*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tertarik dgn kisah Israiliyat....ramai yg dah tertipu
dan tersongsang dgn kisah rekaan Israiliyat ni. Boleh
saya bertanya, kisah Hawa dijadikan dari tulang rusuk
Adam yg bengkok itu adakah Israiliyat atau sememangnya
ada dijelaskan dlm al-Quran?

--- Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, 
> 
> Mastika Hadith - Muqaddimah
> 
> 
> 
> Bab 5 : Iman dan Islam yang sempurna.
> 
> Hadith 16 :
> 
> Dari Abdillah bin Amru r.a., dari Nabi s.a.w.,
> sabdanya : "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu,
> sehingga hawa nafsunya tunduk menurut hukum-hukum
> dan pengajaran yang aku telah membawanya." (Matan
> arbain hadith 40 Imam Nawawi rahimallahu ta`ala )
> 
> 
> 
> Muslimin/muslimat rahimmatulmullah. Hadith yang ke
> 16 yang kita baca pada kali ini walaupun ringkas dan
> pendek, tetapi ia mempunyai pengertian dan makna
> yang begitu besar, yang mesti difahami oleh setiap
> mereka yang mengaku menjadi orang Islam, dan apatah
> lagi yang mengaku beriman kepada ALLAH SWT. Mereka
> mesti faham bahwa diantara sifat yang mesti ada
> kepada diri orang-orang yang beriman ialah tunduk
> dan patuh kepada apa yang telah dibawa oleh
> Rasulullah s.a.w.. Ini adalah kerana tunduk dan
> patuh kepada Rasulullah s.a.w. itu merupakan satu
> jalan penyelesaian yang mesti diambil oleh manusia
> untuk menyelesaikan apa saja masalah yang berlaku
> sesama manusia.
> 
> Sapa dalam dunia ni yang takdak ‘masalah’?...Cuba
> bagitau mai sat. Takdak tuan-tuan; semua manusia
> mesti dan pasti akan menghadapinya. Ini adalah
> kerana sifat manusia yang dicipta ALLAH, memang
> dalam keadaan lemah. Oleh sebab itu, sudah tentu
> akan timbul pelbagai masalah di dalam kehidupan
> seharian. Maka sebab itulah Nabi s.a.w. menyebut,
> "Apa yang penting bagi kamu ialah mesti ada
> ketundukkan kepada ALLAH dan rasul s.a.w., khususnya
> di dalam amalan seharian secara praktikal
> sepertimana yang telah ditunjukkan oleh baginda Nabi
> s.a.w..".
> 
> 
> 
> Okay sekarang mari kita bincang apakah masalah yang
> berlaku mutakhir ini. Masalah perpaduan
> Melayu?...Masalah pecah-belah??...Atau masalah apa
> saja???...Tapi mesti ingat, setiap perbincangan
> hendaklah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
> Jangan sampai jadi biol bahalol tak reti punca. Kita
> kata macam tu sebab semuanya (asas perbincangan)
> telah pun disediakan mengikut acuan Rasulullah
> s.a.w.; jadi, kita hanya ikut sahaja. Jangan dok
> memandai-mandai tambah pulak. Sebab itu, bila kita
> lihat pihak umno ajak Pas bincang tentang masalah
> perpaduan, maka kita lihat Pas dengan tegas
> mengatakan bahwa perbincangan mestilah bukan hanya
> sekadar berlegar di atas masalah perpaduan Melayu
> sahaja, tetapi hendaklah disentuh sehingga kepada
> masyarakat majmuk. Ini adalah kerana Nabi s.a.w. itu
> sendiri merupakan rasul yang memimpin Madinah, yang
> di dalamnya terdapat masyarakat majmuk. Dan kita
> perlu faham bahwa yang dikatakan masyarakat majmuk
> di Madinah, bukan sekadar adanya Muhajirin dan Ansar
> s!
