*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Payah - kalau orang tak habis mengaji di berikan pena untuk cakap bab-bab
gini

dia tambah dosa dirinya sendiri.



MrChan wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Saya akan menjawab propaganda konco-konco anti-Islam:
>
> >Kita patut mengasihani rakyat Afghanistan yang dizalimi oleh
> >puak Taliban.
>
> Ini adalah satu dakyah yang datang dari orang yang tidak mengaji
> Islam dengan betul. Maka cakap-cakap mereka membuat fitnah dan
> merusakkan syariat Islam itu sendiri. Erti "taliban" ialah orang
> yang telah menghabiskan masanya mempelajari Islam di pondok,
> mengkaji kitab-kitab karangan ulama Islam yang muktabar. Mereka
> mempelajari Islam yang sebenarnya, yang tidak dicemari oleh
> fahaman-fahaman moden yang kufur.
>
> >Apakah negara Taliban negara Islam tulin? Jika kita bandingkan
> >dengan zaman Khilafah Rasyidin, zaman Umayyah dan Abbasia, dan
> >zaman Osmaniah, negara Taliban jauh berbeza.
>
> Seperti pemerintahan Islam yang lampau, Taliban MENDAULATKAN
> perundangan dan syariat Islam. Mereka dimusuhi oleh Amerika dan
> Yahudi dan juga UMNO kerana menjalankan hukum hudud, mengharam-
> kan tempat disko, pawagam, minum arak, pengedaran dadah, dan
> tempat-tempat mungkar.
>
> >Negara Islam tidak mengharamkan wanita bekerja atau menaiki
> >kenderaan atau pun belajar.
>
> Ini adalah dakyah Amerika dan Yahudi. Taliban tidak mengharamkan
> wanita bekerja, tetapi menyatakan tempat wanita ISLAM ialah di
> rumah mendidik dan menjaga anak dengan sempurna. Begitu juga
> mengurus keluarga dan rumahtangga dengan baik mengikut tuntutan
> Islam. Wanita tidak perlu bersaing dengan kaum lelaki Islam
> mencari pendapatan, kerana adalah menjadi tugas lelaki mencari
> sara hidup untuk isteri dan keluarga. Jika kaum wanita di Afghanistan
> bebas keluar untuk merebut hak kaum lelaki, maka lebih banyak
> gejala sosial akan timbul. Itu pada pendapat mereka. Lama kelamaan
> puak Taliban akan mengizinkan kaum wanita bekerja dan belajar
> di sekolah KHAS untuk perempuan sahaja mengejar kemajuan mengikut
> landasan Islam, bukannya secara bebas mengikut ala Barat.
>
> >Negara Islam tidak mengharamkan orang tidak berjanggut.
>
> Oleh kerana kaum lelaki Afghanistan adalah hampir 100% berugama
> Islam, mereka dipaksa penyimpan janggut untuk melatih diri
> mereka MENGHORMATI sunnah Nabi. Begitu juga semua orang Islam
> dipaksa bersembahyang untuk melatih diri menjujung tinggi tiang
> ugama. Inilah yang dikatakan negara Islam yang tulin yang mana
> orang-orang Islam BERKUASA PENUH memerintahan negara. Jika ada
> orang Islam yang murtad, maka pihak pemerintah boleh menjalankan
> hukuman bunuh ke atas orang murtad tanpa boleh dihalang oleh
> mana-mana undang-undang. Jadi, syariat Islam berjalan dengan lancar
> tanpa halangan. Inilah dia negara Islam yang tulin. Malaysia bukan
> negara Islam yang tulin kerana adalah undang-undang buatan manusia
> yang boleh membatalkan undang-undang Islam.
>
> >Negara Islam tidak mengharamkan permainan dan sukan, asalkan tak
> >bercanggah dengan syariah.
>
> Konsep sukan dan permainan dalam Islam hanya untuk riadhah bagi
> menyihatkan and menguatkan diri menentang musuh-musuh Islam.
> Sukan ala Barat ialah untuk bersuka-suka dan membuang masa.
> Tambahan pula kaum wanita ala Barat perlu mendedahkan aurat
> untuk bersukan. Lebih-lebih lagi dalam acara-acara kolam mandi yang
> mana bahagian-bahagian tubuh wanita yang boleh membangkitkan
> nafsu didedahkan sebanyak-banyaknya. Oleh kerana Afghanistan adalah
> 100% dikuasai oleh orang Islam, mereka tidak perlu tunduk kepada
> kehendak sistem Barat. Biarkan sahaja orang Barat dengan acara-
> acara sukan mereka masuk neraka. UMNOpun akan masuk neraka kerana
> mengadakan acara acara wanita mendedahkan aurat adalam sukan
> gimnastik wanita.
>
> >Taliban ini pelik. Mereka tahu ke Islam?
>
> Ada kata-kata Arab yang berbunyi: "huwa ilaa kufrinn aqrab" =
> dia adalah lebih dekat kepada kekufuran. Kamu yang pelik, tidak
> belajar Islam dengan betul. Bukan sahaja kamu sesat, tetapi
> berusaha menyesatkan orang lain pula.
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: MrChan <[EMAIL PROTECTED]>



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Khairi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke