*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebaik perkara ialah bertanya kepada seorang pakar di klinik,
atau farmasi ataupun kawan yang arif tentang perubatan. Komen
saya tentang LDL 4.1 adalah masih rendah dan tidak merbahaya.
Jika anda kurangkan memakan makanan berlemak dalam masa seminggu,
kadar itu akan menjadi normal atau kurang dari 3.9.

Biasanya khidmat yang terbaik dan terperinci ialah bertanya
di klinik swasta atau di farmasi. Mungkin anda akan dilayan
secara percuma di farmasi jika anda menjadi pelanggan tetap
mengambil ujian "bad kolesterol" di sana. Kalau di kelinik
anda akan dikenakan caj tambahan. Oleh itu lebih menjimatkan
kalau pergi ke farmasi.

Di hospital pula, doktor tidak memberi penjelasan terperinci
tentang hasil ujian itu. Pada pandangan saya, anda tidak perlu
bimbang dengan angka-angka itu kerana bagi pihak doktor, itu
adalah tanda-tanda sementara kerana umur anda masih muda.

Petuanya, tidak perlu bimbang dan pergilah bertanya kepada
seorang pakar. Saya rasa anda akan mendapat penjelasan
yang baik.

Tentang kawan yang meninggal sebab kolesterol tinggi mungkin
penyakit keturunan. Kadar kolesterol dia sentiasa tinggi tanpa
disedarinya. Ini kerana dia tidak menyangka umurnya yang
terlalu muda dia ada masalah kolesterol. Ada orang ada penyakit
kolesterol tinggi kerana badannya sendiri tidak dapat mengawal
mengambilan kolesterol dan membuangnya secara semulajadi.
Oleh kerana itu, walaupun dia memakan makanan yang rendah
kolesterol, setiap hari kadar kolesterol dalam darahnya sentiasa
tinggi.

Jika anda bimbang tentang perkara ini, pastikan anda memberi
tahu doktor di hospital atau klinik menguji darah untuk setiap
6 bulan sekali. Jika kandungannya normal, sepanjang 6 bulan,
anda akan merasa selamat. Akan tetapi jika anda berdiet secara
yang diyakini anda tidak memakan makanan kolesterol tinggi setiap 
hari, DAN MENDAPATI kadar kolesterol adalah luarbiasa, ini bermakna
salah satu organ dalaman anda ada masalah, contohnya ialah
buah pinggan atau hati. Ini anda akan diuji lagi oleh pihak
hospital secara lanjut.

===========

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: MrChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke