*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebab Osama Bin Ladin diarahkan keluar dari Afhanistan
======================================================

Ulamak-ulamak Afghan yg bersidang di Kandahar semalam telah mengeluarkan 
satu 'resolusi' atau 'arahan' supaya Osama Bin Laden keluar dari 
Afghanistan. Ini adalah kerana hendak melegalkan hukum Islam dan membetulkan 
niat jihad mujahidin2 Afghan di sana agar tidak berperang dan mati kerana 
seorang pemimpin apabila Amerika menyerang Afghan nanti.

Menurut hukum Islam, jihad di dalam Islam mestilah kerana Allah, untuk 
mempertahankan bumi Allah dan untuk menegakkan hukum Allah dan bukan 
berjuang kerana seorang pemimpin. Ini untuk mengelakkan kekeliruan dan 
perpecahan di kalangan mujahidin tentang tujuan dan maksud sebenar jihad 
mereka di Afghan adakah mereka berperang kerana Osama atau kerana Islam.

Ulamak mengarahkan Osama keluar bukan kerana takut atau handak mengelakkan 
Afghan daripada diserang tetapi semata-mata untuk melegalkan sahnya hukum 
jihad di Afghanistan. Ia tidak ada kena-mengena dengan ancaman serangan 
daripada Amerika kerana kita tidak sepatutnya bergantung kepada orang kafir 
untuk mempertahankan keyakinan Islam.

Bagaimana, bila dan ke mana Osama akan 'pergi' tidak akan dinyatakan oleh 
pihak Taliban kerana Osama adalah mujahid dan 'tetamu istimewa' rakyat 
Afghan dan sudah tentulah mereka akan memastikan keselamatan Osama bin 
Ladin. Arahan supaya Osama keluar dari Afghan hanyalah 'retorik' Taliban 
untuk mengelirukan musuh-musuh Islam.

Sila sebarkan berita ini...

Wasallam.

_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "kedah langkasuka" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to