> ahaja, malah di sana juga ada 3 puak terbesar yahudi
> dan disana juga ada golongan padang pasir Badwi
> Madinah yang buta huruf; kesemuanya mereka telah
> disatukan oleh Nabi s.a.w.. Ini menunjukkan kepada
> kita bahwa perpaduan yang diasaskan oleh Nabi s.a.w.
> bukanlah di atas bangsa Arab sahaja. Tetapi
> disatukan umatnya diatas keadilan Islam. Yang ni lah
> yang perlu kita jelas dengan sejelas-jelasnya. 
> 
> 
> 
> Sebab itu, marilah kita ulang apa yang telah
> dinyatakan oleh pimpinan tertinggi kita, bahwa kita
> masih bersedia untuk berbincang. Tetapi tidak boleh
> di atas skop perpaduan Melayu semata-mata. Jadi, ia
> hendaklah dibincangkan dengan lebih meluas lagi
> dengan menyentuh persoalan rasuah, persoalan arak
> dan judi, persoalan kezoliman, persoalan
> ketidak-adilan, persoalan berlakunya penindasan
> terhadap Islam dll; kesemuanya ini hendaklah
> diutamakan perbincangannya. Kalau tak mau juga,
> apakata kita bincangkan sepertimana yang pernah TG
> Nik Aziz Nik Mat syorkan, iaitu katanya, "Terlebih
> aula dan terlebih penting untuk kita membahaskan :
> Mengapa sampai sekarang Islam secara benar masih
> belum dapat ditegakkan di bumi M`sia ini?...Bukankah
> ini lebih seronok untuk dibahaskan??"...Secara
> peribadi, saya amat setuju dengan saranan TG tu
> sebab ia lebih luas perbahasannya daripada hanya
> pada bangsa semata-mata. Kita tak mau perbincangan
> itu menjadi sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’
> sahaja, ata!
> upun untuk agenda tersembunyi umno iaitu untuk
> meraih kembali sokongan yang semakin menurun. Apa
> yang kita mahu ialah pertemuan itu mestilah diatas
> dasar Islam, yakni untuk meletakkan Islam yang
> memerintah, bukannya Islam
> diperintah-perintah...Sebab itu, kita nak ulang apa
> yang disebut oleh al-Fadhil ustaz Nasharudin Mat
> Isa, beliau menyatakan bahwa, "Kalaulah perkara ini
> (persoalan rasuah, kezoliman, penindasan terhadap
> Islam apa semua ni) tidak dibincangkan, maka kami
> tak kelapaq nak bertemu."....Inilah pendirian kita.
> Bagi ahli-ahli bawahan, mereka mestilah faham
> perkara ini sebab pimpinan kita bukannya nak
> menggadai prinsip perjuangan bila diajak berjumpa
> dengan umno. Jangan melenting tak tentu pasal sebab
> pimpinan lebih mahir dan fakih tentang selok belok
> politik Islam daripada kita. 
> 
> 
> 
> Berbalik kita kepada hadith di atas; cuba kita rujuk
> apa yang ALLAH SWT kata dalam Surah ar-Ra`d:1, untuk
> direlatekan dengan hadith di atas. Kata ALLAH yang
> bermaksud, "Itulah dia kitab (al-Quran). Dan apa-apa
> yang diturunkan kepada mu wahai Muhammad (s.a.w.)
> daripada Tuhan mu adalah semuanya haq dan kebenaran
> belaka,..."...Nampak tak tuan-tuan; yang mana ALLAH
> sendiri declare dalam ayat pertama Suratul Ra`d
> bahwa apa saja yang turun kepada Nabi Muhammad
> s.a.w. (baik berupa hukum hakam perundangan seperti
> hukum potong tangan, hukum haram arak judi, hukum
> tutup aurat dan hukum apa saja) adalah kebenaran
> daripada Tuhan. Ini adalah salah satu ayat dari
> ribuan ayat-ayat yang memberitahu tentang
> declaration ALLAH terhadap kebenaran Nabi s.a.w..
