*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terdapat satu ayat dalam Al-Qur'an yang menyatakan bahawa kita
sebagai orang Islam yang beriman tidak boleh mengikut kehendak
apa orang-orang di dunia ini buat. Sekiranya ia bercanggah
dengan Al-Qur'an dan Hadith, walaupun pandangan mereka itu adalah
kehendak majoriti, maka kita hendaklah menolak pandangan mereka.

Tersebut kaedah ini dalam Al-Qur'an:

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi
ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka
tidak lain hanyalah mengikut prasangka belaka, dan mereka tidak
lain hanya berdusta." [Al-An'am 6:116]

Jalan kebenaran hanyalah berpegang teguh kepada Al-Qur'an dan
Hadith. Al-Quran berpesan kepada kita orang beriman supaya
jangan sekali-kali memandang kepada apa-apa sistem, fahaman,
ideologi, perjuangan yang betapa indah dan manis sekalipun,
jika ia bercanggah dengan ajaran Al-Qur'an dan Hadith, semua
itu adalah kesesatan.

Termasuk yang sesat dalam dunia ialah semua ugama selain dari
Islam, semua sistem dan cara hidup selain Islam, semua fahaman
politik kecuali politik Islam. Sekarang ini hampir seluruh umat
manusia, termasuk sebahagian umat Islam sendiri tunduk kepada
kehendak Amerika. Mereka percaya apa saja kata dan ugutan Amerika.
Orang Islam yang takut dan gerun kepada Amerika adalah satu
perbuatan berbau syirik kepada Allah. Yang sepatutnya hanya kepada
Allah sahaja patut kita takut dan tempat meminta pertolongan.
Sebab itulah kita membaca dalam Surah Al-Fatihah: "iyyaka na'buduu
wa iyyaka nasta'in" = hanyalah kepada Engkau sahaja kami sembah
dan hanya kepada Engkau sahaja kami minta pertolongan. Oleh itu
ramai orang di dunia ini adalah sesat dan kufur.

Ramai manusia menjadi kufur pada akhir zaman. Ini adalah satu
tanda sepertimana tersebut dalam hadith-hadith tanda akhir zaman.
Antaranya ialah ...kejahilan terdapat di merata tempat, orang-
orang jahil menjadi pemimpin, ada umat yang mengaku Islam tetapi
dia tunduk kepada kuasa-kuasa kuffar, ramai umat Islam akan
dianiaya, ramai umat Islam pada paginya dia Islam, pada petangnya
dia menjadi kufur ...ertinya, kerana kejahilannya sendiri, dia
mudah menjadi kufur. Kekufuran ini terjadi tanpa disedari samada
dia suka atau tidak.

Antara sebab kenapa manusia yang mengaku dirinya Islam tetapi
menjadi kufur ialah dia menentang pertubuhan sebuah negara Islam.
Dia meruntuhkan keimanannya sendiri lantaran aqidah, perbuatan 
dan mulutnya sendiri. Contohnya, dalam isu kefahaman tentang jihad,
mereka berani memutarbelitkan konsep jihad apa yang tersebut dalam
kitab fekah. Ini dapat dibaca dalam satu kitab fekah edisi jawi,
"MaTla'ul-Badrain" karangan Syeikh Daud Al-Fatani yang menghuraikan
tentang tanggungjawab umat Islam berjihad jika tentera kafir sedang
menyerang negara umat Islam,

"..(maka lazim) akan ahli demikian negeri hingga segala kanak-
kanak dan segala perempuan ....menolak kuffar dengan barang yang
sedapat daripada mereka itu dan jikalau melontarkan dengan batu
sekalipun." (mukasurat 204, edisi Jawi, Sulaiman Press).

Petikan tersebut jika diteliti dan dibacakan kepada orang ramai
seolah-olah mengajar umat Islam di zaman ini, terutama sekali
di Malaysia melakukan "keganasan". Dalam kontek jihad, begitulah
diajarkan oleh Islam. Jika ada orang Islam berkata tidak wajib kita
menentang golongan kuffar yang menduduki atau memasukki sebuah
negara umat Islam, maka kufurlah dia. Begitu juga adalah wajib
bagi kita memberi sokongan moral untuk puak Taliban menentang tentera
Amerika. Demikian juga adalah wajib kita menentang Barisan Nasional
dan UMNO. Dalam Islam, bukan kehendak majoriti yang patut dituruti
jika itu ada unsur kekufuran, akan tetapi kebenaran yang patut
didokong walaupun pada golongan minoriti. Demikianlah mengikut
kaedah ajaran dalam ayat (Al-An'am 6:116).

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: MrChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke