*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Osama Bin Laden bersama dengan kumpulannya Al-Qaeda adalah 
berjumlah puluhan ribu mengikut sumber perisikan Russia. Kegiatan-
nya diintip oleh semua puak kuffar, CIA Amerika, Mossad Israel, 
Russia, British dan India. Lapuran tentang kegiatan Al-Qaeda ini 
dibuat oleh perisik "musuh dalam selimut" yang terdiri orang-orang
munafik yang mendapat upah CIA Amerika.

Sebenarnya Al-Qaeda adalah satu gerakan yang berpengkalan di
Afghanistan yang mana Osama sendiri pernah meminta bantuan kewangan
jutawan-jutawan Arab bagi menubuhkan pasukan yang terdiri dari
pelbagai bangsa dalam dunia ini bagi memberi kesedaran kepada
umat Islam supaya menentang kuasa-kuasa kuffar, terutama sekali
Amerika. Sebab itu Amerika amat curiga terhadap Afghanistan.
Puak kuffar mahu mengambil tindakan segara untuk melumpuhkan
gerakan Al-Qaeda. Sebenarnya gerakan Al-Qaeda bukan satu gerakan
ke arah keganasan. Mereka mencari sumber-sumber kewangan untuk
Afghanistan membina satu kuasa ketenteraan yang kuat. Selama
ini pihak CIA dan Yahudi yang menjadi musuh utama mereka telah
membuat pelbagai dakyah bagi menghancurkan gerakan ini. Jika
kumpulan Al-Qaeda ini ada melakukan keganasan sekalipun, mereka
tidak akan memusnahkan tempat-tempat orang awam. Ini kerana 
perbuatan itu adalah terkutuk di sisi Islam.

Mungkin pihak Yahudi yang membuat keganasan dan pihak CIA 
menyalahkan Al-Qaeda. Oleh itu Al-Qaeda telah menjadi sasaran
fitnah. Mereka berusaha untuk memberi gambaran yang sangat 
buruk terhadap gerakan Al-Qaeda, seolah-olah ia adalah satu
gerakan pengganas antarabangsa.

Sebab itulah Presiden Bush baru-baru ini telah berjaya menyekat
segala aset dan sumber kewangan yang membiayai gerakan Al-Qaeda.
Itupun Amerika sudah lama mahu berbuat begitu tetapi tidak ada
alasan yang kukuh. Ini adalah satu pakatan Amerika-Yahudi.

Ini sekadar pandangan kita patut berhati-hati agar jangan cepat 
percaya kepada berita-berita yang disampaikan oleh musuh-musuh
Islam. Ingatlah pihak musuh-musuh Islam telah menyekat segala
saluran, terutama sekali internet supaya berita-berita dan lapuran
tentang Taliban tidak boleh disebarkan.

