Assalamua'laikum..
 
Saudaraku semua, tiada guna kita berdemo menentang Amerika, kalau hanya sekadar berdemo.. tapi dimulut masih berasap rokok amerika, (lihat lah masa berdemo dimana-mana pun) masih memakai barangan amerika, mari sama-sama kita...boikot.. itu yang betul
 
Boikot barangan Amerika - Misi Keamanan Sejagat

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Hrkh) - Bagi menyatakan bantahan terhadap serangan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan, Misi Keamanan Sejagat (MKS) negeri Pulau Pinang menyeru umat Islam supaya memboikot perkhidmatan dan barangan buatan Amerika.

Ahli Jawatankuasa MKS Pulau Pinang, Muhyiddin Abdul Kadir berkata, boikot barangan tersebut sama juga sebagaimana dilakukan semasa membantah kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

"Kami menyeru umat Islam bertindak menjayakan boikot ke atas semua barangan Amerika," katanya.

Antara barangan yang diseranaikan untuk diboikot adalah pakaian yang berjenama Live's, Lee Cooper, Wrangler, GA Blue, Dunhill, Nike, Puma.

Makanan pula ialah Kentucky Fried Chicken (KFC) McDonald's, A&W, Pizza Hut, Shakey's Pizza dan Kenny Rogers Roasters. Begitu juga dengan minuman seperti Coca-Cola, Pepsi, Sprite, 7 Up, A&W Rootbeer.

Selain itu mereka juga turut menyenaraikan minyak petrol iaitu Caltex, Esso dan Mobil.

Dalam perkhidmatan Insurans pula pihaknya menyenaraikan (American Insurance Alliance/AIA, dan American Assurance Alliance.

Barangan kosmetik berjenama Maybelline, Calvin Klein serta bateri Energizer dan Eveready disenaraikan juga.

Bagaimanapun jelas beliau, barangan yang diboikot itu boleh didapati alternatifnya.

 
 
------------------------------------
Make Unlimited phone calls from your PC to ANY phone in the World!
http://www.eboom.com/free/

Kirim email ke