dikandung oleh
> tentera Pakistan dan ada kemungkinan benar kekecuhan
> akan menimbulkan perang saudara sekiranya Amerika
> datang untuk menakluk muslim Afghanistan.
> 
> Kawasan sempadan yang akan bakal dilalui oleh tentera2
> Barat pula dikuasai oleh puak2 yang setia dengan
> Taleban.  Di sempadan daerah Pakistan, ada 2000 buah
> madrasah2 Taleban yang bukan hanya mengajar agama
> kepada bakal2 mujahidin tetapi juga kepada pejuang
> Chechen dan Tajik.
> 
> Polis2 yang menjaga madrasah2 yang bertaburan ini
> hanyalah melambangkan bayangan2 palsu kekuasaan
> kerajaan.
> 
> Sekalipun jika Amerika masuk ke Afghanistan, peluru2
> mereka hanya akan melata atas kesan reruntuhan. Russia
> telah cuba untuk menghancurkan Afghanistan dengan 10
> tahun pengeboman yang berterusan, menghancurkan
> seluruh kampung2 dengan orang2nya sekali, binatang2
> ternak, ladang-ladang, pokok2 dan rumah2 tanah liat.
> Dan masih, mereka tidak dapat mengalahkan mujahidin,
> masih mereka tidak dapat, menggunakan bahasa Mr Bush
> ""smoke them out of their holes''.  Atau  mengeluarkan
> mereka dari lubang2 sembunyian".
> 
> Dengan cuma Pakistan sebagai sekutu Amerika, sekutu
> yang berpecah di antara jiran Afghanistan, dengan
> tiada kawan di dalam Afghanistan dan 10 juta periuk
> api yang bersirat sepanjang  gunung ganang, datararan
> dan kota2nya, 'perang agama Mr Bush' tampak lebih dari
> berbahaya.  Kita diberitahu bahwa Amerika tidak lagi
> takut untuk menerima risiko kehilangan jiwa.  Amerika,
> kata Presiden Bush, akan sanggup menerima kekalahan.
> Sebaiknya dia  betul.!
> 
> Dari Independent News.
> 
> Pengirim: =?iso-8859-1?q?hadi=20hadad?= <[EMAIL PROTECTED]>
> 
-- 

_______________________________________________
Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free! 
http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "sam dol" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to