> Sebab itu, apabila Nabi s.a.w. sebut, "..hawa nafsu
> (diri kita) kamu mesti tunduk kepada apa yang dibawa
> oleh Nabi s.a.w..."; maka kita perlu faham bahwa
> inilah maknanya kita sudah tidak ada alasan apabila
> berada di hadapan ALLAH SWT di Pada!
> ng Mahsyar untuk kita beri sebarang excuses supaya
> boleh kita lari daripada nak menjawab persoalan
> ALLAH SWT kelak. 
> 
> 
> 
> Bila ustaz Halim Nasir cerita tentang persoalan di
> Padang Mahsyar; maka teringat saya kepada satu
> hadith yang mafhumnya, Nabi s.a.w. menyatakan bahwa,
> "Pada hari qiamat kelak, ALLAH SWT akan menjadikan 4
> orang rasul sebagai dalil untuk ALLAH berhujjah bagi
> menolak 4 jenis manusia. HujjahNya yang pertama
> ialah Dia menjadikan Nabi Sulaiman a.s. untuk
> menolak golongan yang kaya raya dan golongan yang
> ada kuasa pemerintahan, tetapi enggan patuh dan
> tunduk kepada ALLAH SWT..."...Mengapa ALLAH
> menjadikan Nabi Sulaiman a.s. sebagai hujjah dan
> dalil?...Ini disebabkan Nabi Sulaiman a.s. semasa di
> atas dunia dulu adalah seorang rasul yang punya
> kuasa pemerintahan yang paling hebat dalam sejarah
> tamaddun manusia. Sudahlah dia punya kuasa
> pemerintahan, kemudian dia pulak kaya raya.
> Tentera-tentera dan pekerja-pekerjanya terdiri
> daripada jin ifrit, binatang-binatang dan termasuk
> juga manusia yang hebat-hebat belaka. Manakala
> kenderaannya pula adalah angin, yang membawanya ke
> mana sahaja de!
> ngan sekelip mata sahaja. Tak terbayangkan oleh kita
> akan kehebatan k`jaan Nabi Sulaiman a.s. itu
> tuan-tuan.
> 
> 
> 
> Firman ALLAH SWT dalam Surah Shaad:35 yang
> bermaksud, "Dan berdoalah Nabi Sulaiman a.s. : Wahai
> Tuhanku, ampunkanlah dosa kesalahanku dan
> kurniakanlah kepadaku sebuah k`jaan, dimana k`jaan
> yang Engkau nak beri itu adalah sebuah k`jaan yang
> orang lain tidak akan dapat kecuali aku seorang
> sahaja...."...Begitulah doa Nabi Sulaiman a.s.
> kepada ALLAH SWT, dan ALLAH SWT memperkenankan
> permintaan Nabi Sulaiman itu. Lalu baginda a.s. pun
> mempunyai satu k`jaan yang cukup hebat dan luas.
> Sehingga diceritakan di dalam Quran bagaimana
> hebatnya Nabi Sulaiman a.s. itu sehingga berjaya
> mentarbiyyah Puteri Balkis dari negara Saba`(Yemen),
> yang pada asalnya penyembah matahari kepada
> menyembah ALLAH SWT. Sebelum itu, bagaimana
> diceritakan bahwa Nabi Sulaiman a.s. amat murka
> apabila baginda diberitahu ada sebuah k`jaan yang
> menyembah selain daripada ALLAH. Lalu baginda
> menghantar surat kepada Puteri Balkis untuk
> menjemput dia datang menziarahi k`jaannya di Baitul
> Maqdis. Dan di dalam perjalanan !
> Balkis itulah, Nabi Sulaiman a.s. telah mengarahkan
> tenteranya daripada kalangan jin ifrit dan manusia,
> supaya memindahkan singgahsana Balkis. Tujuannya
> ialah supaya biar Balkis terperanjat dan jangan lagi
> sombong angkuh kepada ALLAH SWT. Dan inilah yang
> diceritakan 
=== message truncated ===


=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!

__________________________________________________
Terrorist Attacks on U.S. - How can you help?
Donate cash, emergency relief information
http://dailynews.yahoo.com/fc/US/Emergency_Information/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke