Tambahan...

 

"Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994)

 

*kata2 seorg pemimpin negara Islam yg diiktiraf oleh Amerika Syarikat..... J

..how ironic?

 

-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]] On Behalf Of An Najm
Sent: Friday, October 19, 2001 1:29 AM
To: MrChan; PKKSB; Hizbi
Subject: Re: H-Net* Re: Laman web Taliban.

 

Dahulu ketika kerajaan Malaysia menjalinkan semula hubungan dengan Israel

(1997 - ?), akhbar-akhbar tempatan memuji-muji tindakan kerjaan ini.

Kononnya zaman telah berubah manusia Yahudi juga berubah. Apa salahnya

menjalinkan semula hubungan dengan Israel kata mereka. Sehubungan itu mereka

mendesak supaya Al-Quran ditafsir semula supaya sesuai dan seiringan dengan

zaman ini.

 

Berkatalah salah seorang pendeta Utusan dalam artikelnya dalam Mingguan

Malaysia, "... Islam adalah adalah adik kepada Yahudi dan Kristian yang

mengenang budi ...". Itulah akhbar kerajaan dan itulah kata-kata seorang

pendeta Utusan yang popular, Astora Jabat. Apa yang jadi sehingga hari ini,

Yahudi Israel terus menindas umat Islam Palestin.

 

Benarlah firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka

kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah

terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah

(ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau

menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi)

pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh

dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada

mu."  Al-Baqarah 120.

 

Sejahteralah orang-orang mukmin yang membenarkan kalamullah.

Dan Celakalah manusia yang mendustakan kalamullah.

 

 

Kirim email ke