================
> Selama ini kita diberikan gambaran yang buruk tentang kerajaan
> Taliban di Afghanistan oleh media-massa Barat. Kononnya Taliban
> adalah satu golongan manusia yang amat ganas dan tidak bertamadun.
> Setelah membuat kajian teliti melalui maklumat dalam internet,
> contohnya di:
> 
> http://www.islam.org.au/articles/18/taliban1.htm
> http://www.islam.org.au/articles/18/taliban2.htm
> 
> barulah kita sedar mereka sebenarnya adalah golongan Sunni yang
> bercita-cita menubuhkan sebuah negara Islam yang tulin. Mereka
> sekarang dimusuhi oleh dunia Barat, Amerika dan Yahudi kerana
> bimbang kejayaan Taliban akan mempengaruhi seluruh negara-negara
> Islam supaya kembali kepada ajaran Islam dan BERSATU menjadi satu
> KUASA Islam yang kuat di dunia ini.
> 
> Sekiranya Afghanistan, yang sekarang ini di bawah kepimipinan
> ulama berjaya membentuk sebuah negara Islam yang tidak bergantung
> kepada mana-mana kuasa kuffar, maka dengan sendirinya ia menjadi
> semakin maju dan kuat. Puak Taliban bukannya fanatik, mereka
> berfikiran terbuka dan beriya-iya mahu membina Afghanistan sebagai
> tempat untuk semua umat Islam datang dan membina kepakaran teknologi
> dan ketenteraan secara Islam. Inilah yang sangat dibimbangi oleh
> pihak musuh-musuh Islam.
> 
> Orang yang bernama Osama Bin Laden dicap sebagai ketua pengganas
> antarabangsa adalah helah Amerika untuk menyerang Afghanistan
> dan menghancurkan kekuatan umat Islam di sana. Sebenarnya Osama
> mempunyai cita-cita untuk menyatukan seluruh umat Islam di Timur
> Tengah. Akan tetapi cita-citanya sekarang ditakuti oleh puak
> kuffar dan Yahudi. Mereka mencari alasan untuk menyerang Taliban,
> kononnya ia memberi perlindungan kepada seorang pengganas yang
> bernama Osama Bin Laden.
> 
> Sebab itu Amerika dan sekutunya, termasuk Israel tergesa-gesa
> mengambil kesempatan untuk menyerang Afghanistan walaupun mereka
> tidak ada bukti yang kukuh bahawa Osama yang memusnahkan bangunan
> berkembar WTC di New York. Maka negara-negara Arab sendiri tertipu
> oleh dakyah Amerika, malahan negara-negara Arab sendiri yang 
> bimbang pengaruh Osama akan merebak dan suatu hari nanti mampu
> menjatuhkan mereka.
> 
> Slogan "Bersama Menghapuskan Keganasan" adalah satu tipu helah
> Amerika. Sebab itulah akhir-akhir ini Amerika melarang semua
> rangkaian TV dan berita antarabangsa supaya jangan menyiarkan
> penjelasan terkini daripada pihak Taliban dan Osama sendiri,
> takut-takut dunia akan tahu tipu muslihat Amerika yang sebenarnya.
> 
> Sekarang ini maklumat terkini daripada pihak Taliban disekat dan
> diganggu. Pihak Amerika telah menggangu semua hubungan melalui
> internet kepada Taliban. Oleh itu pihak Taliban tidak boleh
> menyampaikan maklumat sebenar kepada dunia luar. Kita sendiri
> tidak dapat berhubung dengan pihak Taliban melalui internet kerana
> musuh-musuh Islam telah menyekat salurannya.
> 
> Antara sebab-sebab kenapa Amerika dan Yahudi mahu menghapuskan
> Taliban.
> 
> 1. Mereka menjalankan hukum hudud
> 2. Mereka menjemput pakar-pakar teknologi dan sains hanya terdiri
>    daripada orang-orang Islam yang berfahaman Sunni
> 3. Mereka akan membina satu tentera Islam yang terdiri dari semua
>    kaum dan bangsa (Arab, Pakistan, Chenchen dsbnya) yang berugama 
>    Islam.
> 4. Mereka akan berdakwah kepada semua negara Islam supaya kembali
>    bersatu membentuk semula "khilafah islamiyah".
> 5. Afghanistan akan menjadi pusat kebudayaan Islam yang tulin yang
>    mana menjadi negara Islam contoh yang bebas daripada pengaruh
>    kuasa-kuasa kuffar.
> 6. Afghanistan akan menjadi negara contoh memberi tarbiyah kepada
>    umat Islam supaya berdikari dan membina kekuatan sendiri.
> 7. Afghanistan akan menjadi suatu kuasa ketenteraan bersasaskan Islam
>    menentang segala bentuk penindasan termasuk melawan Israel yang
>    sedang menzalimi orang-orang Palestin.
> 
> Berdasarkan ini semua, Osama Bin Laden dituduh sebagai orang arkitek
> dan mastermind dalam membina gagasan Islam ini. Tidak hairanlah
> Amerika dan Yahudi mahu menghapuskannya.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: MrChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke